24/07/2026
IPOH 21 Julai 2026 - Satu Sesi Perjumpaan dan Lawatan Kerja oleh YBhg. Datoโ Dr. Roslan bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW telah diadakan dengan jayanya bertempat di Pejabat KKDW Negeri Perak. Hadir menyambut ketibaan YBhg. TKSU, Tuan Pengarah KKDW Negeri Perak, Tuan Haji Khairul Ridzuan Bin Mat Said, pegawai dan kakitangan Pejabat KKDW Negeri Perak.
Sesi berharga ini telah menjadi platform penting buat seluruh warga kerja Pejabat KKDW Negeri Perak untuk mendengar amanat, mandat serta hala tuju strategik berhubung pelaksanaan program dan projek pembangunan luar bandar di Negeri Perak.
Dalam amanatnya, YBhg. Datoโ Dr. TKSU (P) menekankan kepentingan komitmen berterusan, kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta pemantauan berkesan bagi memastikan setiap agenda pembangunan KKDW dapat memberi impak maksimum kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Seluruh warga kerja Pejabat KKDW Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Dr. di atas kesudian meluangkan masa dan menyampaikan amanat yang amat bermakna dan memberikan motivasi serta semangat buat kami semua.