11/08/2026
LATIHAN ALAT SHAKING TABLE, ROLL BALL MILL DAN WET MAGNETIC SEPARATOR
๐๏ธ 11 Ogos 2026 (Selasa)
๐ 9.00 pagi โ 4.30 petang
๐ Makmal Pemprosesan Mineral, Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral, PPM
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan kerjasama pihak RGS Corporation Sdn. Bhd. telah mengadakan latihan peralatan shaking table, roll ball mill dan wet magnetic separator pada 11 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Makmal Pemprosesan Mineral, Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral, PPM. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah melibatkan seramai 32 orang peserta, terdiri daripada 27 orang kakitangan PPM dan 5 orang kakitangan RGS Corporation.
Program ini bertujuan memberi pendedahan secara amali mengenai operasi dan penyelenggaraan peralatan utama di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral. Kakitangan PPM dibahagikan kepada tiga kumpulan yang bergilir-gilir menjalani latihan yang merangkumi pengendalian alat, demonstrasi sampel dan langkah penyelenggaraan bagi ketiga-tiga alat tersebut.
Penganjuran latihan ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan peralatan pemprosesan mineral, sekali gus memacu kompetensi kakitangan PPM dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan mineral tempatan.