Bomba Perak Official

Bomba Perak Official Web Rasmi JBPM Negeri Perak :
https://www.bomba.gov.my/jbpm-negeri-perak/
(4)

KEMALANGAN JALAN RAYA DI R&R LADANG BIKAM, DUA MANGSA CEDERA15 Ogos 2026 | Bidor, PerakPasukan Bomba dan Penyelamat dari...
15/08/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA DI R&R LADANG BIKAM, DUA MANGSA CEDERA

15 Ogos 2026 | Bidor, Perak

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor telah digerakkan ke lokasi kemalangan jalan raya di R&R Ladang Bikam, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.11 petang.

Setibanya pasukan Bomba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi yang melanggar bahagian belakang sebuah treler pengangkut kenderaan.

Kemalangan tersebut melibatkan dua mangsa berusia 22 tahun, iaitu seorang lelaki yang tersepit di bahagian pemandu dan mengalami patah kaki, manakala seorang wanita di bahagian penumpang hadapan turut mengalami patah kaki.

Ketua Operasi menjalankan size-up dan mengaplikasikan konsep SAVER. Anggota Bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan (rescue tools) bagi membuat renggangan untuk membebaskan mangsa yang tersepit sebelum kedua-dua mangsa dikeluarkan menggunakan stretcher.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM sebelum dihantar menggunakan ambulans KKM dan APM ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai oleh PBK II (KUP) Muhammad Helmi bin Mohd Tarmizi melibatkan 7 anggota BBP Bidor dengan sebuah jentera LFRT. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 petang.

CEPAT DAN MESRA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

14/08/2026

SELAMAT BERSARA

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapkan kepada

YAS DATO’ OTHMAN BIN ABDULLAH
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa, bakti, kepimpinan, dedikasi serta sumbangan YAS Dato’ sepanjang tempoh perkhidmatan.

Segala pengalaman, komitmen dan kepimpinan yang telah dicurahkan menjadi inspirasi serta meninggalkan legasi yang amat bermakna dalam memacu kecemerlangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga YAS Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu bersama keluarga tercinta.

Selamat Bersara dan Selamat Menempuh Alam Persaraan.
Jasamu Dikenang, Bakti Disanjung.

Ikhlas daripada:
YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

Send a message to learn more

SELAMAT BERSARASetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapkan kepadaYAS DATO’ OTHMAN BIN ABDULLAHTimba...
14/08/2026

SELAMAT BERSARA

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapkan kepada

YAS DATO’ OTHMAN BIN ABDULLAH
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa, bakti, kepimpinan, dedikasi serta sumbangan YAS Dato’ sepanjang tempoh perkhidmatan.

Segala pengalaman, komitmen dan kepimpinan yang telah dicurahkan menjadi inspirasi serta meninggalkan legasi yang amat bermakna dalam memacu kecemerlangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga YAS Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu bersama keluarga tercinta.

Selamat Bersara dan Selamat Menempuh Alam Persaraan.
Jasamu Dikenang, Bakti Disanjung.

Ikhlas daripada:
YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

🔥 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🔥Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan t...
13/08/2026

🔥 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🔥

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

YAS DATUK TS. NAZILI MAHMOOD

atas kenaikan pangkat sebagai

PENGUASA BOMBA GRED UTAMA B
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus menerajui kecemerlangan, memperkukuh pembangunan organisasi serta memberikan khidmat bakti terbaik demi kemajuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan negara. 🇲🇾🔥

Ikhlas daripada:
YS PKPjB DATO’ SAYANI BINTI HAJI SAIDON
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Perak

TAHNIAH YAS DATUK! 💐👏








🔥 KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG TENGKU HUSSEIN, MERU RAYA12 Ogos 2026 | Meru Raya, PerakPada jam 5.28 petang, Balai Bomba d...
12/08/2026

🔥 KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG TENGKU HUSSEIN, MERU RAYA

12 Ogos 2026 | Meru Raya, Perak

Pada jam 5.28 petang, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran sebuah rumah di Jalan Pauh Kijang, Kampung Tengku Hussein, Meru Raya, Perak.

Pasukan daripada BBP Meru Raya dan BBP Ipoh dengan bantuan PBS Menglembu, PBS Pekan Baru, PBS Chemor dan PBS Pasir Pinji telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan pada jam 5.40 petang, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas B berkeluasan 30’ x 60’ yang terbakar kira-kira 70%.

Kebakaran turut melibatkan sebuah Toyota Corolla yang terbakar kira-kira 3% serta sebuah motosikal Honda Wave kira-kira 5%. Api turut merebak ke sebuah kediaman bersebelahan jenis Kelas A berkeluasan 20’ x 65’, menyebabkan kira-kira 5% bahagian hadapan rumah terbakar.

Komander Operasi melakukan size-up dan mengaplikasikan konsep RECEO sebelum operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan tiga pancutan serta satu aliran hos bantu mula, bersumberkan tangki jentera dan pili bomba.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.41 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.31 malam.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.

Operasi diketuai PBK I TBK Suhaimi binti Ab Samad selaku Komander Operasi dan PKPgB (TBK) T.c Akmar Hisham bin Haji Basor, Ketua Balai BBP Meru Raya selaku Komander Operasi Kanan.

Seramai 14 anggota JBPM bersama 22 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam operasi tersebut.

“CEPAT DAN MESRA”
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

Address

PERSIARAN MERU UTAMA, BANDAR MERU RAYA
Ipoh
30020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Perak Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share