Digital Perak Corporation Holdings

Digital Perak Corporation Holdings DIGITAL PERAK CORPORATION HOLDINGS (752984-U)

Formerly Known as KPerak Implementation and Coordination Corporation

30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Semangat kemerdekaan bukan sekadar laungan, tetapi satu rasa bangga terhadap tanah air yang kita cintai.
Marilah kita bersama sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai jasa para pejuang terdahulu serta terus melangkah ke hadapan demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing.

Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka

Ikhlas daripada,
Digital Perak Corporation Holdings

USAHAWAN, JOM NAIK TARAF CONTENT BISNES ANDA!Nak hasilkan poster & video pemasaran yang nampak lebih profesional tapi ta...
27/08/2026

USAHAWAN, JOM NAIK TARAF CONTENT BISNES ANDA!

Nak hasilkan poster & video pemasaran yang nampak lebih profesional tapi tak tahu nak mula dari mana?

Sertai CANVA UNTUK BISNES: POSTER & VIDEO
“Smart Tools, Smart Business"

Dalam program ini, anda akan belajar secara 'Hands On & Practical' menggunakan Canva untuk menghasilkan bahan pemasaran yang boleh terus digunakan untuk bisnes anda!

• 28 September 2026 (Isnin)
• 9.00 pagi – 5.00 petang
• Hub Inovasi & Multimedia, Mydin Mall Meru, Ipoh
• RM99 sahaja
• Terhad kepada 35 peserta sahaja!

Apa yang anda dapat?
🗸 Makan tengah hari
🗸 Sijil Penyertaan
🗸 Nota Digital
🗸 Latihan secara praktikal

Jangan tunggu sampai tempat penuh!

Hubungi kami: 05-5253981
Imbas QR Code pada poster atau Klik link untuk berdaftar :
https://bit.ly/ED2892026

Bisnes yang bagus perlukan pemasaran yang menarik. Jom belajar Canva dan hasilkan content bisnes sendiri!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026MKehadiran Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan rahmat terbesar buat sekalian ...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M

Kehadiran Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan rahmat terbesar buat sekalian alam, membawa cahaya petunjuk serta meneladani kita dengan keindahan akhlak dan sifat kasih sayang.

Semoga peringatan kelahiran Baginda ini tidak sekadar menjadi acara tahunan, malah membakar semangat kita untuk terus menghidupkan sunnahnya, memperbanyakkan selawat, dan menyemai rasa cinta yang mendalam terhadap Nabi Kekasih Allah dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.

Ikhlas daripada,
Digital Perak Corporation Holdings.

PROGRAM MESRA HBP KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI KEENAM 2026KUALA KANGSAR | 24 OGOS 2026Kerajaan Negeri Perak meneruskan kom...
24/08/2026

PROGRAM MESRA HBP KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI KEENAM 2026

KUALA KANGSAR | 24 OGOS 2026

Kerajaan Negeri Perak meneruskan komitmen mendekati masyarakat menerusi penganjuran Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Ke-6 Tahun 2026 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad ini menyaksikan sebanyak 290 aduan baharu diterima, membuktikan kecekapan platform ini yang telah berjaya menyelesaikan 82 peratus (892 aduan) daripada keseluruhan 1,015 aduan pada siri-siri terdahulu.

Bagi memudahkan urusan rakyat dan memberi perkhidmatan secara terus, pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk 111 kaunter khidmat pelanggan, 6 kaunter bergerak, 14 reruai pameran, serta program Jualan Murah dan Jualan Rahmah. Pada penganjuran kali ini, YAB Menteri Besar turut melancarkan Van Kaunter Bergerak Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, sebahagian daripada peruntukan RM1.25 juta bagi pembelian 5 unit van kaunter bergerak demi memperkasakan perkhidmatan kerajaan negeri di lima daerah terpilih

Mahasiswa Merdeka, Pemacu Masa Depan Negara.Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi tentang membina masa depan.Sebagai...
18/08/2026

Mahasiswa Merdeka, Pemacu Masa Depan Negara.

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi tentang membina masa depan.
Sebagai warga kampus, marilah kita terus menyemai semangat perpaduan, hormat-menghormati dan kecintaan kepada negara.

