Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak - JMG Perak

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak - JMG Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak - JMG Perak, Public & Government Service, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Perak, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.

14/08/2026
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π€π‘π‚π†πˆπ’ ππ‘πŽ πŸ—ΊοΈπŸ’»20 Julai 2026, Ipoh β€” Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Mineral dan Geosains Malay...
31/07/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π€π‘π‚π†πˆπ’ ππ‘πŽ πŸ—ΊοΈπŸ’»

20 Julai 2026, Ipoh β€” Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak telah berjaya menganjurkan kursus dalaman iaitu Kursus Asas ArcGIS Pro.

Sesi perkongsian dan latihan praktikal ini telah berlangsung dengan jayanya. Kursus kali ini bukan sahaja melibatkan warga JMG Perak, malah turut mendapat penyertaan daripada kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG dan Pusat Penyelidikan Mineral JMG.

Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah, Gs. Hishamahir Afendi bin Abdullah, Pembantu Geosains JMG Perak yang juga berpengalaman lebih 13 tahun dalam bidang GIS. Beliau telah memiliki Ijazah Sarjana Sains GIS (UiTM) dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir serta memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu dan kemahiran baharu berkaitan GIS serta penggunaan perisian ArcGIS Pro ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkasakan tugasan seharian!





ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π π‰πŒπ† ππ„π‘π€πŠ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŠπˆπ‚πŠ-πŽπ…π… ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐋𝐒𝐃𝐀𝐑 πƒπˆ ππ„π‘πŠπ€πŒππ”ππ†π€π πŽπ‘π€ππ† π€π’π‹πˆSatu Mesyuarat Kick...
24/07/2026

ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π π‰πŒπ† ππ„π‘π€πŠ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŠπˆπ‚πŠ-πŽπ…π… ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐋𝐒𝐃𝐀𝐑 πƒπˆ ππ„π‘πŠπ€πŒππ”ππ†π€π πŽπ‘π€ππ† π€π’π‹πˆ

Satu Mesyuarat Kick-Off & Penyelarasan Projek Perkhidmatan Penawanan Data LiDAR di Perkampungan Orang Asli telah berjaya dilaksanakan pada 23 hingga 24 Julai 2026 bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya. 🏒✨

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menyelaraskan pelaksanaan projek strategik ini di antara:
πŸ”Ή Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
πŸ”Ή Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

πŸ“ Kawasan Liputan Projek:
Projek ini bakal melibatkan kawasan perkampungan Orang Asli di 7 buah negeri:
πŸ—ΊοΈ Perak | Selangor | Negeri Sembilan | Johor | Kelantan | Terengganu | Pahang

🎯 Matlamat Utama:
Pelaksanaan projek ini bertujuan memastikan pengumpulan data LiDAR dilakukan secara sistematik, cekap, dan berkualiti tinggi. Data ini amat penting bagi menyokong:
βœ… Pemetaan bahaya geologi di kawasan berisiko.
βœ… Pengurusan dan pengurangan risiko bencana demi keselamatan komuniti Orang Asli.

Semoga usaha murni dan kerjasama erat antara agensi kerajaan serta pihak perunding ini berjalan lancar demi kesejahteraan serta keselamatan masyarakat Orang Asli! 🀝🌳







✨ π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† (𝐀𝐏𝐂) π‰πŒπ† ππ„π‘π€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ ✨Seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosain...
13/07/2026

✨ π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† (𝐀𝐏𝐂) π‰πŒπ† ππ„π‘π€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ ✨

Seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen, dan sumbangan cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun demi menaikkan nama Jabatan. Semoga kecemerlangan ini berkekalan dan menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berbakti dengan penuh integriti.

Syabas dan tahniah! Anda sememangnya layak!βš’οΈπŸ’Ž





π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—§π—”π—£π—”π—ž π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨π—”π—₯π—œπ—”π—‘ 𝗕𝗔𝗧𝗨 π—žπ—”π—£π—¨π—₯ π——π—œ π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—š π—£π—¨π—Ÿπ—”π—œ, π—£π—˜π—₯π—”π—ž
10/07/2026

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—§π—”π—£π—”π—ž π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨π—”π—₯π—œπ—”π—‘ 𝗕𝗔𝗧𝗨 π—žπ—”π—£π—¨π—₯ π——π—œ π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—š π—£π—¨π—Ÿπ—”π—œ, π—£π—˜π—₯π—”π—ž

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππˆπ‹. πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”Ipoh, Perak – Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perhimpunan B...
03/07/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππˆπ‹. πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”

Ipoh, Perak – Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2026 warga Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak pada 30 Jun 2026 bertempat di Dewan Granite JMG Perak.

Majlis perhimpunan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja, di samping menjadi medium penyampaian amanat penting, hala tuju jabatan, serta perkongsian maklumat terkini daripada pihak pengurusan yang disampaikan oleh En Mahat bin Sibon, Timbalan Pengarah Sumber Mineral mewakili Tuan Pengarah JMG Perak.

Antara pengisian sepanjang majlis termasuklah:

πŸ‡²πŸ‡Ύ Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Perkhidmatan Awam

🀲 Bacaan Doa & Ikrar Perkhidmatan Awam

πŸ“’ Amanat Khas Pengurusan Pentadbiran JMG Perak

πŸŽ‚Sesi suai kenal kakitangan baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada urusetia Unit Geosains serta semua warga JMG Perak yang hadir bagi menjayakan perhimpunan kali ini.

Semoga segala amanat dan perkongsian yang disampaikan dapat menyuntik semangat baharu untuk kita terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti, dan berdedikasi demi kemajuan sektor mineral dan geosains negara.





24/06/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π”ππ“π„π‘ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ ππ„πŒππ€π‡π€π‘π”π€π 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 πŒπ„ππƒπ”π‹π€ππ† 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak akan mengadakan Kaunter Bergerak Pembaharuan Lesen Mendulang Tahun 2026 di beberapa lokasi terpilih sekitar Negeri Perak bagi memudahkan urusan orang ramai memperbaharui lesen mendulang.

βœ… Urusan pembaharuan lesen lebih mudah dan cepat
βœ… Perkhidmatan terus ke lokasi berhampiran anda
βœ… Elakkan kesesakan dan jimat masa

πŸ“… Sila rujuk jadual yang disertakan. Masa operasi: 9.30 pagi hingga 3.30 petang.

πŸ“Œ Pemegang lesen dinasihatkan membawa dokumen berkaitan bagi melancarkan urusan pembaharuan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi JMG Perak.





Address

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Perak, Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak - JMG Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak - JMG Perak:

Shortcuts

Share