ICU JPM Perak

ICU JPM Perak Agensi pemantauan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Perak

SOROTAN AKTIVITI: KURSUS KESEDARAN BERKAITAN CPR & AED PPN PERAK Sekitar pelaksanaan Kursus Kesedaran Berkaitan CPR & AE...
04/09/2026

SOROTAN AKTIVITI: KURSUS KESEDARAN BERKAITAN CPR & AED PPN PERAK

Sekitar pelaksanaan Kursus Kesedaran Berkaitan CPR & AED anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) yang berlangsung dengan jayanya pada 4 September 2026.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mazlan Zurin bin Zulkifli, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) yang turut terlibat bersama dan menyaksikan penglibatan aktif warga jabatan dalam sesi simulasi keselamatan yang dijalankan.

Pihak jabatan amat bertuah kerana menerima bimbingan langsung daripada Dr. Ruth Sabrina Binti Safferi, Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bersama pasukan sokongan seramai 7 orang yang terdiri daripada pakar kecemasan, pegawai perubatan, dan penolong pegawai perubatan.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan secara langsung dengan Teknik Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) yang betul serta tatacara penggunaan alat Automated External Defibrillator (AED) bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan kritikal.

Sebelum bermulanya sesi praktikal CPR dan penggunaan mesin AED, aktiviti kuiz Kahoot telah diselitkan terlebih dahulu bagi menguji kefahaman asas peserta secara santai dan interaktif.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja yang telah berjaya menamatkan kursus kesedaran ini dengan cemerlang! πŸ‘






31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ LANGKAH KAMI, JIWA MERDEKA πŸ‡²πŸ‡Ύ

ICU JPM Perak bukan sekadar mengatur langkah…
tetapi membina disiplin, kesatuan dan semangat sebuah perjuangan.

Setiap hentakan membawa tekad.
Setiap langkah membawa maruah.
Setiap gerak disatukan oleh satu jiwa β€”
JIWA MERDEKA. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kami melangkah seirama,
kami berdiri bersama,
demi tanah air yang tercinta.

PASUKAN KAWAD KAKI ICU JPM PERAK
Bangga menjadi sebahagian daripada semangat Malaysia. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

69 TAHUN MERDEKA
MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI πŸ‡²πŸ‡Ύ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!







πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„ππˆπ€π†π€ πŠπ„π‚πˆπ‹Sebanyak RM200 juta diperuntukkan melalui Geran Sejahtera MADANI bagi membantu pe...
31/08/2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„ππˆπ€π†π€ πŠπ„π‚πˆπ‹

Sebanyak RM200 juta diperuntukkan melalui Geran Sejahtera MADANI bagi membantu peniaga kecil mendapatkan kelengkapan dan keperluan perniagaan, termasuk ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah, penjaja serta peniaga pasar malam.

Selain itu, RM1 bilion tambahan bagi pembiayaan perniagaan mikro menjadikan jumlah keseluruhan RM6 bilion pada tahun 2026, bagi memperluas akses kepada pembiayaan dan membantu lebih ramai usahawan kecil mengembangkan perniagaan.

Inisiatif ini memberi ruang kepada peniaga kecil untuk meningkatkan kapasiti perniagaan, menambah pendapatan serta memperkukuh sumber ekonomi keluarga, sekali gus menyokong kelangsungan dan pertumbuhan ekonomi masyarakat.





𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekol...
31/08/2026

𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah pada tahun 2027, meningkat berbanding tahun sebelumnya, termasuk tambahan RM500 juta bagi memastikan kemudahan pendidikan berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif.

Peruntukan ini meliputi semua jenis sekolah, dengan kerja-kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula Januari 2027 bagi memastikan kemudahan sekolah dapat diselenggara dan ditambah baik secara berterusan.

Inisiatif ini memberi manfaat kepada murid daripada pelbagai latar belakang dan bangsa dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif, demi menyokong pendidikan serta membentuk generasi masa depan yang berilmu, berdaya saing dan sejahtera.





𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah pada tahun 2027, termasuk tambahan RM500 juta bagi memastikan kemudahan pendidikan berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif.

Peruntukan ini meliputi semua jenis sekolah dengan kerja-kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula Januari 2027, bagi memastikan kemudahan sekolah terus diselenggara dan ditambah baik secara berterusan.

