JAKOA Perak dan Kedah

JAKOA Perak dan Kedah Goverment

21/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Š๐ˆ๐๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐€๐๐†๐†๐€, ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐Œ๐€๐Š๐๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jalur Gemilang ialah lambang maruah, identiti dan jiwa Malaysia. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Kibarkan dengan bangga sebagai tanda cinta kepada tanah air serta semangat patriotisme. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

๐Ÿ“ฒ Baca di portal DBook Penerangan๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=risalah-jalur-gemilang-kibarkan-dengan-bangga-hormati-dengan-penuh-makna

๐Ÿ”— Laman Rasmi
https://www.penerangan.gov.my/




21/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. ๐Ÿ“

Membawa tema 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati', seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang diundang hadir bersama keluarga dan insan tersayang. ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Ayuh kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan rasa bangga, cinta dan kebersamaan demi negara kita. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›




21/08/2026
21/08/2026

๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ฅ๐จ๐ง๐š๐ง ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข (๐€๐Œ๐ˆ) ๐‰๐€๐Š๐Ž๐€ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Beberapa hari lagi sebelum pencalonan ditutup!

Anugerah Mahasiswa Inspirasi (AMI) merupakan inisiatif penting JAKOA dalam memberi pengiktirafan atas pencapaian mahasiswa Orang Asli yang cemerlang.

Pencalonan bagi AMI pada tahun ini telah dibuka! Dua (2) kategori dipertandingkan, iaitu:

๐Ÿ†Ikon Mahasiswa Inspirasi Lelaki

๐Ÿ†Ikon Mahasiswa Inspirasi Wanita

Tarikh Pencalonan: 31 Julai hingga 26 Ogos 2026

Pautan pencalonan: https://drive.google.com/drive/folders/1uAAqOy94YUtzFyP0NJVOJV-3Y7xMkYxB?usp=drive_link

Sila hantar borang pencalonan yang lengkap ke Pejabat JAKOA Daerah / Negeri yang terdekat selewat-lewatnya pada 26 Ogos 2026.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-8090 3600 (3786) atau e-mel ke [email protected].

Jawatankuasa Anugerah Mahasiswa Inspirasi (AMI) JAKOA Tahun 2026, Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).







17/08/2026

๐ƒ๐€๐๐€ ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐”๐“๐€ ๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐”๐‹๐ˆ๐‡, ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

Masyarakat Orang Asli menyambut baik bantuan RM500,000 bagi baik pulih melibatkan 25 rumah serta RM711,000 untuk bina baharu rumah yang diperuntukkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi Negeri Kelantan dan Terengganu.

Langkah ini merupakan komitmen KKDW dan JAKOA dalam memperkasa agenda pembangunan desa secara menyeluruh, khususnya kawasan pedalaman yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan Kerajaan demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli.

Klik berita penuh: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/rm1-2-juta-baik-pulih-bina-rumah-baharu-orang-asli-kelantan-dan-terengganu/





16/08/2026

๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฎ ๐›๐ฎ๐š๐ฅ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ฎ๐š๐ง ๐€๐ฆ๐ข๐ซ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ง ๐๐ข๐ค ๐€๐ณ๐ฅ๐ข๐ง๐š๐ฐ๐š๐ญ๐ข ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐‘๐š๐๐ณ๐š๐ฅ๐ข, ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ซ๐š๐๐ข๐จ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ ๐…๐Œ

๐Ÿ“Œ Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ“Œ Masa: 12.15 tengah hari
๐Ÿ“Œ Topik: Program Kenduri Rakyat sempena Sambutan Hari Orang Asli 2026
๐Ÿ“Œ Frekuensi: 104.1MHZ atau RTMKlik







๐Ÿ“ข  HARI ORANG ASLI 2026: BATTLE OF THE BAND! ๐ŸŽธ๐Ÿ”ฅAyuh, sertai Pertandingan Battle of The Band 2026 dan tonjolkan bakat muz...
16/08/2026

๐Ÿ“ข HARI ORANG ASLI 2026: BATTLE OF THE BAND! ๐ŸŽธ๐Ÿ”ฅ

Ayuh, sertai Pertandingan Battle of The Band 2026 dan tonjolkan bakat muzik anda!

