U M N O Negeri Perak

U M N O Negeri Perak Halaman Rasmi UMNO Negeri Perak | Official Page for UMNO Negeri Perak

SEKALUNG TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH Toh Shahbandar Hulu Dato’ Haji Mohd. Tarmizi bin Haji Idris...
01/09/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH Toh Shahbandar Hulu Dato’ Haji Mohd. Tarmizi bin Haji Idris atas pelantikan sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti serta komitmen dalam membantu memperkukuh pentadbiran dan meneruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam khidmat bakti kepada negeri dan rakyat.

Tahniah dan syabas!



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita terus menyemarakkan semangat cintaka...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita terus menyemarakkan semangat cintakan tanah air, memperkukuh perpaduan serta memelihara keharmonian yang menjadi kekuatan negara tercinta.

Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan, pengorbanan dan kesatuan generasi terdahulu. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankan nikmat ini serta membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan makmur untuk generasi akan datang.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

ZIARAH KASIH PDM KG. MASJID Menyantuni rakyat, mendengar suara dan mendekati masyarakat dari hati ke hati.Datuk Maslin S...
28/08/2026

ZIARAH KASIH PDM KG. MASJID

Menyantuni rakyat, mendengar suara dan mendekati masyarakat dari hati ke hati.

Datuk Maslin Sham bin Razman berkesempatan turun padang dalam program Ziarah Kasih di PDM Kampung Masjid dengan beronda sekitar kampung serta menziarahi penduduk setempat.

Kunjungan ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah menjadi ruang untuk bertanya khabar, mendengar sendiri keperluan penduduk serta memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan masyarakat.

Semoga setiap kunjungan membawa keceriaan dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim bersama warga setempat.

Dekat di hati, sentiasa bersama rakyat.

27/08/2026
TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN & BINTANG KEHORMAT NEGERI MELAKASatu pengiktirafan yang membanggakan buat k...
27/08/2026

TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN & BINTANG KEHORMAT NEGERI MELAKA

Satu pengiktirafan yang membanggakan buat keluarga besar UMNO Negeri Perak apabila lima individu menerima Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Wira Ramelle Ashram Tun Ramli, Datuk Haji Mohd Rafiq bin Mohd., YBhg. Datuk Mohd Zaidi Aziz, YB Datuk Azman bin Noh serta Encik Mohd Rizan bin Razali atas penganugerahan yang diterima.

Pengiktirafan ini pastinya menjadi satu penghormatan terhadap khidmat, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan, di samping menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti kepada rakyat, masyarakat dan negara.

Semoga terus melangkah dengan cemerlang serta istiqamah dalam membawa manfaat kepada semua.

Tahniah dan syabas! Teruskan berkhidmat, teruskan menabur bakti.



Selamat Ulang Tahun Ke-77 buat Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.77 tahun bukan sekadar angka, tetap...
26/08/2026

Selamat Ulang Tahun Ke-77 buat Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

77 tahun bukan sekadar angka, tetapi lambang sebuah perjalanan panjang yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan kepada agama, bangsa dan tanah air. Wanita terus menjadi nadi kekuatan parti, manakala Pemuda kekal sebagai benteng perjuangan dan suara generasi masa hadapan.

Semoga terus teguh melangkah, berani mendepani cabaran dan istiqamah membawa obor perjuangan UMNO demi rakyat serta negara tercinta.

Syabas dan tahniah buat Kontinjen Perak atas pencapaian membanggakan di SUKMA XXII Selangor 2026 dengan membawa pulang k...
25/08/2026

Syabas dan tahniah buat Kontinjen Perak atas pencapaian membanggakan di SUKMA XXII Selangor 2026 dengan membawa pulang keseluruhan 119 pingat,32 emas, 36 perak dan 51 gangsa, sekali gus menempatkan Perak di kedudukan ke-7 keseluruhan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh atlet, jurulatih serta pasukan sokongan yang telah berjuang dengan penuh semangat dan dedikasi demi mengharumkan nama Negeri Perak.

Setiap keringat, pengorbanan dan kejayaan anda adalah kebanggaan seluruh rakyat Perak. Syabas, wira dan wirawati Perak. Teruskan melakar kejayaan.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448Hاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍSelamat memperinga...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selamat memperingati Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam. Marilah kita menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati dan mencontohi akhlak, kepimpinan dan perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyatukan hati, memperkukuh ukhuwah serta membimbing kita ke arah kehidupan yang penuh rahmat, keberkatan dan kesejahteraan.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Cinta Rasul, Cinta Ummah. 🤍

Address

Tingkat 5 & 6, Bangunan UMNO Negeri Perak, Jalan Raja Drive Nazrin Shah
Ipoh
30250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when U M N O Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share