26/08/2026
KUDR @ Pameran Reruai Teknikal JKR Perak 2026
KUDR berbesar hati menyertai Pameran Reruai Teknikal bersempena Kursus Integrated Construction Project Management and Contract Administration di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.
Melalui pameran ini, KUDR berpeluang berkongsi dengan para pengunjung tentang peranan kami dalam membantu menyelaras kerja-kerja utiliti di Negeri Perak daripada peringkat perancangan, koordinasi bersama pihak berkaitan, pelaksanaan kerja di tapak sehinggalah kepada rekod infrastruktur yang telah siap.
Kami juga berkongsi beberapa usaha dan idea baharu KUDR dalam penggunaan teknologi seperti Digital Twin, yang berpotensi membantu kita melihat dan memahami kedudukan infrastruktur serta utiliti dengan lebih jelas sebelum sesuatu kerja dilaksanakan.
Paling penting, penyertaan ini memberi peluang kepada KUDR untuk bertemu, berkongsi pandangan dan bertukar idea bersama warga JKR, agensi kerajaan, syarikat utiliti, perunding, kontraktor serta pemain industri.
Semoga kerjasama dan perkongsian seperti ini dapat membantu kita membangunkan infrastruktur Negeri Perak yang lebih terancang, selamat dan terselaras.
One State. One Coordinated Utility Ecosystem.
Connecting Infrastructure. Coordinating Development. Enabling Perak’s Future.