PERHEBAT Negeri Perak

PERHEBAT Negeri Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERHEBAT Negeri Perak, Armed forces, No. 10, Jalan Meru Bestari A4, Medan Meru Bestari Ipoh, Ipoh.

Menjalankan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan dengan program latihan bagi Personel Bersara dan Personal Akan Bersara;

dan

Untuk mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan itu

21/08/2026

Jejak Agro...

PKS Agrotani Siri 3/2026.

PLBV Lumut.

Lawatan Pendedahan...
Farm
Garden
Zul Dedak Unggas
Ikan Sangkar Komuniti

Pantai Remis. Lekir. Tanjung Bidara.
2 Daerah.
1 Matlamat.

Ke arah merealisasikan misi keterjaminan makanan negara.








21/08/2026

Langkah Usahawan...

Pelatih PKS Umum Siri 3/2026

PLBV Lumut.

Lawatan Pendedahan ke Projek Sangkar Ikan Komuniti di Tanjung Bidara.
Membina jaringan perniagaan yang sihat dan kompetetif di kalangan Veteran ATM.

Ini baru permulaan...
Baru langkah kecil...
Ada lagi...
Selepas ini...

Langkah Usahawan...
PKS Umum Siri 3/2026......




21/08/2026

Cerita dari dapur...

PLBV Lumut...

Kita bakar kek pulak hari ni..
Cheeeeeeessee cake... 🍰🧁🎂

Boleh tahan juga..
Lulus!!!

Terbaik Pelatih UPM Siri 3/2026👍💪




20/08/2026

Cerita dari dapur...

PLBV Lumut.

Pelatih Usahawan Penyediaan Makanan Siri 3/2026.

Mai singgah D18 try!






18/08/2026

Ketenangan...
Tiada kata boleh diungkap...
Tiada tinta boleh menulis...
Tiada khayalan boleh digarap...

Kebesaran Ilahi...
Keindahan flora...
Hilang seketika masalah dunia...

Tapak Simulasi Agrotani PLBV Lumut.
PERHEBAT Negeri Perak
Agro Farm, Bota Kiri.




Lawatan Pendedahan ke Kitchen Garden dan MyaFarish FarmPada 29 April 2026, satu lawatan telah diadakan ke Kitchen Garden...
06/05/2026

Lawatan Pendedahan ke Kitchen Garden dan MyaFarish Farm

Pada 29 April 2026, satu lawatan telah diadakan ke Kitchen Garden iaitu sebuah kawasan penternakan ayam penelur dan projek pertanian bandar yang diusahakan oleh seorang veteran TLDM, En Hamdan Ahmad Sapli bersama anaknya. Lawatan ini memberi pendedahan tentang bagaimana pengalaman, disiplin dan semangat juang bekas anggota tentera dapat diterjemahkan ke dalam bidang agromakanan dan keusahawanan moden. Projek ini bukan sahaja menumpukan kepada pengeluaran telur dan hasil pertanian segar, malah turut membuktikan bahawa konsep pertanian dalam bandar mampu menjana pendapatan serta menyumbang kepada keselamatan makanan komuniti setempat. Pelatih juga didedahkan dengan kaedah pengurusan ternakan, penjagaan kebersihan, penggunaan ruang secara optimum serta cabaran yang dihadapi dalam mengusahakan pertanian bandar secara mampan.

Seterusnya, pada 6 Mei 2026, lawatan diteruskan ke MyaFarish Farm yang merupakan sebuah pusat penternakan lembu tempatan yang diusahakan oleh En Mohd Farish Ahmad, seorang anak muda Melayu yang berwawasan. Lawatan ini memberi inspirasi kepada pelatih tentang potensi besar sektor penternakan sebagai bidang ekonomi yang mampu berkembang sekiranya diurus secara sistematik dan berdaya maju. Pelatih berpeluang melihat sendiri proses penjagaan lembu, pengurusan makanan ternakan, penyelenggaraan kandang serta aspek kesihatan haiwan yang menjadi faktor penting dalam memastikan kualiti penternakan. Selain itu, lawatan ini turut membuka minda pelatih mengenai peranan generasi muda dalam memodenkan sektor agroternakan serta membuktikan bahawa bidang pertanian dan penternakan mampu menjadi kerjaya profesional yang berpotensi tinggi pada masa hadapan.

Semoga lawatan ke Kitchen Garden dan Myafarish Farm sedikit sebanyak dapat membuka minda Pelatih PLBV Lumut Siri 2/2026 tentang peluang dan potensi yang boleh diterokai dalam bidang pertanian, penternakan, agromakanan dan keusahawanan.





