Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Bil. 3 Tahun 1967
(12)

Dari gelanggang ke podium, dari cabaran ke kejayaan.Sorotan momen sepanjang penyertaan Kontinjen PKNPk di Kejohanan Suka...
13/08/2026

Dari gelanggang ke podium, dari cabaran ke kejayaan.

Sorotan momen sepanjang penyertaan Kontinjen PKNPk di Kejohanan Sukan GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026 yang penuh dengan semangat kesukanan, kerjasama dan semangat berpasukan.

Syabas dan tahniah kepada pasukan Esport PKNPk! Semangat juang, fokus dan komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang pertandingan cukup membanggakan.

Tahniah juga kepada pasukan Tenpin Boling PKNPk! Muhammad Najmi bin Zulkepli berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Masters, satu pencapaian membanggakan buat Kontinjen PKNPk.

Tidak ketinggalan, pasukan Golf PKNPk turut mencatat pencapaian membanggakan dengan meraih tempat keempat bagi kategori berpasukan, menepati sasaran Top 4 yang ditetapkan.

Terima kasih kepada seluruh atlet, pegawai dan urus setia atas usaha, komitmen dan semangat yang diberikan sepanjang kejohanan.

Syabas dan tahniah, Kontinjen PKNPk!



Sukan Gemaputera XVIII Sarawak 2026 melabuhkan tirainya pada 1 Ogos 2026 yang lalu dalam suasana penuh gemilang dan turu...
12/08/2026

Sukan Gemaputera XVIII Sarawak 2026 melabuhkan tirainya pada 1 Ogos 2026 yang lalu dalam suasana penuh gemilang dan turut diserikan dengan persembahan artis-artis popular, menjadikan malam penutup sebagai satu detik istimewa yang pastinya akan dikenang oleh seluruh warga kontinjen Gemaputera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pihak penganjur serta SEDC selaku tuan rumah atas segala komitmen, kerjasama, hospitaliti dan layanan terbaik yang telah diberikan sepanjang kejohanan berlangsung. Sesungguhnya, kejayaan penganjuran ini mencerminkan semangat kebersamaan dan sinergi yang kukuh dalam kalangan warga Gemaputera.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh atlet, pegawai dan urusetia kontinjen yang telah memberikan komitmen sepenuhnya serta mempamerkan semangat juang, disiplin dan daya saing yang tinggi sepanjang kejohanan. Setiap usaha dan pencapaian anda menjadi kebanggaan kita bersama.

Terima kasih Sarawak!

Jumpa lagi di Johor 2028.

BELANG TARUNG TIGA WARNA!



KENYATAAN PKNPk BERHUBUNG PENYEBARAN DAKWAAN DI MEDIA SOSIAL.
11/08/2026

KENYATAAN PKNPk BERHUBUNG PENYEBARAN DAKWAAN DI MEDIA SOSIAL.

Pada 1 Ogos 2026, PKNPk menyertai ASEAN-China Ministerial Roundtable on Construction and Housing (ACMROCH) 2026 di AC Ho...
05/08/2026

Pada 1 Ogos 2026, PKNPk menyertai ASEAN-China Ministerial Roundtable on Construction and Housing (ACMROCH) 2026 di AC Hotel by Marriott Ipoh sebagai penyelaras utama penyertaan Kumpulan PKNPk.

Menerusi lima ruang pameran, PKNPk mengetengahkan enam projek dan entiti strategik, iaitu Silver Valley Technology Park (SVTP), Lumut Maritime Industrial City (LuMIC), Tanjung Malim Hi-Tech Park (TMHTP), Majuperak Holdings Berhad (MHB), Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) dan Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR).

Penyertaan ini menampilkan keupayaan Perak dalam pembangunan taman perindustrian, infrastruktur maritim, hartanah, utiliti, pendigitalan serta ekosistem pelaburan mampan.

Pameran ini turut menjadi platform untuk mempromosikan peluang pelaburan di Perak kepada delegasi ASEAN dan China, agensi kerajaan, pemain industri serta bakal pelabur.

PKNPk akan terus memperkukuh kerjasama strategik dan memacu pembangunan ekonomi negeri melalui ekosistem pelaburan yang berdaya saing, mampan dan berorientasikan masa hadapan.

Membina Bandar Mampan, Memacu Ekosistem Industri Masa Hadapan Perak.




04/08/2026

POWER UP RM1B CEO SERIES PERKASA AKSES PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI PERAK

Pada 30 Julai 2026, lebih 100 Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan, pemilik perniagaan dan pengarah syarikat telah menyertai POWER UP RM1 BILLION CEO PROGRAMME, sebuah inisiatif yang membuka peluang kepada komuniti perniagaan di Perak untuk meneroka pelbagai kemudahan pembiayaan, jaminan kredit serta sokongan kewangan daripada institusi kewangan.

Program ini menampilkan sesi perkongsian daripada Agrobank, CGC, CTOS, MoneySave dan MPRC, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pilihan pembiayaan, strategi pengurusan kewangan serta peluang untuk mengembangkan perniagaan.

Program anjuran PKNPk dengan kerjasama MoneySave dan MICCI Perak ini mencerminkan komitmen berterusan PKNPk dalam memperkukuh daya saing komuniti perniagaan melalui akses kepada penyelesaian kewangan dan jaringan strategik.

