PLANPerak

PLANPerak Memperjuangkan Perancangan Perak Mampan

15/08/2026

๐Ÿšจ TINGGAL 3 HARI LAGI! ๐Ÿšจ | FORUM PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) DAN PENGARAH PERANCANG BANDAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Bandar Ipoh, Perak Darul Ridzuan bakal menjadi lokasi berlangsungnya Forum Pegawai Perancang Bandar dan Desa Unit Pusat Setempat (OSC) dan Pengarah Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Forum ini menjadi wadah untuk memperkukuh jaringan profesional, memperkasa perkongsian pengalaman serta mempererat kesepaduan antara PLANMalaysia, PBT dan semua pihak berkepentingan, ke arah sistem perancangan bandar yang lebih cekap, tangkas, responsif dan berkesan. Jangan lupa temu janji seperti berikut :

๐Ÿ—“๏ธ 17 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ•˜ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Hotel Impiana, Ipoh, Perak

๐Ÿ™๏ธ Membentuk Wacana, Memacu Perancangan Bandar Masa Hadapan

Nantikan pelbagai pengisian menarik, perkongsian ilmu dan perbincangan strategik yang menghimpunkan Pegawai Perancang Bandar OSC serta Pengarah Perancang Bandar PBT dalam satu platform untuk bertukar pandangan, pengalaman dan perspektif.

๐Ÿ’ก Bersama-sama kita memperkasa perancangan, memperkukuh penyampaian dan mencetuskan idea baharu demi pembangunan bandar yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan.

โœจ Jadilah sebahagian daripada wacana yang mencorakkan masa depan perancangan bandar Malaysia.

๐Ÿ“ก Saksikan secara LIVE Upacara Perasmian di Facebook rasmi PLANMalaysia!

Jumpa anda di Ipoh! ๐ŸŒบ๐Ÿ’™

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP
PLANPerak
Majlis Bandaraya Ipoh





๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ค๐—š๐—œ๐—ฆ ๐—š๐—˜๐—ข-๐—จ๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ"Penguasaan Sistem Maklumat Geografi dari Sifar"IPOH, 4 Ogos 2026 โ€“ Kursus As...
11/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ค๐—š๐—œ๐—ฆ ๐—š๐—˜๐—ข-๐—จ๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
"Penguasaan Sistem Maklumat Geografi dari Sifar"

IPOH, 4 Ogos 2026 โ€“ Kursus Asas QGIS Geo-Urban Camp Siri 3/2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 Ogos 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Hub Inovasi Multimedia, Mydin Meru. Program anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUBA) PLANMalaysia Perak ini berjaya menghimpunkan para peserta daripada PLANMalaysia Perak, jabatan kerajaan, agensi, dan firma perunding. Penganjurannya adalah bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman asas Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta kemahiran praktikal menggunakan perisian QGIS bagi tujuan penghasilan dan analisis peta digital.

Majlis penutup kursus telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak yang hadir memberikan sokongan penuh sekali gus menyempurnakan gimik penutup dan penyampaian sijil.







Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
โ€ŽFacebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
โ€ŽInstagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
โ€ŽLaman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
โ€ŽTiktok: https://www.tiktok.com/
โ€ŽThreads: https://www.threads.net/

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—๐—ฃ๐—ก) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ.4/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒIPOH, 11 Ogos 20...
11/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—๐—ฃ๐—ก) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ.4/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 11 Ogos 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Perak Bil.4/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Royal Belum, PLANMalaysia Perak yang dipengerusikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak selaku setiausaha mesyuarat dan juga jabatan/ agensi teknikal yang berkaitan.

Sebanyak enam (6) kertas kerja telah dibentangkan melibatkan Cadangan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak (RTDHP) 2035 (Pengubahan), Cadangan Draf Rancangan Tempatan Daerah Bagan Datuk (RTDBD) 2035 (Pengubahan 3), Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Bagan Datuk, Draf Rancangan Tempatan Daerah Muallim 2035 (Pengubahan 3) bagi tujuan Pewartaan, Draf RT Bandaraya Ipoh 2035 (Pengubahan 2) dan Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 6).





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.net/

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ (๐—ฅ๐—ž๐—ž) ๐—˜๐—ž๐—ข ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ...
11/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ (๐—ฅ๐—ž๐—ž) ๐—˜๐—ž๐—ข ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅ

IPOH, 10 Ogos 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bil. 3/2026 bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Eko Pelancongan Lestari Kampar telah berjaya diadakan dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Mesyuarat ini diadakan bagi mempertimbang dan memperakukan Laporan Draf Akhir dan Laporan Pangkalan Data GIS (Draf 2) yang telah dikemukakan oleh pihak perunding pada 3 Ogos 2026.

Kajian RKK ini merupakan satu usaha perancangan yang penting dalam memperkukuh potensi eko pelancongan di Daerah Kampar melalui pendekatan pembangunan yang terancang, bersepadu dan lestari di samping memastikan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat terus diberi keutamaan.









Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.net/

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ (๐—™๐—š๐——) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—•๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—žIPOH, 10 Ogos 2026 โ€“ Jaba...
11/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ (๐—™๐—š๐——) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—•๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

IPOH, 10 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah menganjurkan Sesi Perbincangan Kumpulan Bersasar (FGD) bagi Permohonan Aktiviti Perlombongan Negeri Perak bersama jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah bertujuan mendapatkan pandangan, input serta cadangan daripada pihak berkepentingan dalam usaha memperkemaskan Draf Panduan Pelaksanaan Aktiviti Perlombongan Negeri Perak.

Draf panduan tersebut akan diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan dan seterusnya pemakaian di seluruh Negeri Perak.

