Srikandi Ipoh Barat, Perak

Srikandi Ipoh Barat, Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Srikandi Ipoh Barat, Perak, Political Party, Ipoh.

KenyataanTan Sri Muhyiddin YassinPresiden BERSATU
17/07/2026

Kenyataan
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden BERSATU

Saya kesal dengan tohmahan Tan Sri Annuar Musa terhadap BERSATU.

BERSATU tidak mufarakah (berpisah) secara sukarela dari Perikatan Nasional.

BERSATU yang mengasaskan Perikatan Nasional dan BERSATU masih parti anggota Perikatan Nasional yang sah.

Tetapi hak-hak BERSATU sebagai parti anggota dan parti pengasas Perikatan Nasional telah dinafikan.

Rundingan kerusi pilihan raya dengan BERSATU tidak diteruskan. Malah ia sengaja dihentikan dengan alasan yang tidak munasabah.

BERSATU juga tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang memuktamadkan pembahagian kerusi parti-parti anggota Perikatan Nasional.

Jadi, mengapa BERSATU dituduh bertindak mendahului keputusan mesyuarat jika mesyuaratpun tidak dijemput?

Mengenai rundingan dengan BN, Pengerusi Perikatan Nasional mengakui beliau memberi kebenaran rundingan dijalankan.

Saya tidak mempersoalkan rundingan. Soalnya ia melibatkan perkara dasar yang sepatutnya dibawa ke Majlis Tertinggi Perikatan Nasional terlebih dahulu.

Sebaliknya, rundingan dibuat tanpa melibatkan semua parti anggota dan tanpa mandat Majlis Tertinggi. Setelah keputusan mengenai kerjasama dibuat barulah dibawa ke Majlis Tertinggi. Ini cara yang songsang.

Sepanjang saya memimpin Perikatan Nasional selama lima tahun saya tidak pernah mengenepikan mana-mana parti anggota dalam proses membuat keputusan Perikatan Nasional, termasuk hal-hal dasar parti dan pembahagian kerusi pilihan raya.

Mesyuarat dan rundingan melibatkan semua parti dan setiap keputusan dibuat secara teratur.

Hari ini, segalanya telah berkecamuk.

Tuduhan Tan Sri Annuar Musa kononnya BERSATU menghalang penyatuan Melayu adalah amat tidak bertanggungjawab.

Saya menubuhkan BERSATU sebagai sebuah parti pribumi Melayu dan perjuangan saya untuk penyatuan Melayu tidak pernah padam.

Malah, pada peringkat awal penubuhan Perikatan Nasional, saya menggagaskan Perikatan Nasional sebagai parti induk yang menggabungkan parti-parti Melayu termasuk UMNO serta parti-parti pelbagai kaum yang lain.

Namun, UMNO menolak untuk menyertai Perikatan Nasional. Malah UMNO tidak mahu menjadi sebahagian daripada parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Hanya ahli-ahli Parlimen UMNO sahaja yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO kemudiannya berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional, iaitu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan parti Melayu.

Hari ini mereka sedang melakukan perkara yang sama kepada Kerajaan Perpaduan yang mereka sendiri tubuhkan bersama-sama Pakatan Harapan.

Oleh kerana Perikatan Nasional yang dipimpin oleh PAS mahu mewujudkan gabungan dengan UMNO, yang masih mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan termasuk DAP, PAS memutuskan hubungan dengan BERSATU dan parti Melayu yang saya pimpin ini diketepikan oleh Perikatan Nasional.

Ini bukanlah penyatuan Melayu yang sebenar. Ini hanyalah penjajaran semula kuasa politik.

Apapun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Perikatan Nasional.

BERSATU tidak akan menoleh ke belakang lagi. Parti ini akan terus berdiri dan mara ke hadapan menjulang panji-panji perjuangannya demi Malaysia dan seluruh rakyatnya.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

17 Julai 2026

16/07/2026
KENYATAAN MEDIANAIB PRESIDEN BERSATU
23/06/2026

KENYATAAN MEDIA
NAIB PRESIDEN BERSATU

20 Jun 2026 🌹ZIARAH KASIH🌹Ketua Srikandi Bahagian, Puan Awien Rahman bersama Ketua Srikandi Cawangan Kg Tawas Utara, Pua...
20/06/2026

20 Jun 2026
🌹ZIARAH KASIH🌹

Ketua Srikandi Bahagian, Puan Awien Rahman bersama Ketua Srikandi Cawangan Kg Tawas Utara, Puan Siti telah meluangkan masa menziarahi ahli Srikandi Cawangan Kg Tawas Utara, Puan Hasiah atau lebih mesra disapa Wan Nyah, yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di bilik air tempoh hari.

Beliau merupakan seorang ahli yang sangat komited dan sentiasa menunjukkan sokongan yang tidak pernah putus terhadap perjuangan parti. Semoga Wan Nyah diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.




11/03/2026

Alhamdulillah berpeluang Iftar bersama-sama Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Ipoh Barat. Tq pada penaja hari ini. Semoga Allah perluaskan lagi pintu2 rezki. Aaminn

11/03/2026

11 Mac 2026 (Rabu)

Menziarahi mangsa2 kebakaran di Kampung Kepayang. Takziah buat semua ahli keluarga yg terlibat. Terima kasih DS Peja kerana dpt meluangkan masa bersama2 kami tadi. Sedikit sumbangan dari ahli2 Jawatankuasa Bersatu Bahagian Ipoh Barat telah disampaikan oleh Ketua Bahagian. Kami juga turut menziarahi makyong di Flat Jln Ashby dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Address

Ipoh
31300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Srikandi Ipoh Barat, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share