16/08/2026
DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN BERANGKAT KE PROGRAM MENYEMAI SEMANGAT KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026
IPOH, 15 OGOS 2026 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Rasiah binti Md Nor; YB Dato' Seri Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Haji Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YB Encik Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan serta YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015 sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35 dengan hanya dua acara pertandingan, program ini terus berkembang sehingga merangkumi 20 kategori acara pada tahun 2026, menjadikannya antara platform penting dalam mencungkil bakat dan potensi murid di seluruh negeri Perak.
Pada tahun ini, program tersebut merekodkan 214,095 penyertaan melibatkan 83.62 peratus murid sekolah rendah dan menengah di negeri ini. Peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lalu membuktikan program ini terus mendapat sambutan menggalakkan serta kekal relevan dalam menyokong pembangunan kemenjadian murid.
Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Pendidikan Negeri Perak dalam sembah ucapannya berkata program ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat dan membina keyakinan diri, malah turut melahirkan generasi insan sejahtera yang berilmu, berkemahiran dan berjati diri.
Di majlis berkenaan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Melayu 2026 bagi kategori sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.
Kategori sekolah rendah menyaksikan Hana Nabila binti Nor Hisham dari Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan, Perak Tengah muncul johan, diikuti Muhammad Afif bin Mohammad Syafiq dari Sekolah Kebangsaan Sri Kerian, Kerian sebagai naib johan dan Abdul Hadi Al-Harith bin Zykruddin dari Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Kinta Utara di tempat ketiga.
Bagi kategori menengah rendah, Nor Aiman Danish bin Nor Haslan dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kinta Utara dinobatkan sebagai johan manakala Nur Auni Damia binti Zawahir dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Hilir Perak dan Nur Alisha binti Shamsudin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Kerian masing-masing meraih naib johan dan tempat ketiga.
Kategori menengah atas p**a dimenangi oleh Ifwat Arrafi bin Mohd Amin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abd Razak, Bagan Datuk, diikuti Muhammad Haziq Danial bin Mohd Zul-Arshid dari MRSM Gerik, Hulu Perak sebagai naib johan dan Mohamad Izz Danial bin Mohamad Halim dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kinta Utara di tempat ketiga.
Seterusnya, baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris 2026.
Bagi kategori sekolah rendah, Nur Qashrina binti Muinuddin dari Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, Bagan Datuk muncul johan, manakala Kok Yang Yit dari SJKC Poi Lam, Kinta Utara dan Keshmiraa A/P Suresh dari Sekolah Kebangsaan St Bernadette's Convent, Kinta Selatan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Kategori menengah rendah p**a dimenangi oleh Weian Phuah Wen Yin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Shing Chung, Kuala Kangsar, diikuti Bryden Kang Lopez dari Sekolah Menengah Kebangsaan Krian, Kerian sebagai naib johan dan Khavya Guru A/P Raja Guru dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa, Manjung di tempat ketiga.
Bagi kategori menengah atas, Johnnes Abysia A/L Edwin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari, Kinta Utara dinobatkan sebagai johan, manakala Adam Harith bin Ahmad Farid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil, Batang Padang dan Benedict Kang Lopez dari Sekolah Menengah Kebangsaan Krian, Kerian masing-masing meraih naib johan dan tempat ketiga.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Bicara Berirama, Choral Speaking, Koir dan Melukis Karikatur 2026.
Pertandingan Bicara Berirama dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa, Kinta Selatan, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya, Kinta Utara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Muallim masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi Pertandingan Choral Speaking, Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent, Kinta Utara muncul johan, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Larut Matang dan Selama sebagai naib johan serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak Tengah di tempat ketiga.
Pertandingan Koir p**a menyaksikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet, Kinta Utara merangkul gelaran johan, manakala Sekolah Seni Malaysia Perak, Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Nan Hwa, Manjung masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Sementara itu, Pertandingan Melukis Karikatur dimenangi oleh Maisarah Nabila binti Che Hafizie dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Hulu Perak. Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Nurafrina Humaira binti Hirzuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh, Kinta Utara serta Christine Ling Hui Mien dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Setiawan, Manjung.
DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan p**a berkenan menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu, Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris, Pertandingan Mengarang Sajak dan Pertandingan Melukis Poster.
Bagi Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu kategori menengah atas, Mawar Assyikin binti Zulkarnain dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Muallim muncul johan. Wong Zi En dari Sekolah Menengah Kebangsaan San Min, Hilir Perak dan Nouri binti Ibaidullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan, Kinta Utara masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.
Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris kategori menengah atas p**a dimenangi oleh Qistina Pang Yi Xynn dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Sitiawan, Manjung, manakala Nurhanani Husna binti Roslan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil, Batang Padang dan Rhea Marissa Anthony dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent, Kinta Utara menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi Pertandingan Mengarang Sajak, Salehuddin bin Hazimin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat, Kinta Utara dinobatkan sebagai johan. Marissa Surihana binti Mohamad Faisa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor, Batang Padang dan Dhia Khalisah binti Mohd Firdaus dari SBP Integrasi Gopeng, Kinta Selatan p**a masing-masing meraih naib johan dan tempat ketiga.
Kategori sekolah rendah bagi Pertandingan Melukis Poster dimenangi oleh Sam Rou Qi dari SJKC Shing Chung, Kuala Kangsar. Tempat kedua menjadi milik Azzalea Kaesha binti Mohd Zubir dari Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, Muallim manakala Dhia Eryna Sofiya binti Mohd Saiful dari Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar menduduki tempat ketiga.
Bagi kategori sekolah menengah, Kho Chia Yue dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, Kuala Kangsar muncul johan, diikuti Ghayathri A/P Ravintharan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Kinta Utara sebagai naib johan dan Khoo Yi Hing dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Perak, Kinta Utara di tempat ketiga.
Baginda berdua kemudian berkenan melawat pameran lukisan dan karikatur sebelum berangkat meninggalkan majlis.