Pelaksanaan dan pemantauan projek oleh ICU JPM secara berterusan penting bagi memastikan peruntukan yang disediakan diterjemahkan kepada kemudahan yang benar-benar memberi manfaat kepada murid dan warga sekolah.

Apabila prasarana baik, persekitaran pembelajaran lebih selesa. Usaha ini menjadi sebahagian daripada komitmen memastikan tiada sekolah tercicir dan setiap murid mendapat ruang pembelajaran yang selamat, kondusif dan berkualiti.





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-69"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" Kemerdekaan adalah warisan yang ...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-69

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Kemerdekaan adalah warisan yang perlu dipelihara dengan perpaduan. Marilah kita terus bersama-sama menggembleng tenaga demi memastikan nikmat pembangunan, keamanan, dan kesejahteraan negara dapat terus dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tulus ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM) Negeri Perak




30/08/2026






SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸ•Œβœ¨Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.Mari kita jadikan si...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸ•Œβœ¨

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.

Mari kita jadikan sirah, dan akhlak Rasullulah SAW sebagai panduan utama dalam memperkasakan integriti, memantapkan tatakelola kerja, serta terus komited membina kesejahteraan rakyat selaras dengan nilai Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Dato' Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria
Pengarah dan Seluruh Warga Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak)





MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI PERAK (JTPNG) BIL. 3/2026IPOH, 10 Ogos 2026 – Usaha memastikan pelaks...
12/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI PERAK (JTPNG) BIL. 3/2026

IPOH, 10 Ogos 2026 – Usaha memastikan pelaksanaan projek pembangunan di Negeri Perak berjalan secara teratur dan berkesan terus diberi perhatian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Perak (JTPNG) Bil. 3/2026 yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), dengan kehadiran YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak dan Dato’ Hj. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Daerah, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta wakil kementerian dan agensi berkaitan.

Antara agenda utama yang diberi perhatian ialah status dan kemajuan pelaksanaan projek di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi Negeri Perak yang dibentangkan oleh ICU JPM Perak. Mesyuarat turut meneliti tiga kertas pembentangan masing-masing daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (JKPTG Perak), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perbincangan yang berlangsung memberi penekanan kepada pemantauan kemajuan projek, penyelarasan tindakan antara agensi serta penyelesaian perkara yang boleh mempengaruhi kelancaran pelaksanaan. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

JTPNG akan terus dimanfaatkan sebagai wadah penting untuk memperkukuh koordinasi antara Kerajaan Negeri, kementerian, jabatan dan agensi pelaksana. Komitmen serta kerjasama semua pihak amat penting dalam mempercepatkan penyampaian pembangunan dan memastikan pelaksanaannya selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda Perak Sejahtera 2030.




MESYUARAT FOCUS GROUP KESEJAHTERAAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI PERAK (FGN) BIL. 2/2026IPOH, 10 Ogos – Usaha memperkasa tara...
11/08/2026

MESYUARAT FOCUS GROUP KESEJAHTERAAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI PERAK (FGN) BIL. 2/2026

IPOH, 10 Ogos – Usaha memperkasa taraf hidup rakyat Negeri Perak terus dipergiat menerusi penganjuran Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Perak (FGN) Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung dengan jayanya di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), serta dihadiri oleh YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak dan Dato' Hj. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak. Mesyuarat ini turut disertai oleh barisan Ketua Jabatan, Pegawai Daerah, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta wakil-wakil agensi strategik kesejahteraan rakyat.

Fokus utama perbincangan tertumpu kepada tiga kertas pembentangan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). Pembentangan ini bertujuan bagi menyelaraskan strategi pembangunan sosial dan ekonomi agar manfaatnya dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh warga Perak.

ICU JPM Perak meletakkan harapan tinggi agar platform FGN ini terus menjadi pemangkin kolaborasi yang lebih dinamik dan bersepadu. Pemuafakatan strategik ini merupakan kunci utama dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI serta memacu kejayaan pelan Perak Sejahtera 2030.




SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YAB PERDANA MENTERI πŸ‡²πŸ‡ΎSelamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahi...
10/08/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YAB PERDANA MENTERI πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Semoga YAB Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmat dan keberkatan Allah SWT. Moga diberikan kekuatan juga kebijaksanaan dalam menerajui negara demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada:
Dato’ Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria
Pengarah Pembangunan Negeri Perak
dan seluruh warga Pejabat Pembangunan Negeri Perak





Address

Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052407400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share