Perbadanan Menteri Besar Perak

Perbadanan Menteri Besar Perak Perbadanan Menteri Besar Perak ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Menteri Besar 1951. Bertindak sebagai peneraju industri mineral negeri Perak.

๐—ง๐— ๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—”Menteri Besar Incorporat...
10/08/2026

๐—ง๐— ๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—”

Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Terra Mineral Lab Sdn. Bhd. (TML) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Perniagaan MB Inc. Perak telah menganjurkan Hari Terbuka TML, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah TML, Ts. Haji Zul Helmi Ghazali; Penolong Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Perniagaan MB Inc. Perak, Encik Anas Ady Yaacob; serta barisan pengurusan MB Inc. Perak dan TML.

Program dua hari tersebut bertujuan mengadakan sesi libat urus secara bersemuka dan menyeluruh dengan seluruh pihak berkepentingan syarikat, khususnya dalam kalangan pemain industri mineral.

Menerusi platform sedemikian, TML yang berkeupayaan menganalisis, mengenal pasti serta menentusahkan pelbagai kandungan mineral, khususnya REE, mampu terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab penyelidikan REE yang berdaya saing di peringkat negara.

Tambahan p**a, penganugerahan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 menjadi manifestasi kepada kecekapan dan komitmen TML dalam menyampaikan perkhidmatan analisis yang tepat, boleh dipercayai serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Diharapkan menerusi sesi Hari Terbuka seperti ini, TML mampu terus mengukuhkan peranannya sebagai makmal analisis REE yang berwibawa serta menyerlahkan kredibiliti Negeri Perak di mata negara mahupun antarabangsa.

๐—ฌ๐—”๐—• ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—˜๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒYAB Dat...
06/08/2026

๐—ฌ๐—”๐—• ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—˜๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Negeri Perak Tahun 2026 "Belang Tarung Tiga Warna" di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Hadir sama ialah YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Menerusi temasya kali ini, Negeri Perak meneruskan misi Silver to Gold dengan menyasarkan 50 pingat emas pada SUKMA XXII Selangor 2026 yang bakal berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026, di samping menyasarkan 25 pingat emas bagi Para SUKMA.

Sasaran 50 pingat emas bagi Kontinjen SUKMA Perak bukan sahaja berupaya meletakkan Negeri Perak dalam kelompok terbaik, malah berpotensi memecahkan rekod pencapaian negeri sebanyak 49 pingat emas yang dicatatkan pada SUKMA Sabah 2002.

Dalam majlis yang sama, YAB Dato' Seri Saarani Mohamad turut menyempurnakan gimik penyerahan bendera kepada YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim selaku Ketua Kontinjen SUKMA Perak serta YBrs. Encik Muhammad Danial Azli, Presiden Sahabat Orang Kurang Upaya (OKU) Perak merangkap Ketua Kontinjen Para SUKMA Perak.

Sebagai Agensi Angkat yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri bagi sukan Muay Thai dan Sepak Takraw ke SUKMA XXII Selangor 2026, MB Inc. Perak sentiasa komited memikul tanggungjawab ini secara menyeluruh demi memastikan kontinjen Muay Thai dan Sepak Takraw negeri tampil cemerlang pada temasya kali ini.

Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak

๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—œ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜...
04/08/2026

๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—œ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐— ๐—ฃ๐— 

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Turut berkenan berangkat, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Aโ€™fifullah Shah.

Hadir sama, YAB Datoโ€™ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Menteri Pendidikan Tinggi; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Pada majlis berkenaan, DYMM Tuanku berkenan menyempurnakan lafaz perasmian, diikuti gimik simbolik serta menandatangani plak sebagai tanda pelancaran rasmi, sebelum berkenan meninjau ruang pameran yang disediakan.

Dewan yang dibina semula di tapak asal ini mengetengahkan konsep 'Warisan dalam Kemodenan', gabungan ciri seni bina rumah kutai Melayu dengan kemudahan moden, sekaligus menobatkannya sebagai mercu tanda baharu Manjung.