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama JAKOA Negeri Perak ini bertujuan untuk mencungkil bakat, memperkasakan kreativiti serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti Orang Asal.

๐Ÿ“… Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)

๐Ÿ“ Tempat: Orang Asli One Stop Centre (OAOSC), Bawong, Sungai Siput (U), Perak

๐ŸŽธ Penampilan khas: Shah Cromok sebagai juri profesional

๐Ÿ† Hadiah Menarik:
๐Ÿฅ‡ Johan: RM1,500
๐Ÿฅˆ Naib Johan: RM800
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: RM500
๐Ÿ… Tempat Keempat: RM300

๐Ÿ“ž Pendaftaran dan pertanyaan:
En. Nazlan: 012-9236631

Jom meriahkan Karnival Hari Orang Asal 2026. Bawalah semangat, bakat dan kreativiti anda ke pentas untuk mengangkat martabat seni dan budaya masyarakat Orang Asal.

Muzik penyatu komuniti, budaya penghubung generasi.







https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1396419/aadk-
11/08/2026

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1396419/aadk-

Gua Musang: Bagi mengekang masalah penagihan dadah dalam kalangan penduduk Orang Asli terutama golongan belia, usaha berterusan dilakukan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri dengan membawa bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Gua Musang masuk ke perkampungan Orang Asli.

PROGRAM 3S (SEJAHTERA, SUKAN DAN SOSIAL) @ DUN HULU KINTA BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI KOA CHADAK, DUN KINTAPada 8 Ogos 2...
11/08/2026

PROGRAM 3S (SEJAHTERA, SUKAN DAN SOSIAL) @ DUN HULU KINTA BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI KOA CHADAK, DUN KINTA

Pada 8 Ogos 2026 (Sabtu), telah berlangsung dengan jayanya Program 3S (Sejahtera, Sukan dan Sosial) @ DUN Hulu Kinta Bersama Komuniti Orang Asli KOA Chadak. Program ini merupakan satu inisiatif dibawah Pejabat EXCO Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dalam usaha mendekati, menyantuni serta menyampaikan pelbagai perkhidmatan dan manfaat secara langsung kepada komuniti Orang Asli melalui aktiviti yang merangkumi aspek kesejahteraan, sukan dan sosial.

Pada sesi pagi, program dimulakan dengan aktiviti Zumba, diikuti gimik perasmian sasaran menyumpit yang disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Zulkifli, Exco Kerajaan Negeri Perak, bersama Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah. Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan sepanjang program, antaranya pertandingan futsal, melastik, demostrasi anyaman, pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), program gotong-royong melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), perkhidmatan gunting rambut percuma, perkhidmatan menukar minyak hitam motosikal secara percuma oleh GIATMARA serta Kenduri Rakyat.

Selain itu, Agrobank turut menyampaikan bantuan zakat dan bakul makanan kepada asnaf terpilih sebagai salah satu bentuk keprihatinan terhadap kebajikan komuniti. FAMA p**a menganjurkan pertandingan mewarna kanak-kanak serta Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan bagi menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan komuniti. Turut diadakan demonstrasi masakan oleh komuniti KOA Tonggang yang mengetengahkan kemahiran dan keunikan masakan tradisional Orang Asli. Aktiviti cabutan bertuah turut memeriahkan suasana program serta menarik penyertaan komuniti setempat.

Program ini mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik antaranya Jabatan Pertanian Negeri Perak, Agrobank, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), JAKOA, GIATMARA, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara keseluruhannya, Program 3S Bersama Komuniti Orang Asli KOA Chadak telah berjaya menjadi platform dalam mengeratkan hubungan dan memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dengan komuniti Orang Asli. Program ini turut memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan, manfaat kebajikan serta menyertai aktiviti sukan dan kemasyarakatan dalam suasana yang harmoni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat, urusetia, sukarelawan serta komuniti KOA Chadak atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, urusetia, sukarelawan serta komuniti KOA Chadak atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.






Address

Level 2 And 3 , Bangunan Kerajaan Pesekutuan, Panglima Bukit Gantang Wahab Street
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052540009

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Perak dan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share