Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja

Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja This is Official page of 2nd Royal Ranger Regiment. OSIOU OH KAMANANG - WHO DARES WINS

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐‘ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ (๐Š๐€๐†๐€๐“) ๐Š๐„-๐Ÿ’๐ŸPegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja...
16/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐‘ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ (๐Š๐€๐†๐€๐“) ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif dan seluruh warga Sabah Rangers mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Ke-41 kepada seluruh warga Berjuang Berakhlak.

Semoga dengan HUT KAGAT Ke-41 ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Kor yang berterusan di samping terus berbakti menjaga kedaulatan tanah air tercinta ini.

๐ŸŸฉโฌ›๏ธ๐ŸŸฉ

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—ฆ๐— ๐—” ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ ๐—ฅ๐—ฅ๐—— ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—ฆIPOH, 15 Apr 26 - Ahli Jawata...
15/04/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—ฆ๐— ๐—” ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ ๐—ฅ๐—ฅ๐—— ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—ฆ

IPOH, 15 Apr 26 - Ahli Jawatankuasa Wisma Bintara Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Bintara 2 RRD bagi Tahun 2026 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif.

Turut serta hadir bagi menjayakan mesyuarat ini ialah Penasihat Wisma Bintara 2 RRD, Mej Muhammad Hamdan bin Ismail, Pegawai Kira-Kira Wisma Bintara, Kapt Muhammad Asyraf bin Amir Hamzah, SMR, PW 1 Honnelizon bin Jubin, YDP Wisma Bintara 2 RRD, PW 2 Muhammad Aliff Haiqal bin Ramlan dan seluruh Ahli Wisma 2 RRD.

Antara intipati mesyuarat ini adalah memfokuskan kepada perbincangan keperluan semasa serta perkara kebajikan ahli-ahli wisma serta membuat pelantikan Ahli Jawatankuasa Wisma Bintara 2 RRD yang baharu bagi Tahun 2026. Antara agenda mesyuarat yang lain adalah membincangkan perancangan aktiviti-aktiviti wisma yang telah dirancang bagi Tahun 2026 serta menyelesaikan segala perkara berbangkit yang telah diusulkan oleh ahli-ahli wisma.

Pegawai Memerintah di dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP Wisma Bintara 2 RRD serta barisan kepimpinan AJK terdahulu di atas tugas dan tanggungjawab yang telah dicurahkan dengan baik selama ini. Pegawai Memerintah juga mengingatkan agar semua ahli wisma tidak melanggar sebarang pengarahan serta perintah tetap yang telah ditetapkan seperti budaya pemerasan wang, buli, penderaan fizikal mahupun mental, pelanggaran disiplin serta berharap agar semua ahli wisma menjadi tulang belakang yang baik dan kukuh kepada batalion keramat ini.

Di akhir ucapan, Pegawai Memerintah dengan rasminya melantik PW 2 Muhammad Ibnu Qayyim bin Mohd Shah sebagai YDP Wisma Bintara 2 RRD bagi Tahun 2026 dan Naib YDP iaitu SSjn Muhammad Amin bin Hashim serta pelantikan AJK-AJK baharu bagi Tahun 2026. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baharu dilantik dan selamat menjalankan tugas serta tanggungjawab demi kecemerlangan berterusan Sabah Rangers.

๐ŸŸฉโฌ›๏ธ๐ŸŸฉ

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—œ๐—  ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—  ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿฎ ๐—ฅ๐—ฅ๐——IPOH, 15 Apr 26 - Pegawai Memerintah Batali...
15/04/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—œ๐—  ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—  ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿฎ ๐—ฅ๐—ฅ๐——

IPOH, 15 Apr 26 - Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera kepada Tim Bola Sepak dan Tim Bola Keranjang Pasukan 2 RRD bertempat di Dewan Piyuntunan, Kem Syed Putra. Majlis turut dihadiri oleh semua barisan Pegawai dan PTTK 2 RRD.

Terdahulu, Pertandingan Bola Sepak Kor Rejimen Renjer Diraja Tahun 2026 bakal memulakan tirai dengan rasminya pada 19 Apr sehingga 24 Apr 26 bertempat di Padang Bola, Kem Town Barrack, 9 RRD. Manakala, bagi Pertandingan Bola Keranjang Kor Rejimen Renjer Diraja Tahun 2026 bakal memulakan tirai dengan rasminya pada 20 Apr sehingga 24 Apr 26 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Kg Boyan, Taiping.

Majlis telah dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah seterusnya sesi penyerahan bendera pasukan kepada Ketua Tim Bola Sepak, Lt Muhammad Syahiran bin Nordin disusuli penyerahan bendera pasukan kepada Ketua Tim Bola Keranjang, Lt Alifhaiqal Aza bin Azlan.

Pegawai Memerintah di dalam amanatnya mengingatkan kepada semua pemain agar sentiasa mempamerkan mutu disiplin yang tinggi dan sentiasa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang masa di samping berusaha sebaik mungkin bagi mengekalkan kecemerlangan batalion keramat ini.

Seluruh warga Sabah Rangers mendoakan kecemerlangan Tim Bola Sepak dan Tim Bola Keranjang 2 RRD agar segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan selama ini membuahkan hasil yang diimpikan di pentas kejohanan nanti. Selamat maju jaya diucapkan kepada Tim Bola Sepak dan Tim Bola Keranjang 2 RRD.

๐ŸŸฉโฌ›๏ธ๐ŸŸฉ

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐’๐Œ๐‰ ๐Ÿ ๐‘๐‘๐ƒPegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif ...
10/04/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐’๐Œ๐‰ ๐Ÿ ๐‘๐‘๐ƒ

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif serta seluruh warga Sabah Rangers merakamkan ucapan Sekalung Tahniah kepada PW 1 Mohamad Faiz bin Mat Rasid, KSMJ 2 RRD di atas pemakaian pangkat Pegawai Waran 1.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih besar, menjadi contoh kepimpinan unggul serta sentiasa diberi kekuatan, keberanian dan kebijaksanaan dalam setiap langkah demi kecemerlangan berterusan Sabah Rangers.

๐ŸŸฉโฌ›๏ธ๐ŸŸฉ

08/04/2026
04/04/2026
03/04/2026

๐——๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ, ๐—ฃ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป "๐—ฅ๐—ฎ๐—ด๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ด" ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—ง๐— : ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป

Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berpegang kepada nilai disiplin, kepimpinan dan semangat setiakawan.

Setiap anggota, sama ada senior atau junior, mesti menghormati antara satu sama lain.

Malangnya, terdapat kes-kes terbaru di mana anggota senior didapati memukul anggota junior sehingga parah dan koma.

Perbuatan ini tidak mencerminkan prinsip atau budaya sebenar ATM.

Perbuatan pukul, dera atau ragging adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 iaitu Tidak Patuh Kepada Perintah Tetap.

Perintah Tetap Pasukan jelas melarang sebarang bentuk penyeksaan atau kekerasan terhadap orang lain.

Sebagai ketumbukan pertahanan negara, ATM menegaskan bahawa disiplin tidak pernah dibina melalui penderaan atau kekerasan fizikal.

Latihan, teguran dan hukuman rasmi adalah cara yang sah dan terkawal untuk membina ketahanan, kepimpinan dan profesionalisme anggota.

Ragging hanya akan merosakkan maruah individu, menjejaskan moral pasukan dan memberi kesan trauma jangka panjang kepada mangsa.

๐˜ผ๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™๐™š๐™œ๐™–๐™จ

Mana-mana anggota yang terlibat dalam perbuatan dera, pukul, ragging atau seumpamanya, akan dihukum di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 dan tertakluk kepada tindakan tatatertib termasuk penjara, buang kerja dan penurunan pangkat.

ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kekerasan dalaman.

Sebagai anggota tentera, kita melindungi rakan seperjuangan, bukan menyakiti mereka.

Sebagai rakyat, kita juga perlu memahami bahawa tindakan ragging bukan tradisi atau latihan, tetapi ianya adalah satu kesalahan jenayah yang serius.

๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ

ATM menekankan bahawa keamanan, disiplin, dan setiakawan adalah tunjang utama pasukan.

Marilah kita semua menolak sebarang bentuk kekerasan dalam pasukan dan memupuk budaya hormat-menghormati antara anggota.

Ingat, musuh kita di luar medan, bukan rakan kita sendiri.

๐Ÿ’ฌ ๐™Ž๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ž ๐™‹๐™š๐™ง๐™—๐™ž๐™ฃ๐™˜๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ

Kami mahu dengar pendapat anda.

๐˜ฝ๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™˜๐™–๐™ง๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ž๐™  ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™– ๐™™๐™ž๐™จ๐™ž๐™ฅ๐™ก๐™ž๐™ฃ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ฅ๐™– ๐™ ๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ฅ๐™–๐™จ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ?

๐˜ผ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™™๐™ž๐™–๐™ข๐™—๐™ž๐™ก ๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ค๐™ฉ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ง๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ง๐™–๐™œ๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™œ?

๐Ÿ‘ Kongsi dan tag rakan-rakan anda sebagai tanda sokongan terhadap ATM menolak ragging.

Bersama-sama kita bina pasukan yang lebih kuat, profesional dan berdisiplin.

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‰ ๐‰๐„๐ ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐’๐‡๐€๐Œ๐’๐‡๐Ž๐‘ ๐๐ˆ๐ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐‰๐€๐€๐…๐€๐‘Pegawai Memerintah Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif dan seluru...
30/03/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‰ ๐‰๐„๐ ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐’๐‡๐€๐Œ๐’๐‡๐Ž๐‘ ๐๐ˆ๐ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐‰๐€๐€๐…๐€๐‘

Pegawai Memerintah Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif dan seluruh warga Sabah Rangers merakamkan setinggi-tinggi ucapan Sekalung Tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk pada 30 Mac 2026 sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-75.

๐ŸŸฉโฌ›๏ธ๐ŸŸฉ

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐‘๐„๐๐‰๐„๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐ŸŽPegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Renjer Di...
28/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐‘๐„๐๐‰๐„๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐ŸŽ

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Ahmad Faizal bin Abdul Latif dan seluruh warga Sabah Rangers mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun 4 RRD Ke-60 kepada seluruh warga Northern Ranger.

Semoga dengan HUT 4 RRD Ke-60 ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pasukan yang berterusan di samping terus berbakti menjaga kedaulatan tanah air tercinta ini.

๐ŸŸฉโฌ›๏ธ๐ŸŸฉ

27/03/2026

๐’ ๐€ ๐ ๐€ ๐‡ ๐‘ ๐€ ๐ ๐† ๐„ ๐‘ ๐’ ๐ŸŸฉโฌ›๏ธ๐ŸŸฉ

26/03/2026

Address

Ipoh
30350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category