Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat Page rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat.

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK SEORANG BAYI KECILSeorang bayi kecil yang baru mengenal dunia kini terpaksa melalui ujian yang sa...
19/01/2026

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK SEORANG BAYI KECIL

Seorang bayi kecil yang baru mengenal dunia kini terpaksa melalui ujian yang sangat berat. Sejak dilahirkan, bayi ini sedang bertarung nyawa dan menerima rawatan berterusan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat pelbagai komplikasi kesihatan.
Di saat bayi lain lena dalam pelukan ibu, dia diuji dengan jarum, mesin dan rawatan yang berpanjangan.

Setiap hari adalah harapan, setiap malam adalah doa.

Keluarganya telah berusaha sedaya mungkin, namun kos rawatan, pemeriksaan pakar dan kemungkinan pembedahan amatlah tinggi. Mereka amat memerlukan huluran tangan dan keprihatinan kita semua.

Sekecil mana pun sumbangan anda, ia membawa harapan besar — harapan untuk terus hidup, harapan untuk membesar, dan harapan untuk melihat senyuman seorang anak kecil.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:
Bank Rakyat

Nama: Muhammad Faiz Danial (Bapa Bayi)
No. Akaun: 2253 7015 88

📞 Pertanyaan:
SRITI Al-Hambra — 019-862 7587

Moga setiap sumbangan menjadi asbab keringanan beban keluarga ini dan ganjaran berpanjangan di sisi Allah.

SALAM ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1447 H | 17 Jan 2026 MPerjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjid...
17/01/2026

SALAM ISRAK MIKRAJ
27 REJAB 1447 H | 17 Jan 2026 M

Perjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), dan kemudian diangkat ke Sidratul Muntaha, melepasi tujuh lapisan langit, merupakan anugerah luar biasa dari Allah SWT.

Subhanallah, betapa besar kuasa Allah dan betapa mulianya Rasulullah SAW.

Inilah peristiwa yang menjadi titik tolak kepada pensyariatan ibadah solat lima waktu yang wajib bagi seluruh umat Islam.

Solat memegang peranan yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam. Di balik setiap solat yang kita tunaikan, terdapat kekuatan yang luar biasa.

Peristiwa Israk Mikraj juga mengajarkan kita untuk kembali kepada Allah SWT. Betapapun besar ujian dan cabaran yang datang, Allah mengajarkan kita untuk merawat diri dengan sabar dan solat.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 45:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Maksudnya: "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus memperbaharui iman dan istiqamah dalam melaksanakan solat sebagai penawar hati dan kekuatan dalam menghadapi segala ujian kehidupan.

11/01/2026

Selamat melangkah ke sekolah buat semua anak-anak 👋

Buat para ibu bapa,
bolehlah kita amalkan doa ini, moga anak-anak kita pergi dan kembali dari sekolah dalam keadaan baik, sihat dan di bawah peliharaan Allah. 🤲🤍

📖✏️ Welcome Back to SchoolIlmu dituntut, adab dijaga, akhlak dibina.Moga anak-anak terus istiqamah menuntut ilmu demi me...
11/01/2026

📖✏️ Welcome Back to School

Ilmu dituntut, adab dijaga, akhlak dibina.
Moga anak-anak terus istiqamah menuntut ilmu demi menjadi Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murabbi. 🤲

Ikhlas daripada: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat



11/01/2026

🌟 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🌟

Pihak SRITI Al-Hambra dengan penuh rasa syukur mengalu-alukan kehadiran semua murid bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada 12 Januari 2026.

Semoga kehadiran anak-anak ke sekolah menjadi langkah awal dalam menuntut ilmu dengan penuh semangat, disiplin serta keberkatan daripada Allah SWT, selaras dengan aspirasi sekolah untuk melahirkan Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi.

🌱 “سِيرُوا عَلَى بَرَكَةِ اللَّهِ”
Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan sentiasa diberkati.

Sekian, terima kasih atas sokongan dan kerjasama berterusan daripada para ibu bapa.

Yang menjalankan amanah,

Ustaz Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil
Guru Besar
SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat



02/01/2026

KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PAS

​HENTIKAN TOHMAHAN DAN SENGKETA, KEMBALI KEPADA KESATUAN DAN PENYATUAN UMMAH

​Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memerhati dengan penuh insaf suasana politik tanah air mutakhir ini yang dilihat semakin panas dengan pelbagai polemik. Apa yang membimbangkan adalah budaya tuduh-menuduh, serangan peribadi, dan lemparan tohmahan yang dilihat semakin membarah dan menjauhkan kita daripada adab sopan serta akhlak Islamiah.

​Suka untuk saya memperingatkan diri saya dan semua pihak, bahawa budaya tuduh-menuduh tanpa asas yang kukuh tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada agama, bangsa, mahupun negara.

Sebaliknya, ia hanya akan melebarkan jurang perpecahan, menyemai benih kebencian, dan akhirnya merugikan rakyat yang mendambakan pembelaan nasib mereka.

​Islam mengajar kita untuk bersangka baik (husnuzon) dan menyiasat sesuatu berita (tabayyun) sebelum menyebarkannya.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran jelas melarang kita daripada saling mencela dan memanggil dengan gelaran yang buruk.

Justeru, hentikanlah segala naratif yang bersifat fitnah dan serangan yang memecahbelahkan.

​Sebaliknya, PAS menyeru seluruh kepimpinan politik dan rakyat jelata untuk kembali kepada agenda penyatuan ummah.

Marilah kita mencari titik persamaan demi kestabilan negara. Tenaga dan masa yang ada sepatutnya digembleng untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat, ekonomi, dan kedaulatan negara, bukannya dihabiskan untuk bertelagah sesama sendiri.

​Kita perlu berlapang dada dan membuang ego untuk duduk berbincang atau setidak-tidaknya mengamalkan politik matang dan sejahtera.

Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menjadi asbab untuk kita bermusuh sehingga memutuskan silaturahim.
​Kepada ahli-ahli dan penyokong PAS khususnya, serta umat Islam amnya, marilah kita menjadi contoh tauladan dalam mempamerkan kematangan berpolitik.

Kekalkan fokus kepada gerak kerja dakwah dan kebajikan, serta elakkan daripada terheret dalam kancah provokasi yang tidak berkesudahan.
​Semoga Allah SWT melembutkan hati-hati kita untuk bersatu padu dan memelihara negara ini daripada sebarang kemudharatan perpecahan.

​"Kembali kepada penyelesaian Islam"
​TUAN GURU DATO' HASHIM JASIN
Mursyidul Am PAS
29 Disember 2025

Gambar sekitar Ride to Memali anjuran ARC Ipoh Barat.
31/12/2025

Gambar sekitar Ride to Memali anjuran ARC Ipoh Barat.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026Tahun berganti bukan sekadar angka,tetapi peluang untuk memperbaharui niat,memperbetulk...
31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026

Tahun berganti bukan sekadar angka,
tetapi peluang untuk memperbaharui niat,
memperbetulkan arah,
dan menguatkan tekad dalam perjuangan.
Sesungguhnya perubahan tidak bermula di luar,
tetapi dari dalam diri —
dari hati yang kembali tunduk kepada Allah.

Ayuh kita sambut tahun baharu
dengan azam yang lebih jujur,
usaha yang lebih istiqamah,
dan perjuangan yang terus berpaksikan iman.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah ar-Ra‘d: 11)

Tekad & Azam Baru.
Bersama membina ummah yang lebih baik.

Salam takziah.
20/12/2025

Salam takziah.

Assalamualaikum wbt.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN

Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah:

Haji Ahmad Shahril Jalaludin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Ipoh Timur
Ketua PAS Cawangan Kampung Sri Kinta

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Ikhlas daripada
PAS Perak

20/12/2025

Seronok ye mandi guna hos bomba…

13/12/2025

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share