02/08/2026
Majlis Perkongsian dan Permuafakatan murid-murid Tahun 6 2026.
Majlis ini telah dijalankan pada 24 Julai 2026 yang lalu melibatkan para ibu bapa / penjaga bersama-sama anak-anak Tahun 6.
Majlis ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat penting berkaitan hala tuju murid-murid Tahun 6 selepas tamat sekolah rendah.
Pada majlis ini juga para ibu bapa / penjaga berpeluang untuk bersoal jawab dengan guru berkaitan pemilihan sekolah menengah dan pencapaian anak masing-masing.
Terima kasih kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang hadir dan kerjasama semua pentadbir dan khususnya guru-guru tahun 6 demi kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak.