02/09/2026
DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN BERANGKAT KE PAVILION PERAK SEMPENA MAHA 2026
2 September 2026 | Rabu | Serdang
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Pavilion Perak sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di MAEPS, Serdang.
Turut berkenan berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim bersama YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.30 pagi disambut oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin.
Hadir sama YTM Tunku Dato’ Seri Kamel bin Tunku Rijaluddin, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato' Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md Noor, YB Dato' Seri Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Seri Aznee binti Abu Samah, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.
Turut hadir YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Zoharah binti Omar, YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Nor Azida binti Abdul Rahman, YB Dato’ Mohd Zolkafly bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datuk Hajah Zaitun binti Ab Rahman, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta ketua-ketua pegawai eksekutif GLC Negeri Perak.
Setibanya di pekarangan Pavilion Perak, baginda berdua telah disambut dengan persembahan gendang harmoni oleh Malaysian Drum Symphony dan seni silat daripada Universiti Putra Malaysia.
Sejurus itu, baginda telah berkenan ke Pavilion Perak yang dibina berinspirasikan Istana Kenangan, Kuala Kangsar untuk melihat pelbagai pameran yang disediakan berteraskan pertanian, perikanan, penternakan, teknologi inovasi, kraftangan, kebudayaan, karya kartunis negara Dato’ Lat dan lain-lain.
Dalam sesi lawatan ke pameran, Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman telah membuat sembah taklimat kepada baginda berkenaan dengan Tahap Sara Diri Tanaman Makanan Negeri Perak, Program Penanaman Betik di Masjid-Masjid Negeri Perak dan Program Pembangunan Kopi Perak.
Sumber Gambar: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak