28/08/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Ipoh, 26โ28 Ogos 2026 | Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak (DOSM Perak) telah menerima kunjungan empat orang pegawai dari Ibu Pejabat bagi melaksanakan Sesi Semakan Kawalan Kualiti Data Banci Ekonomi 2026. Delegasi yang diketuai oleh Puan Sayeeda Kamaruddin turut disertai oleh Puan Nur Surya Ab Razak (BPPIB), Puan Siti Fatimah Muhazir (BPPAS) dan Encik Muhammad Fadhil bin Abd Latif (BPP).
Kehadiran Timbalan Ketua Perangkawan Ekonomi, Encik Wan Shahrulnizam, ke DOSM Perak pada 27 Ogos 2026 telah memberi nilai tambah kepada pelaksanaan Sesi Semakan Kualiti Banci Ekonomi 2026. Kunjungan tersebut turut mencerminkan komitmen pengurusan tertinggi dalam memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 di peringkat negeri.
Sepanjang kunjungan, beliau berkesempatan meninjau operasi dan persekitaran kerja di DOSM Perak, meneliti borang yang sedang melalui proses semakan serta berinteraksi secara langsung dengan warga kerja yang terlibat. Beliau turut menyampaikan amanat dan pandangan kepada pasukan pelaksana sebagai suntikan semangat dalam memperkukuh komitmen serta momentum pelaksanaan Banci Ekonomi 2026. Dalam masa yang sama, beliau turut meninjau pelaksanaan kerja-kerja tangkapan data oleh pasukan prosesan bagi melihat secara dekat proses pemprosesan data yang sedang dilaksanakan.
Sesi semakan ini memberi penekanan khusus kepada jaminan kualiti pengisian Borang BE 2026, melalui semakan konsistensi terhadap pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Pendekatan ini dilaksanakan bagi memastikan setiap maklumat yang direkodkan adalah tepat, konsisten dan mematuhi keperluan yang ditetapkan. Sebarang ketidakselarasan atau ralat yang dikenal pasti dapat ditangani dan diperbetulkan dengan segera, sekali gus memperkukuh integriti keseluruhan proses pemprosesan data.
Pelaksanaan kawalan kualiti yang sistematik dan berterusan ini mencerminkan kesungguhan DOSM Perak dalam memastikan setiap peringkat pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 menepati prinsip ketepatan, konsistensi, integriti dan kebolehpercayaan data. Komitmen ini seterusnya menjadi landasan penting dalam menyokong penghasilan statistik rasmi yang berkualiti dan berwibawa, sekali gus memperkukuh peranan statistik sebagai input strategik dalam perancangan, pemantauan dan penggubalan dasar pembangunan negara.
"๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak