Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta, Government Organization, Jalan Penglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh Darul Ridzuan, Ipoh.

๐Ÿฆทโœจ ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โœจ๐Ÿฆท๐Ÿ—“๏ธ 29 Julai 2026, Rabuโฐ 8.30 pagi - 11.00 pagi๐Ÿ“ Klinik Pergigian Trono...
14/08/2026

๐Ÿฆทโœจ ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โœจ๐Ÿฆท

๐Ÿ—“๏ธ 29 Julai 2026, Rabu
โฐ 8.30 pagi - 11.00 pagi
๐Ÿ“ Klinik Pergigian Tronoh
๐Ÿ’™ Tema: โ€œTiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigianโ€

๐Ÿฆท๐Ÿ˜ Senyuman yang sihat bermula dengan ilmu dan amalan yang betul!

Klinik Pergigian Tronoh telah mengadakan Program Klinik Pergigian Mesra Promosi dengan tema โ€œTiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigianโ€ bagi menyemarakkan kesedaran bahawa kesihatan mulut adalah sebahagian daripada kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. ๐Ÿ’™

Sepanjang program berlangsung, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat, antaranya:

๐ŸŽค Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr. Lew Zhe Xuan
๐Ÿ’ฌ Sudut โ€œAnda Tanya, Kami Jawabโ€
๐Ÿฆท Pameran kesihatan pergigian bersama Dr Sumayyah
๐Ÿ“บ Tayangan audiovisual
๐ŸŽช Mini booth interaktif
๐ŸŽจ Aktiviti mewarna untuk si cilik
๐Ÿงฉ Permainan Word Search untuk orang dewasa
๐Ÿชฅ Latihan memberus gigi bersama JP Zurianee

Di bilik rawatan p**a, para pengunjung turut menerima:
โœ… Pemeriksaan dan rawatan pergigian
๐Ÿฆท Nasihat penjagaan kesihatan pergigian
๐Ÿšญ Nasihat berhenti merokok
๐Ÿชฅ Demonstrasi teknik memberus gigi yang betul oleh Dr. Shahirah dan Dr. Vignesh Sri

Terima kasih kepada semua yang hadir, memberi sokongan dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

๐Ÿ˜Š Ingat! Mulut yang sihat bukan sekadar memberi keyakinan untuk tersenyum, malah menyumbang kepada kesihatan seluruh badan.

๐Ÿ’™ Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian. Mari sama-sama jadikan penjagaan kesihatan mulut sebagai amalan setiap hari! ๐Ÿชฅโœจ

Disediakan oleh
Dr Nurfarhana binti Masiran
Pegawai Pergigian
Klinik Pergigian Tronoh


๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง & ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง๐Ÿ—“๏ธ: 12/8/2026 ( Rabu )๐Ÿ“: Kampung Orang Asli Sungai BadukKlinik Pergig...
13/08/2026

๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง & ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง

๐Ÿ—“๏ธ: 12/8/2026 ( Rabu )
๐Ÿ“: Kampung Orang Asli Sungai Baduk

Klinik Pergigian Chemor telah menjalankan program promosi kesihatan pergigian di Kampung Orang Asli Sungai Baduk. Pemeriksaan pergigian telah dijalankan oleh Dr . Darshinthini . Selain itu, ceramah kesihatan pergigian telah dijalankan oleh Dr. Juwariyah serta demostrasi cara memberus gigi kepada warga kampung yang hadir pada hari tersebut .

Program ini mendapat sambutanyang baik daripada para penduduk di Kampung tersebut. Kami berharap program ini dapat membantu penduduk untuk menjadi lebih peka mengenai kesihatan pergigian.

Laporan Disediakan Oleh ,
Dr. Leenaloshinnee
Klinik pergigian Chemor



๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ-๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฆ๐—ง๐—ข๐—ฃ ๐—–๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—–๐—˜๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—˜ (๐—ข๐—ฆ๐—–๐—–) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐Ÿ—“๏ธ 4 Ogos 2026 (Selas...
13/08/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ-๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฆ๐—ง๐—ข๐—ฃ ๐—–๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—–๐—˜๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—˜ (๐—ข๐—ฆ๐—–๐—–) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

๐Ÿ—“๏ธ 4 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•— 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat Utama UTC, Ipoh, Perak

Unit Odontologi Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian Perak dengan telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Kepada Kes-Kes One Stop Crisis Centre (OSCC) bagi Pegawai Pergigian Negeri Perak.

Bengkel ini melibatkan seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pergigian Lantikan Tetap di bawah pengurusan Pejabat Pergigian Daerah Negeri Perak, serta barisan penceramah dan fasilitator daripada bidang pergigian forensik, perubatan kecemasan dan trauma serta pengurusan kes serangan seksual.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman Pegawai Pergigian mengenai peranan mereka sebagai sebahagian daripada pasukan multidisiplin OSCC, khususnya dalam pengurusan kes, pemeriksaan serta dokumentasi kes secara sistematik mengikut piawaian forensik.

Turut dikongsikan panduan dan pendekatan terkini dalam pengurusan kes serangan seksual serta kecederaan gigitan (bitemark injuries), selaras dengan garis panduan yang berkaitan. Perkongsian ilmu ini diharap dapat memperkukuh kompetensi Pegawai Pergigian dalam mengenal pasti, mengurus dan mendokumentasikan kes-kes berkaitan secara profesional dan berkesan.

Semoga bengkel ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuh kerjasama multidisiplin antara perkhidmatan pergigian, perubatan dan agensi berkaitan, seterusnya meningkatkan kualiti pengurusan kes OSCC demi kepentingan serta keselamatan mangsa.




โœจ ๐‘ฒ๐’๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐‘ท๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’”๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’“๐’๐’Ž๐’๐’”๐’Š ๐‘ฒ๐‘ท ๐‘ฉ๐’–๐’๐’•๐’๐’๐’ˆ! ๐Ÿฆท๐Ÿ“ Lokasi: Ruang Menunggu KP Buntong๐Ÿ“… Tarikh: 23 Julai 2026โฐ Masa: 8.30 Pag...
12/08/2026

โœจ ๐‘ฒ๐’๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐‘ท๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’”๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’“๐’๐’Ž๐’๐’”๐’Š ๐‘ฒ๐‘ท ๐‘ฉ๐’–๐’๐’•๐’๐’๐’ˆ! ๐Ÿฆท

๐Ÿ“ Lokasi: Ruang Menunggu KP Buntong
๐Ÿ“… Tarikh: 23 Julai 2026
โฐ Masa: 8.30 Pagi - 9.30 Pagi
๐Ÿ–Š๏ธ Tema: Penjagaan Kesihatan Pergigian Umum

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah diadakan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan kepada para pengunjung klinik, antaranya:

๐Ÿ—ฃ๏ธ Ceramah Kesihatan Pergigian
๐Ÿชฅ Mini Booth Kesihatan Pergigian
๐Ÿ“š Pameran Kesihatan Pergigian
โ“ Sesi Soal Jawab bersama Pegawai Pergigian

Semoga perkongsian dan aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian dalam kehidupan seharian




โœจ ๐‘ฒ๐’๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐‘ท๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’”๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’“๐’๐’Ž๐’๐’”๐’Š ๐‘ฒ๐‘ท ๐‘ฉ๐’–๐’๐’•๐’๐’๐’ˆ! ๐ŸฆทJom sertai kami dalam Program Klinik Pergigian Mesra Promosi yang penuh de...
12/08/2026

โœจ ๐‘ฒ๐’๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐‘ท๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’”๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’“๐’๐’Ž๐’๐’”๐’Š ๐‘ฒ๐‘ท ๐‘ฉ๐’–๐’๐’•๐’๐’๐’ˆ! ๐Ÿฆท

Jom sertai kami dalam Program Klinik Pergigian Mesra Promosi yang penuh dengan aktiviti menarik!

๐Ÿ“ Lokasi: Ruang Menunggu KP Buntong
๐Ÿ“… Tarikh: 18 Ogos 2026
โฐ Masa: 8.30 Pagi - 9.30 Pagi
๐Ÿ–Š๏ธ Tema: Fake Braces

Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
๐Ÿ—ฃ๏ธ Ceramah Kesihatan Gigi
๐Ÿชฅ Mini Booth
๐Ÿ“š Pameran Kesihatan Pergigian
โ“ Sesi Soal Jawab bersama Pegawai Pergigian

Datang beramai-ramai dan tambahkan ilmu untuk senyuman lebih sihat dan menawan! ๐Ÿ˜โœจ




๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—œ๐—ก๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—ง๐—ข๐—ก๐—š & ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—๐—œ ๐ŸฆทPada 11 Og...
12/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—œ๐—ก๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—ง๐—ข๐—ก๐—š & ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—๐—œ ๐Ÿฆท

Pada 11 Ogos 2026, Pegawai Pergigian Daerah Kinta, Dr Faizah binti Abdul Karim telah mengadakan Lawatan Penyeliaan ke Klinik Pergigian Buntong dan Klinik Pergigian Pasir Pinji.

Lawatan ini bertujuan meninjau serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian di peringkat klinik, di samping mengenal pasti isu dan keperluan semasa bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan selamat.

๐Ÿ“ ๐—ž๐—น๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ป๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด

Fokus lawatan adalah terhadap kesiapsiagaan perkakasan dan kemudahan ICT bagi memastikan keperluan berkaitan tersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan E-LP8 yang dijadualkan bermula pada September 2026.

Selain itu, turut diberi perhatian kepada usaha memperkukuh perkhidmatan kaunter bersepadu bagi perkhidmatan Primer dan Kepakaran agar lebih efektif, teratur dan mesra pelanggan.

๐Ÿ“ ๐—ž๐—น๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ท๐—ถ

Di Klinik Pergigian Pasir Pinji, Dr Faizah turut meninjau projek naik taraf klinik yang telah selesai pada Julai 2026.

Sepanjang lawatan, aspek kelancaran penyampaian perkhidmatan, pengurusan fasiliti, keselamatan serta kemajuan kerja-kerja pembangunan telah diberi perhatian bagi memastikan persekitaran klinik sentiasa kondusif dan selamat untuk pesakit serta warga kerja.

Lawatan penyeliaan ini turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada ibu mengandung serta meningkatkan keberkesanan perkhidmatan rawatan pergigian sekolah bagi memastikan akses dan kualiti perkhidmatan kepada kump**an sasaran sentiasa dipertingkatkan.

Diharapkan hasil daripada lawatan penyeliaan ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang lebih berkualiti, cekap dan berkesan kepada masyarakat.



๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ž๐—ฃ ๐—ง๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—ต ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ—“๏ธ 7 Ogos 2026 (Jumaat)โฐ 3.00 petang - 4.00 petang๐Ÿ“ Dewan Terbu...
12/08/2026

๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ž๐—ฃ ๐—ง๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—ต ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ—“๏ธ 7 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 3.00 petang - 4.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Terbuka SMK Pusing

Dr Nik Sumayyah dari Klinik Pergigian Tronoh dengan kerjasama SMK Pusing telah mengadakan ceramah pergigian yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap kesedaran serta memupuk amalan penjagaan kesihatan pergigian yang betul, terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Sesi kuiz dan pameran merokok juga telah diadakan bersama murid-murid.

Seramai 200 orang murid sesi petang telah terlibat dalam ceramah kali ini. Sambutan yang baik dan amat menggalakkan daripada para murid.

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Laporan disediakan oleh:
Dr Nadiah Atiqah Bt Mohd Hashim
Pegawai Pergigian
Klinik Pergigian Tronoh


๐Ÿ“Š ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—จ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฃ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐Ÿ—“๏ธ 4 Ogos 2026 (Selasa)๐Ÿ•š 11.00 pagi โ€“ 5.00 petang๐Ÿ“Bilik ...
05/08/2026

๐Ÿ“Š ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—จ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฃ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—œ๐—ก๐—ง๐—”

๐Ÿ—“๏ธ 4 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•š 11.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“Bilik Mesyuarat, PKPD Kinta

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta telah menganjurkan Bengkel Pembentangan Analisa Situasi Pencapaian KPI PKPD Kinta yang melibatkan penyertaan wakil daripada 14 klinik pergigian di bawah PKPD Kinta.

