14/08/2026
๐๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ฒ๐น ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ฎ๐น๐ถ๐๐ฎ ๐๐บ๐ฝ๐ฎ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ป๐๐๐ธ๐ฎ๐ป (๐๐๐) ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bengkel Pemantapan Kemahiran Analisa Impak Perunjukan (Budget Impact Analysis - BIA) Negeri Perak 2026 telah berjaya dilaksanakan pada ๐ฑ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฒ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฑ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป, ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฟ. Bengkel anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak ini telah menghimpunkan sejumlah 35 pegawai farmasi dari fasiliti hospital serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh negeri Perak.
Bengkel ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Perak, Tn. Hj. Zulkhairi bin Mohamed Daud. Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat kepada para peserta dalam usaha memperkasa pengetahuan dan kemahiran bidang farmakoekonomi, khususnya aplikasi konsep BIA bagi perancangan perolehan serta pengurusan ubat-ubatan secara optimum.
Dalam pada itu, beliau berharap menerusi pemantapan kemahiran ini, pengurusan perbelanjaan farmaseutikal dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, berfokus, dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Pengaplikasian BIA secara meluas diyakini mampu memastikan setiap peruntukan bajet mencapai nilai optimum (value for money), sekali gus memperkukuh dasar pemilihan ubat berasaskan bukti saintifik demi kelestarian bekalan ubat dan perkhidmatan pesakit di Negeri Perak.
Sepanjang dua hari program, para peserta telah mengikuti sesi ceramah, perbincangan interaktif, dan latihan praktikal yang dikendalikan oleh trainers BIA negeri. Menariknya, penceramah turut menerapkan elemen kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) dalam modul pembelajaran bagi membantu mempercepat serta meningkatkan ketepatan analisa data impak bajet. Ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman teori, malah membolehkan peserta mengaplikasikan kemahiran BIA terkini secara terus di fasiliti masing-masing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Seksyen Penjagaan Farmaseutikal, Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi, Jawatankuasa Perkhidmatan Maklumat Ubat Negeri Perak, para penceramah, fasiliti hos, serta seluruh urus setia dan peserta yang terlibat. Semoga ilmu dan kerjasama yang terjalin terus berkembang demi memartabatkan mutu pengurusan farmasi negeri.