Wanita Perak

Wanita Perak Wanita Ekonomi
Wanita Kepimpinan
Wanita Keselamatan
Wanita Kesihatan
Wanita Pendidikan
Masyarakat Lestari
(9)

Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) merupakan sebuah agensi yang menyelaraskan dasar dan polisi berkenaan pembangunan wanita dan sosial di peringkat Kerajaan Negeri melalui penyelarasan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan WanIta, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak

Wanita Perak kini diterajui oleh Yang Berusaha Puan Jamilah Zakaria sebagai Pengarah Sekretariat.

14/08/2026

DIALOG BAJET MESRA RAKYAT 2026

Memperkasa Agenda Kesejahteraan Sosial
IPOH, 4 Ogos 2026 – Seramai 230 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk penjawat awam, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua komuniti, Tok Batin, pelajar serta golongan belia telah menyertai Dialog Bajet Mesra Rakyat 2026 yang berlangsung di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.

Program yang dirasmikan oleh YB Dato' Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak ini merupakan platform penting yang diwujudkan bagi memberi ruang kepada masyarakat untuk berkongsi pandangan, cadangan serta aspirasi secara langsung ke arah pembentukan Bajet Negeri Perak 2027 yang lebih inklusif, responsif dan berimpak tinggi kepada kesejahteraan rakyat.

YAB Dato' Seri Saarani Mohamad
YB Dato' Salbiah Mohamed
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Puan Jamilah Zakaria

13/08/2026

Sesi temu bual ringkas bersama delegasi dari Rujak Center for Urban Studies (RCUS), Jakarta bersama LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengetengahkan pandangan mengenai pengalaman, pendekatan dan amalan yang diperoleh sepanjang kunjungan, khususnya dalam memperkasa penuaan aktif, sihat dan inklusif serta pembangunan komuniti mesra warga emas.

Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kepada kerjasama dan pertukaran ilmu yang lebih erat antara Malaysia dan Indonesia.

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UKM & RUJAK CENTER FOR URBAN STUDIES (RCUS) KE HALAMAN SURI SEJAHTERASekretariat Pembangunan W...
13/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UKM & RUJAK CENTER FOR URBAN STUDIES (RCUS) KE HALAMAN SURI SEJAHTERA

Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak berbesar hati menerima kunjungan delegasi Rujak Center for Urban Studies (RCUS), Jakarta dan LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam sesi perkongsian ilmu dan pembelajaran dasar berkaitan penuaan mesra warga emas.

Sesi ini memberi tumpuan kepada model penjagaan berasaskan komuniti, program dan perkhidmatan warga emas serta pendekatan memupuk penuaan aktif, sihat dan inklusif.

Semoga perkongsian ini terus memperkukuh jaringan kerjasama serantau dalam membangunkan komuniti yang lebih mesra warga emas.

🌿 PROGRAM INKLUSIF SENI ECOPRINT: ALAM DALAM KARYA 🌿“Dari Alam, Untuk Kita Semua”Persatuan Anak Istimewa Taiping dengan ...
13/08/2026

🌿 PROGRAM INKLUSIF SENI ECOPRINT: ALAM DALAM KARYA 🌿
“Dari Alam, Untuk Kita Semua”

Persatuan Anak Istimewa Taiping dengan kerjasama Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) menjemput orang ramai untuk menyertai Program Inklusif Seni Ecoprint: Alam Dalam Karya.

Program ini merupakan platform kreatif yang mengetengahkan seni ecoprint berasaskan elemen semula jadi, di samping memperkasa golongan OKU, menjana kreativiti serta menyatukan komuniti melalui aktiviti seni yang inklusif. 🍃🎨

📅 Tarikh: 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 2.00 petang
📍 Tempat: AEON Mall Taiping

✨ Terbuka kepada semua
👧🧒 Berumur 5 tahun dan ke atas
♿ Keutamaan kepada golongan OKU

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghasilkan karya berinspirasikan alam sambil meraikan kreativiti dan inklusiviti.

📲 Pendaftaran: Imbas kod QR yang tertera pada poster untuk menyertai program ini.

“Alam Inspirasi, Karya Bermakna, Inklusi Semua.”







MAJLIS PENYERAHAN “MOCK CHEQUE” PROGRAM PEMBOLEHDAYAAN MODAL INSAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERAK SEJAHTERA 2030...
12/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN “MOCK CHEQUE” PROGRAM PEMBOLEHDAYAAN MODAL INSAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERAK SEJAHTERA 2030 TAHUN 2026

11 Ogos 2026, Bangunan SUK Perak - Telah berlangsung Majlis Penyerahan “Mock Cheque” Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan SUK Perak.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Turut hadir YB Puan Hajah Salina binti Samsudin, ADUN Behrang merangkap Timbalan Pengerusi Sekretariat Wanita Perak; YBrs. Puan Jamilah binti Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak); YBrs. Encik Ismail Arul Raj bin Amirudin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak (JKM); YBrs. Encik Azizul Hakim bin Abdul Karim, Ketua Pegawai Operasi IDR, serta wakil-wakil Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Program ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasa modal insan serta menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada pelbagai golongan masyarakat, khususnya komuniti OKU yang memerlukan sokongan dan perhatian.

Antara penerima “Mock Cheque” pada majlis ini ialah:
🔹 PPDK Bitara UPSI
🔹 PPDK Impian Batu Kurau
🔹 Persatuan Daybreak untuk Kebajikan Orang-Orang Cacat Kinta Perak
🔹 Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak (PPOC)
🔹 Pusat Jagaan Rumah Bethany
🔹 Persatuan untuk Insan Bermasalah Intelek Perak, Cawangan Bengkel Semangat Maju Taiping
🔹 Persatuan untuk Insan Bermasalah Intelek Perak, Cawangan Bengkel Semangat Maju Ipoh

Satu taklimat perniagaan atau business coaching dilaksanakan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman sebagai salah satu usaha untuk membimbing dan memberi latihan kepada pengurus projek dalam membangunkan kapasiti peserta OKU di institusi dan pusat dengan latihan pemasaran dan pengurusan kewangan.

Semoga bantuan dan sokongan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh pelaksanaan program, meningkatkan kemahiran, membina keyakinan diri serta membuka lebih banyak peluang kepada golongan OKU untuk berdikari dan meningkatkan kualiti kehidupan.

“Memperkasa Insan, Membina Kemandirian, Merealisasikan Perak Sejahtera 2030.”

YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad
YB Dato’ Salbiah Mohamed
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak







11/08/2026
11/08/2026

Perak pacu kemandirian ekonomi OKU melalui program pembolehdayaan MG Perak Perak pacu kemandirian ekonomi OKU melalui program pembolehdayaan

11/08/2026
11/08/2026

Address

NO 5 Jalan MEDAN MERU BESTARI A14, MEDAN MERU BESTARI, IPOH
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055269829

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita Perak:

Shortcuts

Share