Adalah diharapkan agar Panduan Pelaksanaan Aktiviti Perlombongan Negeri Perak yang bakal dimuktamadkan ini dapat memudahcara proses permohonan selaras dengan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan awam serta pelaksanaannya secara lebih bertanggungjawab, teratur, telus dan mampan dengan keperluan perancangan serta kepentingan pembangunan di Negeri Perak.







Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.net/

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—™๐—”๐—›๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ-๐—•๐—ฅ๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฌ ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ฆ๐—ฌ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  (๐—”๐—•๐— ๐—ฆ) ๐— ๐—ฆ ๐Ÿฏ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿญ:๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑIPOH, 5 & 6 Ogos 2026 - PLANMalaysia Perak telah men...
07/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—™๐—”๐—›๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ-๐—•๐—ฅ๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฌ ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ฆ๐—ฌ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  (๐—”๐—•๐— ๐—ฆ) ๐— ๐—ฆ ๐Ÿฏ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿญ:๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

IPOH, 5 & 6 Ogos 2026 - PLANMalaysia Perak telah menganjurkan Kursus Kefahaman Anti-Bribery Management System (ABMS) MS 37001:2025 yang melibatkan penyertaan pegawai dan warga jabatan. Kursus ini turut dihadiri oleh Pengarah PLANMalaysia Perak, YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain sebagai tanda sokongan dan komitmen pihak pengurusan terhadap usaha membudayakan integriti serta memperkukuh tadbir urus di PLANMalaysia Perak.

Penganjuran kursus ini merupakan antara inisiatif PLANMalaysia Perak dalam meningkatkan kefahaman warga Jabatan terhadap keperluan MS 37001:2025, khususnya berkaitan perubahan standard, kandungan setiap klausa serta keperluan dokumentasi yang perlu dipenuhi sebagai persediaan ke arah pensijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS).

Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses penyediaan dokumen ABMS serta menjadi pemangkin kepada pembudayaan nilai integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan jabatan.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.net/

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—๐—ฃ๐—ก) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿณ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒIPOH, 3 Ogos 2026 - Mesyuarat...
04/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—๐—ฃ๐—ก) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿณ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 3 Ogos 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Perak Bil.7/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Royal Belum, PLANMalaysia Perak yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Urusan Rundingan 20A ini melibatkan projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan JPS Negeri Perak. Projek pembangunan yang dirundingkan melibatkan :
i. Cadangan Projek Bilik Darjah Tambahan Tahun 1 Sesi 2027,
ii. Cadangan Pembinaan Bangunan Modular dan IBS di Institusi KPM,
iii. Cadangan Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka (DSTB) dan
iv. Cadangan Projek Rancangan Tebatan Banjir.

Pembentangan ini bertujuan untuk mendapatkan ulasan serta pandangan teknikal bagi memastikan setiap pelaksanaan projek dirancang secara tersusun dan memenuhi keperluan semasa serta piawaian yang ditetapkan.

JKR Malaysia
JKR NEGERI PERAK
JPS NEGERI PERAK





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.net/

03/08/2026
๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—•๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž IPOH, 30 Julai 2026 โ€“ Mesyuarat Penyelar...
31/07/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—•๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

IPOH, 30 Julai 2026 โ€“ Mesyuarat Penyelarasan Panduan Permohonan Aktiviti Perlombongan di Negeri Perak telah dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Tingkat 3, PLANMalaysia Perak.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Majlis Daerah Gerik, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Batu Gajah serta Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan penyelarasan Panduan Pelaksanaan Permohonan Kebenaran Merancang (KM) Perlombongan Negeri Perak yang sedang dibangunkan oleh PLANMalaysia Perak. Panduan ini bertujuan menyeragamkan proses permohonan Kebenaran Merancang bagi aktiviti perlombongan agar pelaksanaannya lebih teratur, sistematik serta selaras dengan peruntukan perundangan dan dasar perancangan semasa. Selain itu, panduan ini akan menjadi rujukan komprehensif dalam aspek prosedur perancangan spatial, keperluan teknikal dan pematuhan perundangan bagi pengurusan aktiviti perlombongan di Negeri Perak.

Usaha ini mencerminkan komitmen PLANMalaysia Perak dalam memperkukuh tadbir urus perancangan guna tanah serta memastikan aktiviti perlombongan di Negeri Perak dilaksanakan secara mampan, terancang dan selaras dengan peruntukan perundangan serta dasar perancangan semasa.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.net/

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ (๐—ฆ๐—œ๐—”) ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿต/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒIPOH, 31 Julai 2026 โ€“ Mesyuarat Pane...
31/07/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ (๐—ฆ๐—œ๐—”) ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿต/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 31 Julai 2026 โ€“ Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Perak Bil. 9/2026 yang diadakan pada hari ini bertujuan bagi menilai dan mempertimbangkan laporan SIA bagi kategori B.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak. Hadir sama Timbalan Pengarah PLANMalaysia Perak dan agensi teknikal peringkat Persekutuan, Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perbincangan mesyuarat memberi tumpuan kepada ulasan, pandangan dan syor daripada ahli mesyuarat serta panel pakar bagi memastikan setiap Laporan SIA dinilai secara menyeluruh, telus dan berlandaskan keperluan perundangan serta garis panduan yang berkuat kuasa sebelum pertimbangan keputusan ke atas Laporan SIA yang dibentangkan.







Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook:https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram:https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web:https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok:https://www.tiktok.com/
Threads:https://www.threads.net/

Address

Tingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30646

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052095700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANPerak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANPerak:

Shortcuts

Share