Jabatan Kehakiman Syariah Perak

Jabatan Kehakiman Syariah Perak Selamat Datang ke Laman Rasmi Facebook Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW de...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat dan salam, serta menghayati akhlak mulia, sifat amanah, kasih sayang, keadilan dan teladan yang telah Baginda tunjukkan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita terus menghayati nilai-nilai MADANI, memperkukuh ukhuwah dan membentuk masyarakat yang sejahtera, berakhlak serta diberkati Allah SWT.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan para sahabat.

๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐’†๐’“๐’‚๐’Œ

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐˜๐ˆ๐ƒ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”IPOH, 20 Ogos 2026 - Pasukan nasyid Jabatan Kehakiman...
23/08/2026

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐˜๐ˆ๐ƒ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

IPOH, 20 Ogos 2026 - Pasukan nasyid Jabatan Kehakiman Syariah Perak dengan nama 'The Rijal' telah menghantar penyertaan buat julung kalinya di dalam Pertandingan Nasyid Sempena Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 1448/2026 anjuran Jabatan Agama Islam Perak yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pertandingan ini disertai oleh 19 jabatan serta agensi kerajaan di Negeri Perak dan memperlihatkan saingan yang amat sengit serta persembahan yang penuh bertenaga daripada pelbagai jabatan.

Meskipun tampil sebagai pasukan 'debut' di pentas berprestij ini, 'The Rijal' telah melakar kejayaan gilang-gemilang apabila dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 1448/2026. Persembahan memukau menerusi alunan harmonisasi vokal yang mantap, serta penyampaian mesej dakwah yang cukup menyentuh hati telah berjaya mencuri tumpuan barisan juri dan memikat hati seluruh penonton yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja jabatan yang memberikan sokongan moral yang padu sepanjang pertandingan berlangsung.

๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐˜๐ˆ๐ƒ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‰๐จ๐ก๐š๐ง - ๐“๐ก๐ž ๐‘๐ข๐ฃ๐š๐ฅ (๐‰๐Š๐’๐๐ค)
๐๐š๐ข๐› ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง - ๐’๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข (๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐Š)
๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š - ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐•๐จ๐ข๐œ๐ž๐ฌ (๐”๐๐’๐ˆ)

๐’๐š๐ ๐ฎ๐ก๐š๐ญ๐ข ๐Ÿ - ๐๐š๐ฅ๐›๐ฎ (๐”๐ˆ๐“๐Œ ๐’.๐ˆ)
๐’๐š๐ ๐ฎ๐ก๐š๐ญ๐ข ๐Ÿ - ๐•๐จ๐ข๐œ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ (๐๐๐ƒ ๐Š๐ข๐ง๐ญ๐š)
๐’๐š๐ ๐ฎ๐ก๐š๐ญ๐ข ๐Ÿ‘ - ๐ˆ.๐‚.๐” (๐‰๐๐Œ)

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค - ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐•๐จ๐ข๐œ๐ž๐ฌ (๐”๐๐’๐ˆ)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada The Rijal atas kejayaan yang cukup membanggakan ini. Semoga kejayaan sulung ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama Jabatan Kehakiman Syariah Perak pada masa akan datang.

05/07/2026

Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad atas pemergian bapa mentua yang dikasihi, Allahyarham Haji Zubin bin Ismail, pada 5 Julai 2026 bersamaan 20 Muharram 1447H.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š & ๐๐„๐‹๐”๐๐‚๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐ƒ๐Ž๐‚๐”๐Œ๐„๐๐“ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ ๐’๐˜๐’๐“...
30/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š & ๐๐„๐‹๐”๐๐‚๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐ƒ๐Ž๐‚๐”๐Œ๐„๐๐“ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ (๐ƒ๐ƒ๐Œ๐’ ๐Ÿ.๐ŸŽ)

