19/08/2026
HARGA MINYAK TANPA SUBSIDI MENINGKAT, SUBSIDI RAKYAT KEKAL DITERUSKAN
20 – 26 Ogos 2026
Harga runcit petroleum tanpa subsidi meningkat bagi tempoh 20 hingga 26 Ogos 2026, selaras dengan perubahan harga minyak mentah dunia.
Bagi tempoh ini, harga RON97 ditetapkan pada RM4.25 seliter, manakala harga tanpa subsidi bagi RON95 ialah RM3.77 seliter dan diesel RM4.67 seliter.
Namun, bagi rakyat yang layak menerima subsidi, harga bahan api kekal lebih rendah.
⛽ RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter
⛽ Diesel (BUDI Diesel): RM2.10 seliter
⛽ SKPS: RM2.05 seliter
Perbezaan ini menunjukkan pendekatan subsidi bersasar terus digunakan bagi membantu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia.
Dalam keadaan pasaran petroleum global yang sentiasa berubah, usaha memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin turut menjadi antara keutamaan.
Harga minyak berubah mengikut pasaran dunia, tetapi perlindungan kepada rakyat terus diberi perhatian.