11 Februari 2026Lawatan Pendedahan ke Manjung CocopeatPelatih PKS Agrotani Lumut Siri 1/2026 telah berpeluang melawat ke...
12/02/2026

11 Februari 2026
Lawatan Pendedahan ke Manjung Cocopeat

Pelatih PKS Agrotani Lumut Siri 1/2026 telah berpeluang melawat ke sebuah perusahaan memproses cocopeat, Manjung Cocopeat yang terletak di Teluk Penchalang, Kg Pasir Panjang. Manjung Cocopeat diusahakan oleh seorang usahawan muda yang mesra disapa Abg Syed.

Pelatih telah diterangkan berkenaan proses penghasilan cocopeat bermula dari pengumpulan sabut kelapa sehinggalah penghantaran cocopeat kepada pelanggan.

Abg Syed juga telah berkongsi akan kisah perjalanan karier beliau dan menitipkan kata-kata semangat serta nasihat kepada Pelatih agar terus komited tanpa putus asa dalam mengejar impian yang menggunung.

Didoakan perniagaan Abg Syed dan Manjung Cocopeat akan terus maju dan cemerlang Di masa hadapan. Semoga sesuatu yang berharga diperoleh Pelatih hasil lawatan hari ini.

TIADA HASIL MENGKHIANATI USAHA


SESI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSMTempat : Menara SSM Ipoh PerakTarikh : 11 Feb 2026.Masa : 10.00 Pagi - 12.30 tgh...
12/02/2026

SESI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM

Tempat : Menara SSM Ipoh Perak
Tarikh : 11 Feb 2026.
Masa : 10.00 Pagi - 12.30 tgh hari.
Hari : Rabu

Penglibatan :
1) Semua pelatih Ipoh & Taiping Siri 1 2026
2) Pengajar Ipoh dan Taiping
3) Penyelaras Latihan

Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) telah dijalankan di dewan bangunan SSM dengan kehadiran pelatih dari Kursus PKS Umum dan PKS Agrotani Siri 1/2026 Ipoh dan Taiping. Sesi ini dimulakan oleh ucapan dan amanat Pengarah SSM Puan Azurah Nor Sarif, diikuti taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM serta pendaftaran perniagaan melalui sistem EzBiz.

Seramai 25 orang pelatih dari PKS Ipoh dan 13 orang PKS Taiping yang mengikuti sesi taklimat kali ini mendaftar melalui sistem EzBiz dan membuat pendaftaran perniagaan.

Program taklimat ini julung kali diadakan di Menara SSM Ipoh Perak dan akan diadakan sebanyak 4 siri setahun mengikut siri kemasukan pelatih PERHEBAT.

SESI TAKLIMAT PERANAN DAN FUNGSI SME CORP SERTA PROGRAM PMKS UNTUK USAHAWANTempat : Kelas PLBV Ipoh PerakTarikh : 12 Feb...
12/02/2026

SESI TAKLIMAT PERANAN DAN FUNGSI SME CORP SERTA PROGRAM PMKS UNTUK USAHAWAN

Tempat : Kelas PLBV Ipoh Perak
Tarikh : 12 Feb 2026.
Masa : 09.15 Pagi - 11.30 tgh hari.
Hari : Khamis

Penglibatan:
1. Semua pelatih PKS Ipoh Siri 1 2026
3. Harziazidatul Erma Binti Bohari - Pengajar PKS PLBV Ipoh
6. Muhammad Amir Shahmi Bin Zomri - Pengajar Agrotani PLBV Ipoh

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Azrine Othman selaku Pegawai SME Corp yang memperincikan tahap dan pengenalan kepada beberapa kategori usahawan PMKS. Taklimat ini juga menekankan tentang kelebihan perniagaan Kecil dan Sederhana justeru menggalakkan bakal pesara untuk bergiat secara serius dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi. Bantuan dari pihak kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam memberi khidmat nasihat, nilai tambah, pinjaman dan geran disediakan hampir 17 juta untuk usahawan. Peluang ini jarang disambar oleh golongan usahawan terutama usahawan belia dibawah peringkat umur 30 tahun.

Semoga perkongsian taklimat ini dapat memberi nilai tambah kepada bakal pesara yang akan menceburi bidang usahawan.

Address

No. 10, Jalan Meru Bestari A4, Medan Meru Bestari Ipoh
Ipoh
30020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERHEBAT Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERHEBAT Negeri Perak:

Shortcuts

Share

Category