Kemudahan moden yang lengkap dari segi keselesaan dan fungsi ini diharap dapat menampung pelbagai aktiviti masyarakat setempat, selaras dengan aspirasi menjadikan Manjung daerah yang terus berkembang maju dan progresif.

Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak

๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒD...
01/08/2026

๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026.

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Aโ€™fifullah Shah.

Hadir sama, YAB Datoโ€™ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YDH CP Dato' Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Polis Perak; Laksamana Madya Datoโ€™ Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Brigedier Jeneral Datoโ€™ Mohd Rosli bin Abu Bakar, Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia.

Turut hadir, YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak; Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak, diikuti dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh DYMM Tuanku yang terdiri daripada tiga orang pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Divisyen.

Turut serta dalam detasmen perhimpunan seramai 280 orang pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang turut merangkumi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seusai perbarisan, DYMM Tuanku berkenan berangkat ke Majlis Santapan di Dewan Bankuet SUK yang diisi dengan persembahan pantomim bertajuk "Pahlawan", mengisahkan Operasi Subuh dalam insiden Al-Ma'unah di Sauk, Perak pada 6 Julai 2000.

Diharapkan sambutan ini akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi kini dan akan datang untuk menghayati semangat kepahlawanan serta nilai murni pengorbanan demi agama, bangsa dan tanah air.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPengurusan dan seluruh warga kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) merakamkan ucapan Selama...
31/07/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pengurusan dan seluruh warga kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) merakamkan ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Pada kesempatan ini, MB Inc. Perak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam kenangan dan semoga Allah SWT sentiasa melindungi seluruh warga pasukan keselamatan dalam setiap tugas yang diamanahkan.

๐— ๐—• ๐—œ๐—ก๐—–. ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—œ๐——๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ง๐—œ ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—” ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—œ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—กโ€™๐—ฆ ๐—™๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ช๐—˜๐—˜๐—žMenteri Besar Incorporated (...
30/07/2026

๐— ๐—• ๐—œ๐—ก๐—–. ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—œ๐——๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ง๐—œ ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—” ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—œ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—กโ€™๐—ฆ ๐—™๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ช๐—˜๐—˜๐—ž

Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menerima jemputan khas untuk menghadiri Kuala Lumpur Men's Fashion Week, baru-baru ini.

Turut berangkat dalam majlis tersebut ialah YAM Tunku Dr. Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Puteri Johor.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Encik Abdul Halim bin Ali, Dato' Radzuan Radziwill, Bon Zainal Harun, Rasta Rashid, serta Pengarah Cura Batik, Encik Rizam Abd Rani.

Majlis pada tahun kedua berturut-turut ini menghimpunkan seramai 46 pereka fesyen terkemuka dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Kemboja bagi mengetengahkan keindahan seni fesyen lelaki serantau.

Antara barisan koleksi yang diketengahkan pada minggu berkenaan ialah hasil rekaan Radzuan Radziwill, Omar Ali, Batek by Rasta, Rizman Ruzaini dan lain-lain pereka fesyen terkemuka dalam dan luar negara.

Penglibatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MB Inc. Perak untuk mengangkat dan memperkasakan keunggulan Batik Perak di persada fesyen negara.

Kini, Cura Batik telah melangkah lebih jauh dengan terlibat secara aktif dalam aktiviti perdana rekaan fesyen bagi mengembangkan lagi identiti dan keunikan Batik Perak.

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—ซ-๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—จ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”...
28/07/2026

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—ซ-๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—จ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Dalam usaha memperkukuh kedudukan Lumut sebagai bandar maritim utama negara, Kerajaan Negeri Perak menerima Kapal Ex-Hang Tuah daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Majlis Penyerahan Kapal Ex-Hang Tuah di Pangkalan TLDM Lumut.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad daripada Panglima Armada Barat TLDM, YBhg. Laksamana Madya Dato' Baharudin bin Wan Md Nor.

Hadir sama ialah Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Orang Besar Jajahan Manjung; Pegawai Daerah Manjung; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Datoโ€™ Anuar Zainal Abidin.

Penyerahan ini sekaligus menjadi mercu tanda dan perjalanan baharu dalam usaha Kerajaan Negeri melalui MB Inc. Perak untuk memperkukuh warisan maritim negara di samping memelihara aspek sejarah, pendidikan, pelancongan dan pembangunan komuniti.

Projek yang dijangka siap dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 2027 ini akan merangkumi taman awam terbuka secara percuma, zon komersial untuk usahawan tempatan, ruang aktiviti keluarga dan komuniti, serta kemudahan bagi penganjuran program, pameran dan persidangan.

Memorial Muzium KD Hang Tuah akan menjadi tarikan penting di Lumut dan Manjung serta memperkukuh kedudukan Lumut, sekaligus merancakkan ekonomi setempat, memperluas peluang pendapatan dan membawa manfaat secara langsung kepada rakyat.

๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿด ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ž...
23/07/2026

๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿด ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐——๐—จ๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Persidangan Dunia Ke-8 Mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam Tahun 2026 (WCIT2026).

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusoff; Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Bertemakan 'Setiap Insan Dihargai: Kemuliaan & Perpaduan dalam Islam', WCIT2026 pada tahun ini menjadi wadah untuk membincangkan peranan Islam dalam mendepani cabaran dunia yang semakin pesat berubah, sekaligus mengangkat martabat Islam sebagai agama yang membawa rahmat, kemuliaan dan perpaduan sejagat.

Persidangan ini menghimpunkan para ilmuwan serta cendekiawan dari serata dunia, antaranya Profesor Politik Arab Moden dan Sejarah Intelektual Universiti Columbia, Profesor Joseph A. Massad; Profesor Terbilang Kecerdasan Buatan dan Kemanusiaan Universiti CamTech, H.E. Profesor Kieth Rethy Chhem; serta Felo Bersekutu Kanan Institut Perkhidmatan Diraja United bagi Kajian Pertahanan dan Keselamatan United Kingdom, Dr. H. A. Hellyer.

Dalam titah perasmian tersebut, DYMM Tuanku menegaskan bahawa amanah dan integriti merupakan teras kepada tadbir urus negara yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat, memperkukuh perpaduan ummah serta memastikan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

"Dalam tradisi Islam, kuasa bukan suatu keistimewaan untuk dinikmati, sebaliknya amanah yang wajib dipikul dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT," titah DYMM Tuanku.

Mengakhiri titah, DYMM Tuanku menzahirkan harapan agar persidangan pada tahun ini menjadi wadah kepada ahli akademik, pembuat dasar dan pemimpin dunia Islam untuk merangka penyelesaian praktikal berteraskan nilai-nilai Islam dalam mendepani cabaran global, demi kesejahteraan, perpaduan dan kemajuan ummah.

Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKerajaan Negeri Perak terus komited memperkasakan ...
21/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kerajaan Negeri Perak terus komited memperkasakan kesejahteraan rakyat menerusi Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Dato' Lope Hashim, Bagan Datuk.

Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

Siri kali ini berjaya menghimpunkan sebanyak 153 aduan khususnya daripada rakyat Bagan Datuk, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan aduan yang direkodkan sehingga siri ke-4 pada tahun ini sebanyak 862 aduan, dengan 84% daripadanya telah berjaya diselesaikan.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai kaunter dan reruai perkhidmatan, termasuk jualan barangan keperluan asas pada harga berpatutan, bagi mendekatkan perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat setempat.

Inisiatif sebegini diharapkan dapat terus memberikan manfaat yang nyata dan dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian, selaras dengan aspirasi bersama untuk merealisasikan Perak Sejahtera 2030.

Address

Level 16 Techno Trade Center, Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Menteri Besar Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share