15/06/2026
15 Jun 2026, Ipoh - Kelab Kebajikan dan Sukan KIMIA Perak (KKSKP) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan KIMIA Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Badminton Piala Timbalan Pengarah Operasi (TKPO) 2026 pada 13 Jun 2026 yang disertai oleh 75 peserta dari pelbagai zon iaitu Zon Tengah (HQ A dan HQ B), Zon Utara, Zon Timur dan Zon Selatan.
Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz dan turut dihadiri oleh YBrs. ChM Tuan Haji Muhammad Yazid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), [TKP(O)] KIMIA Malaysia, pengarah-pengarah kanan, pengarah-pengarah bahagian dan pengarah-pengarah negeri.
Selain daripada merebut Piala Pusingan dan pingat yang ditaja oleh Tuan TKP(O) sendiri, kejohanan ini julung-julung kali diadakan untuk memupuk semangat muhibbah, kebersamaan dan silaturahim dalam kalangan warga kerja melangkaui tugasan harian di pejabat.
Setelah berhempas-pulas di gelanggang dalam format liga, keputusannya adalah seperti berikut:
Johan- HQ A
Naib Johan - HQ B
Tempat ke-3 - Zon Timur
Tempat ke-4 - Zon Selatan
Tempat ke-5 - Zon Utara
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!