Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Government Organization, Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Ipoh.

Selamat Hari Kebangsaan 2026.Ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan 2026.

Ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M.tulus ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M.
tulus ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Kuliah Agama Persatuan India Muslim Perak, Jumaat 26/06/2026.Kuliah agama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) telah berl...
04/07/2026

Kuliah Agama Persatuan India Muslim Perak, Jumaat 26/06/2026.

Kuliah agama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta.

Tn. Haji Ahmad Nizam Bin Amiruddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak sekali lagi telah dijemput untuk menyampai ceramahnya. Beliau turut mengetuai bacaan surah Yasin bersama penghuni, kakitangan dan ahli PRIM.

Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pelawat (ALP) RSK Ulu Kinta, Dr. Abdul Rahman bin Mat Nordin selaku Pengerusi dan Dr. Mohamed Arib bin Aliah, Pengerusi PRIM merangkap ALP RSK Ulu Kinta.

Persatuan India Muslim Perak - PRIM Prim Perak

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1448 kepada semua umat Islam.Tulus daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
16/06/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1448 kepada semua umat Islam.

Tulus daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
01/06/2026

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada seluruh warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Daulat Tuanku.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447Htulus ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

tulus ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

Kursus Pengurusan Jenazah, Selasa 12/05/2026.Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta menerusi Unit Hal Ehwal Islam telah men...
23/05/2026

Kursus Pengurusan Jenazah, Selasa 12/05/2026.

Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta menerusi Unit Hal Ehwal Islam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah RSK Ulu Kinta Tahun 2026.

Kursus bermula dengan sesi teori yang diadakan di Dewan Seri Kenangan dan disusuli dengan amali di Surau Al-Kahfi. Penceramah jemputan adalah Ustaz Mohamad Firdaus bin Md Salleh, Bahagian Intergriti dan Pematuhan Standard IPD Perak Tengah.

Fokus dan objektif kusus meliputi aspek berikut : Teori & Praktikal: Memahami konsep fardhu kifayah dan amali pengurusan jenazah,
Pembangunan Kendiri: Meningkatkan kesedaran rohani serta memupuk nilai murni (disiplin, tanggungjawab, kebersamaan). Sinergi Warga Kerja: Memperkukuh ukhwah dan komunikasi demi hasil kerja yang berkualiti dan efisien.

Selain daripada penghuni dan kakitangan, kursus turut dihadiri oleh para pelajar program Diploma Kejururawatan ILKKMSAS yang sedang menjalani praktikal di RSK Ulu Kinta.

Program Bacaan Yasin Di Semua Institusi Warga Emas Sepanjang Tahun 2026, Jumaat 22/05/2026.Hari ini Rumah Seri Kenangan ...
22/05/2026

Program Bacaan Yasin Di Semua Institusi Warga Emas Sepanjang Tahun 2026, Jumaat 22/05/2026.

Hari ini Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta telah menjadi hos Program Bacaan Institusi Di Semua Institusi Warga Emas Sepanjang Tahun 2026 secara atas talian.

Kesemua 12 buah institusi di bawah seliaan Bahagian Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu RSK dan Rumah Ehsan telah mengikuti bacaan ini.

En. Mohd Faisal bin Muhamad Saad telah mengetuai bacaan ini yang turut menyampai tazkirah berkaitan warga emas.

Sesi Bersama Guru Agama Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh, Khamis 21/05/2026. Pihak Guru Agama Dakwah Pejabat Agama...
21/05/2026

Sesi Bersama Guru Agama Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh, Khamis 21/05/2026.

Pihak Guru Agama Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh, telah melaksanakan program β€œPengenalan Asas Ibadah Haji” kepada penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Mereka telah berkongsi mengenai tatacara pelaksanaan ibadah haji secara santai kepada penghuni. Selain itu, program ini memberi sedikit pengalaman praktikal kepada para warga emas seperti tawaf.

Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan secara ringkas mengenai tatacara ibadah haji yang merupakan salah satu Rukun Islam.

Kuliah Agama Persatuan India Muslim Perak, Jumaat 08/05/2026.Kuliah agama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) telah bers...
18/05/2026

Kuliah Agama Persatuan India Muslim Perak, Jumaat 08/05/2026.

Kuliah agama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) telah bersambung kembali setelah tamatnya bulan Ramadan dan bulan Syawal.

Kali ini penceramah jemputan adalah Tn. Haji Ahmad Nizam Bin Amiruddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak

Tn. Haji Ahmad Nizam turut mengetuai bacaan surah Yasin bersama penghuni, kakitangan , ahli PRIM dan warga kuarters.

Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pelawat (ALP) RSK Ulu Kinta, Dr. Abdul Rahman bin Mat Nordin selaku Pengerusi, Dr. Mohamed Arib bin Aliah, merangkap Pengerusi PRIM dan Hj Shamsi bin Hj Mohd Nali.

Persatuan India Muslim Perak - PRIM Prim Perak

Address

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
Ipoh
31250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share