04/09/2026
ππππ ππππ ππ-πππππ πππππ πππππ πππππππ ππππππππ ππ ππππππππ πππππ | π ππππ. ππππ | πππππππ
Keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Aβfifullah Shah, ke Pavilion Perak bersempena MAHA 2026 telah menyerikan penganjuran pavilion berkenaan.
Dalam rangka lawatan tersebut, DYAM Tuanku berkenan melawat setiap reruai pameran bagi meninjau pelbagai produk, inovasi serta inisiatif strategik yang diketengahkan oleh jabatan dan agensi Negeri Perak.
DYAM Tuanku turut berkenan singgah ke reruai Perak SADC yang mengetengahkan potensi tanaman nangka dan durian, di samping mempromosikan Perak Halal Industrial Park (Perak HIP) sebagai hab industri halal bersepadu bagi menarik pelaburan serta merancakkan pertumbuhan sektor hiliran berasaskan pertanian.
Keberangkatan DYAM Tuanku mencerminkan sokongan berterusan Institusi Diraja Perak terhadap usaha memperkukuh keterjaminan makanan, meningkatkan nilai tambah hasil pertanian dan memacu pembangunan sektor agromakanan yang berdaya saing serta mampan demi kemakmuran Negeri Perak Darul Ridzuan.