14/08/2026
HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK TAHUN 2026
13 Ogos 2026, Batu Gajah β Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YB Datoβ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, telah sudi hadir bagi merasmikan dan seterusnya menutup Persidangan Teknikal dan Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak Tahun 2026 yang telah berlangsung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JPS Negeri Perak, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri, bersama ketua-ketua bahagian serta jurutera-jurutera daerah JPS Negeri Perak.
Program pada hari terakhir persidangan dimulakan dengan Pertandingan Hari Inovasi JPS Negeri Perak Tahun 2026 yang menyaksikan penyertaan tujuh kump**an inovasi yang mewakili daerah dan bahagian JPS Negeri Perak.
Antara kump**an yang mengambil bahagian ialah M.Innovate daripada JPS Manjung, Raintown daripada JPS Larut, Matang dan Selama (LMS), The Solution Seekers daripada JPS Kerian, Perth Water Innovathon daripada JPS Perak Tengah, Bintang daripada JPS Kuala Kangsar, Winch Mover daripada JPS Kinta/Batang Padang serta Fast-T daripada JPS Hilir Perak/Bagan Datuk.
Pertandingan ini menjadi platform kepada warga JPS Negeri Perak untuk mengetengahkan idea, kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan tugas serta penyampaian perkhidmatan jabatan. Selain itu, pertandingan ini turut memberi ruang kepada warga kerja untuk berkongsi hasil inovasi yang berpotensi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan JPS.
Program kemudiannya diteruskan dengan sesi pembentangan dan penilaian projek inovasi, sebelum diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Bagi pertandingan inovasi pada tahun ini, kump**an Raintown dari JPS LMS telah dinobatkan sebagai Johan, manakala kump**an Bintang dari JPS Kuala Kangsar meraih Naib Johan dan kump**an Fast-T dari JPS Hilir Perak/Bagan Datuk menduduki tempat Ketiga.
Persidangan Teknikal dan Hari Inovasi JPS Negeri Perak Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari ini diharapkan dapat terus memperkukuh budaya inovasi, meningkatkan kompetensi warga teknikal serta menggalakkan perkongsian ilmu dan idea dalam kalangan warga JPS Negeri Perak demi memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.