Inisiatif ini turut mengukuhkan peranan PKNPk sebagai pemudah cara yang menghubungkan sektor industri dengan agensi kerajaan dan institusi kewangan, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 untuk membangunkan ekosistem ekonomi yang lebih berdaya saing, inklusif dan mampan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Eksekutif PKNPk, Puan Nurdita Fadzlinda, dan Chief Strategy Officer PKNPk, Encik Norazha Ismail.




Pada 30 Julai 2026, lebih 100 Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan, pemilik perniagaan dan pengarah syarikat telah m...
03/08/2026

Pada 30 Julai 2026, lebih 100 Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan, pemilik perniagaan dan pengarah syarikat telah menyertai POWER UP RM1 BILLION CEO PROGRAMME, sebuah inisiatif yang membuka peluang kepada komuniti perniagaan di Perak untuk meneroka pelbagai kemudahan pembiayaan, jaminan kredit serta sokongan kewangan daripada institusi kewangan.

Program ini menampilkan sesi perkongsian daripada Agrobank, CGC, CTOS, MoneySave dan MPRC, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pilihan pembiayaan, strategi pengurusan kewangan serta peluang untuk mengembangkan perniagaan.

Program anjuran PKNPk dengan kerjasama MoneySave dan MICCI Perak ini mencerminkan komitmen berterusan PKNPk dalam memperkukuh daya saing komuniti perniagaan melalui akses kepada penyelesaian kewangan dan jaringan strategik.

Inisiatif ini turut mengukuhkan peranan PKNPk sebagai pemudah cara yang menghubungkan sektor industri dengan agensi kerajaan dan institusi kewangan, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 untuk membangunkan ekosistem ekonomi yang lebih berdaya saing, inklusif dan mampan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Eksekutif PKNPk, Puan Nurdita Fadzlinda, dan Chief Strategy Officer PKNPk, Encik Norazha Ismail.




Pada 26 Julai 2026, Majlis Perasmian Sukan GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Damai ...
29/07/2026

Pada 26 Julai 2026, Majlis Perasmian Sukan GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Damai Lagoon Resort, Sarawak. Majlis diserikan dengan perarakan kontinjen, kibaran bendera setiap negeri serta semangat kesukanan yang tinggi apabila SEDC Sarawak menerima kehadiran kontinjen daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) seluruh Malaysia.

Acara dimulakan dengan Perarakan Masuk 14 kontinjen PKEN dari seluruh negeri sebagai simbolik pembukaan rasmi temasya sukan dwitahunan ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rakayah Hamdan, Pengurus Besar SEDC merangkap Yang Dipertua GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026, sebelum disusuli dengan bacaan ikrar oleh wakil kontinjen tuan rumah bersama 14 pembawa bendera yang mewakili setiap kontinjen PKEN.

Bagi kontinjen PKNPk, bendera kontinjen telah dibawa oleh Mohamad Akram Mazlan Hamid, diiringi seramai 15 orang ahli kontinjen yang tampil penuh semangat dan tekad untuk memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan.

Semoga seluruh kontinjen PKNPk terus membawa semangat Belang Tarung Tiga Warna, menjunjung tinggi semangat kesukanan, kebersamaan dan persahabatan sepanjang temasya berlangsung bagi mengharumkan nama PKNPk di pentas GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026.

Selamat berjuang dan selamat maju jaya buat seluruh kontinjen PKNPk!

“Agi Idup Agi Ngelaban”

🔥 BELANG TARUNG TIGA WARNA! 🔥



KENYATAAN TENDER / IKLAN TAWARANCADANGAN PEMBINAAN DATARAN USAHAWAN DI RUNGKUP, BAGAN DATUK, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK P...
29/07/2026

KENYATAAN TENDER / IKLAN TAWARAN

CADANGAN PEMBINAAN DATARAN USAHAWAN DI RUNGKUP, BAGAN DATUK, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK

(NO. TENDER : BIL. 2/2026)

Tarikh Jualan Dokumen : 12 Ogos 2026 (Rabu)
Tarikh Tutup Tender : 2 September 2026 (Rabu)

Satu Perlawanan Persahabatan Pickleball antara Kelab Media Prima dan Kelab Warga Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Per...
28/07/2026

Satu Perlawanan Persahabatan Pickleball antara Kelab Media Prima dan Kelab Warga Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah diadakan pada 18 Julai 2026 di Ipoh Pickleball Fun Club, Ipoh, Perak.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara warga kerja Media Prima Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk). Sebagai persediaan akhir menjelang Kejohanan Sukan GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026, program ini turut menjadi platform terbaik untuk menilai tahap kesiapsiagaan pasukan, mengukuhkan semangat berpasukan serta mempererat hubungan antara peserta.

Selaras dengan semangat kebersamaan, program ini juga menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga organisasi melalui penglibatan dalam aktiviti sukan yang positif dan inklusif, di samping memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi.

Turut hadir memeriahkan program ialah Orang Besar Jajahan (OBJ) Kampar serta Pengarah GSM PKNPk yang juga merupakan Chef de Mission (CDM) Kontinjen PKNPk ke Kejohanan Sukan GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026.

Address

No 1-A Blok A, Menara PKNP, Jalan Meru Casuarina
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055019888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Negeri Perak:

Shortcuts

Share