IPOH, 26 JUN 2026 โ€“ Detik penuh bermakna dan mercu kegembiraan terpahat indah buat seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru. Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2025 ini melakar keunikan tersendiri apabila turut menyaksikan peluncuran Digital Document Management System (DDMS) 2.0, sebuah gimik perasmian yang disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Pelaksanaan DDMS 2.0 di JKSPk merupakan satu langkah strategik yang holistik ke arah memperkukuh tadbir urus digital, sekali gus mempertingkat kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam di negeri ini. Dalam ucapan perasmiannya, YB Setiausaha Kerajaan Negeri menegaskan bahawa peluncuran DDMS 2.0 merupakan simbol anjakan budaya kerja yang lebih pantas, selamat, dan telus. Beliau mengingatkan bahawa transformasi sebenar bukan sekadar tentang teknologi, tetapi keberanian mengubah cara berfikir demi memenuhi tuntutan masa hadapan.

Tegas beliau lagi, dalam dunia yang bergerak pantas, organisasi yang berani berubah seperti JKSPk tidak hanya menunggu perubahan, sebaliknya memilih untuk menjadi sebahagian daripada peneraju utama agar kekal relevan.

"๐ƒ๐ƒ๐Œ๐’ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐Ÿ๐š๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ข๐ณ๐ข๐ค๐š๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ, ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐š๐ง ๐จ๐ซ๐ ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐›๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐œ๐ž๐ค๐š๐ฉ, ๐ญ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ, ๐๐š๐ง ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฉ๐จ๐ง๐ฌ๐ข๐Ÿ. ๐ˆ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐ก๐š๐ค๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ญ๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ," kata beliau.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat termasuk YAA Dato' Haji Ab. Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor (Ketua Hakim Syarie Negeri Perak), YBrs. Encik Zaidin bin Mohd Noor (Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia), YBrs. Cik Shahida binti Mohamad Salleh (Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perak), YAA Tuan Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi (Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Perak), dan YA Tuan Mohammad Esham bin Abdul Samad (Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Perak). Turut hadir, YA Tuan Mohd Ridzuan bin Yusof (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Seri Iskandar selaku Pengerusi BAKMAS) serta YA Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd Wahab (Ketua Pendaftar).

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian pengiktirafan kepada warga kerja yang cemerlang, melibatkan 13 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 17 penerima Sijil Terampil, serta Anugerah Pejabat Terbaik bagi beberapa kategori. Bagi kategori Prestasi Pengurusan Kehakiman Terbaik, anugerah telah disandang oleh Mahkamah Syariah Parit Buntar, manakala Prestasi Pengurusan Pentadbiran Terbaik dimenangi oleh Mahkamah Syariah Manjung.

Selain itu, Mahkamah Syariah Teluk Intan telah memamerkan kecemerlangan luar biasa apabila mendominasi empat kategori utama, iaitu Prestasi Pengurusan Kewangan Terbaik, Prestasi Pengurusan Pembangunan dan Fasiliti Terbaik, Prestasi Pengurusan Aset Terbaik, serta Prestasi Penggunaan dan Perkhidmatan Sistem ICT Terbaik. Manakala bagi Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik p**a berjaya diraih oleh Mahkamah Syariah Kuala Kangsar.

Pihak pengurusan tertinggi JKSPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, para tetamu kehormat, serta seluruh jawatankuasa pelaksana yang terlibat. Semoga peluncuran DDMS 2.0 dan pengiktirafan kecemerlangan ini menjadi pemangkin semangat bagi seluruh warga JKSPk untuk terus bertekad, berinovasi, dan melangkah dengan berani bagi memartabatkan institusi perundangan syariah di Negeri Perak.

#๐’‹๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’Œ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰๐’‘๐’†๐’“๐’‚๐’Œ

26/06/2026
๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐€๐‹ ๐‡๐ˆ๐‰๐‘๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡โ€œSesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada ...
17/06/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐€๐‹ ๐‡๐ˆ๐‰๐‘๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

โ€œSesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.โ€
(Surah Ar-Raโ€™d: 11)

Sempena sambutan Maal Hijrah 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati semangat penghijrahan Rasulullah SAW dengan memperbaharui azam, memperkukuh keimanan serta meningkatkan integriti dan amanah dalam melaksanakan setiap tanggungjawab.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan buat kita semua, serta menjadi titik permulaan ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredai Allah SWT.

๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐’†๐’“๐’‚๐’Œ

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pe...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 01 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim daripada warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H | 2026M ๐ŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban y...
26/05/2026

๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H | 2026M ๐ŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Ikhlas daripada,
YAA Datoโ€™ Haji Ab. Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor
dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐€๐˜๐”IPOH, 20 Mei 2026 โ€“ Mahkamah Utama Syari...
26/05/2026

๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐€๐˜๐”

IPOH, 20 Mei 2026 โ€“ Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak hari ini bersidang bagi mendengar permohonan kebenaran merayu dalam Kes Mal Bil. 2601-S0008-451-0001 melibatkan Pemohon, Shakina binti Abd Rahman terhadap Responden, Aftab Hussain Khan.

Persidangan berlangsung di hadapan korum tiga panel Hakim Mahkamah Utama Syariah yang dipengerusikan oleh YAA Datoโ€™ Haji Ab Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor bersama YAA Datoโ€™ Haji Mohd Amran bin Mat Zain dan YAA Tan Sri Datoโ€™ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Permohonan tersebut difailkan di bawah Seksyen 29 dan Seksyen 30 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 berhubung permohonan mendapatkan kebenaran merayu atas isu undang-undang berkepentingan awam terhadap keputusan rayuan berkaitan notis tunjuk sebab atas keingkaran penghakiman persetujuan hadhanah.

Dalam prosiding terdahulu, Mahkamah Rayuan Syariah telah mengekalkan sabitan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam Kes Mal Bil: 2307-H0208-078-0344 serta meminda tempoh perintah pengkomitan daripada 14 hari kepada tujuh hari.

Prosiding hari ini merupakan sebahagian daripada proses perundangan syariah dalam memastikan setiap permohonan yang melibatkan persoalan undang-undang dan kepentingan awam diteliti serta diputuskan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Perak.



๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐ & ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€ ๐๐€๐’๐‚๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€๐™๐€๐‡ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ & ๐†๐”๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐„ (๐ƒ๐Š๐†๐’)...
21/05/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐ & ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€ ๐๐€๐’๐‚๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€๐™๐€๐‡ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ & ๐†๐”๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐„ (๐ƒ๐Š๐†๐’), ๐”๐’๐€๐’ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ & ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘

๐‘ฐ๐‘ท๐‘ถ๐‘ฏ, 18 Mei 2026 - Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Penasihat Industri dan tenaga pengajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman & Guaman Syarie (DKGS) pada 18 Mei 2026 di Bilik Gerakan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YAA Dato Hj. Ab Rahman Thobroni bin Mohd Mansor selaku Penasihat Industri Program DKGS. Fokus utama perbincangan adalah untuk memberikan pandangan, cadangan dan maklum balas bagi memastikan silibus program sentiasa selari dengan kehendak semasa industri, institusi kehakiman syariah serta keperluan professional bidang kehakiman dan guaman syarie.

Selain itu, aspek kandungan kursus, kaedah pengajaran, serta sistem pentaksiran dan penilaian pelajar turut diperincikan secara mendalam demi memastikan program DKGS kekal relevan dan berkualiti tinggi dalam melahirkan graduan yang kompeten.

Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Dr Zulkifli Husin, penyelaras pogram DKGS USAS, YA Tuan Mohamad Esham bin Abdul Samad, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan beberapa tenaga pengajar daripada pihak USAS dan JKSPk.

Semoga usaha murni ini dapat terus memartabatkan kualiti pendidikan perundangan Syariah dan melahirkan pengamal undang-undang yang berwibawa.

๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐’†๐’“๐’‚๐’Œ

Address

Jalan Tan Sri Haji Harussani
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6055018400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Perak:

Shortcuts

Share

Category