Bengkel ini memberi fokus kepada pembentangan analisis situasi bagi KPI yang tidak mencapai sasaran pada tahun 2025, meliputi faktor penyumbang, cabaran yang dihadapi serta tindakan penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat klinik dan daerah.

Program ini menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, mengenal pasti amalan terbaik serta merancang strategi yang lebih berkesan dalam meningkatkan prestasi pencapaian KPI dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat.

Semoga hasil perbincangan dan perkongsian sepanjang bengkel ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi PKPD Kinta ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap dan cemerlang.



๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž โ€˜๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ฆ, ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”โ€™๐Ÿ—“๏ธ: 24 Julai 2026 (Jumaat)โฐ: 7.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari๐Ÿ“:...
04/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž โ€˜๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ฆ, ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”โ€™

๐Ÿ—“๏ธ: 24 Julai 2026 (Jumaat)
โฐ: 7.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Pulai

Program Kesihatan Kanak-kanak โ€œAnak Cergas, Sihat dan Ceriaโ€ telah berlangsung dengan jayanya di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Pulai.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya senamrobik bersama ibu bapa dan kanak-kanak, pertandingan mewarna, pameran kesihatan, serta cabutan bertuah. Turut diadakan ialah ceramah bertajuk โ€œKepentingan Kanak-kanak Datang ke Klinikโ€ yang disampaikan oleh Dr. Tan Pei Yin, Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Pulai.

Pihak Klinik Pergigian turut mengadakan pameran dan memberi pendidikan kesihatan pergigian kepada para ibu bapa bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan serta pengesanan awal karies gigi dalam kalangan kanak-kanak, khususnya yang berumur enam tahun ke bawah.

Semoga program seperti ini dapat terus meningkatkan pengetahuan ibu bapa mengenai penjagaan kesihatan dan kesihatan pergigian anak-anak demi melahirkan generasi yang lebih sihat dan ceria.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, khususnya seluruh warga Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Pulai, atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh:
Dr. Nur Izzah Afiqah
Pegawai Pergigian
Klinik Pergigian Gunung Rapat


๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป: โ€œ๐—œ๐—ฏ๐˜‚ ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜, ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜: ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป!โ€๐Ÿ—“๏ธ31 JULAI 2026๐Ÿ“Klinik Kesihatan Gun...
01/08/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป: โ€œ๐—œ๐—ฏ๐˜‚ ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜, ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜: ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป!โ€

๐Ÿ—“๏ธ31 JULAI 2026
๐Ÿ“Klinik Kesihatan Gunung Rapat

Klinik Pergigian Gunung Rapat telah dijemput oleh Unit Kesihatan Ibu dan Anak KK Gunung Rapat dengan kerjasama pelatih PJKA ILKKM Sultan Azlan Shah untuk menyampaikan ceramah dan pameran. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut sejak awal usia, di samping memberi pendedahan tentang punca, kesan dan langkah pencegahan karies botol susu.

Sepanjang sesi ceramah, para peserta telah diberikan penerangan mengenai amalan penjagaan kebersihan mulut yang betul, kesan-kesan karies susu botol, serta kepentingan pemeriksaan pergigian secara berkala. Para peserta turut menunjukkan minat yang tinggi dengan mengemukakan pelbagai soalan berkaitan penjagaan kesihatan pergigian. Sesi kuiz interaktif diadakan selepas penyampaian ceramah. Peserta yang menjawab soalan telah menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Secara keseluruhan, program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian bagi ibu mengandung dan kanak-kanak.

Laporan disediakan oleh,
Dr Wong Kai Ling
Klinik Pergigian Gunung Rapat


Address

Jalan Penglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh Darul Ridzuan
Ipoh
30590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share