Rehat sebentar dan nikmati hidangan kegemaran anda di CampFoodies@USAS sambil bersama-sama menghayati makna kemerdekaan yang telah dikecapi selama 69 tahun.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!

MERDEKA DALAM PENGURUSAN, MAJU DALAM PERNIAGAANDalam era perniagaan moden, kecekapan dan teknologi adalah kunci utama ke...
17/08/2026

MERDEKA DALAM PENGURUSAN, MAJU DALAM PERNIAGAAN

Dalam era perniagaan moden, kecekapan dan teknologi adalah kunci utama kejayaan.

Tiba masanya untuk meninggalkan proses manual yang rumit. Beralihlah kepada sistem POS canggih yang membolehkan anda mengurus jualan, kawalan stok, dan laporan kewangan secara pantas serta sistematik.

Merdekakan perniagaan anda daripada bebanan kerja manual, dan fokus sepenuhnya untuk meluaskan perniagaan anda hari ini.

𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊Pendapat anda penting bagi kami.Bantu kami menambah baik mutu perkhidmatan ...
17/08/2026

𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
Pendapat anda penting bagi kami.
Bantu kami menambah baik mutu perkhidmatan dengan mengisi Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan.
Imbas kod QR pada setiap poster bagi perkhidmatan yang telah anda gunakan.
Setiap maklum balas anda amatlah dihargai. Terima kasih atas sokongan.

PROMOSI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026Mencari ruang arena yang selesa dan sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti? Ni...
13/08/2026

PROMOSI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026

Mencari ruang arena yang selesa dan sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti? Nikmati promosi sewaan Ruang Arena sempena Bulan Kemerdekaan sepanjang bulan Ogos 2026.

Kadar Promosi Sewaan Ruang Arena

Diskaun sebanyak 30%
• Harga asal: RM350/hari
• Harga promosi: RM245/hari

Tempoh Promosi
Sepanjang bulan Ogos 2026

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kadar promosi istimewa ini.

Untuk pertanyaan atau tempahan, hubungi:
Telefon: 014-8746694 (Puan Yasmin)
E-mel: [email protected]

Hub Inovasi & Multimedia (HiM)
Mydin Mall Meru Raya, Ipoh

TINGKATKAN PRESTASI SYARIKAT ANDA DENGAN EKSEKUTIF HALAL BERTAULIAHNak pastikan pengurusan pensijilan Halal syarikat and...
13/08/2026

TINGKATKAN PRESTASI SYARIKAT ANDA DENGAN EKSEKUTIF HALAL BERTAULIAH

Nak pastikan pengurusan pensijilan Halal syarikat anda berjalan lancar? Hantar wakil atau tingkatkan kemahiran staf anda dalam Program Eksekutif Bertauliah: Kursus Pensijilan Profesional Eksekutif Halal.

Kenapa Wajib Sertai?
•Kursus diiktiraf & komprehensif (merangkumi tadbir urus, rekod, audit & jaminan kualiti Halal)
•Pembelajaran interaktif: Kuliah, perbincangan & kajian kes sebenar
•Tuntutan HRD Corp Diterima (HRDCorp Claimable)

Butiran Kursus:
•Tarikh: 2 – 9 September 2026
•Lokasi: Dewan Seminar PKNPk
•Yuran: RM 2,500 / pax (Harga Asal: RM 2,900)

AMBIL PELUANG HARGA PROMO NI SEKARANG!

Hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk pendaftaran terus:
WhatsApp: 018-298 7977 (Alif)
Emel: [email protected]

𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊Pendapat anda penting bagi kami.Bantu kami menambah baik mutu perkhidmatan ...
11/08/2026

𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
Pendapat anda penting bagi kami.
Bantu kami menambah baik mutu perkhidmatan dengan mengisi Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan.

Imbas kod QR pada setiap poster bagi perkhidmatan yang telah anda gunakan.

Setiap maklum balas anda amatlah dihargai. Terima kasih atas sokongan.

Address

Level 17 Techno Trade Centre
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6055261881

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Digital Perak Corporation Holdings posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Digital Perak Corporation Holdings:

Shortcuts

Share