Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta, Government Official, AADK DAERAH KINTA, TINGKAT 4, BLOK A, BANGUNAN PERSEKUTUAN GREENTOWN, JALANDATO SERI AHMAD SAID, Ipoh.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, a...
21/08/2026

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hadis ini mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ungkapan, tetapi perlu diterjemahkan melalui penghayatan sunnah, akhlak mulia dan kehidupan yang berlandaskan ajaran Baginda.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan meneladani sifat, akhlak dan perjuangan Baginda dalam membentuk masyarakat yang beriman, berakhlak dan saling menyayangi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Shamsul Anuar Nasarah





20/08/2026
20/08/2026

Nak jujur dengan diri sendiri ni sebenarnya benda paling berat.

Demi nak jalan mudah kat tempat kerja, kadang kita sanggup ketepikan prinsip. Benda tu memang nampak senang masa tu, tapi rasa menyesal kat kelak memang makan diri.

Integriti bukan pasal orang nampak atau tak, tapi pasal diri kita sendiri. Biar penat berjuang dengan cara yang betul, janji tidur malam kita tenang tanpa rasa ragu.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Mema...
20/08/2026

Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.
Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Memang betul, kafein boleh bantu kita pusing sekejap untuk bagi tumpuan. Tapi kalau dah hari-hari 'bergantung' nyawa dengan kopi, kesannya akan terbalik.

Malam kita mula susah nak lelap, badan rasa gelisah, hujung-hujung fokus pun makin melayang. Kadang-kadang, badan kita bukan nak kafein sangat, dia cuma minta rehat yang cukup, air kosong dengan pemakanan yang betul. Sayangi badan dulu, baru kerja pun jalan.

📌 Anda p**a macam mana? Jenis 'pantang nampak kopi' atau sekadar minum sekali-sekala?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



20/08/2026

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan serta meningkatkan keupayaan penguatkuasaan terutama di kawasan panas penyalahgunaan dadah.

18/08/2026
Ulu Kuang Motorcross & Program Gegar AADK Perak 2026 hari ini!
16/08/2026

Ulu Kuang Motorcross & Program Gegar AADK Perak 2026 hari ini!

14/08/2026

Selamat Bersara dan Maju Jaya

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui perkhidmatan sebagai Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.

Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada lembaran baharu yang penuh kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat bersara, Dato’ Sri.

Ikhlas daripada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah serta seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat ...
14/08/2026

"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;
"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana yang demikian lebih patut agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang Allah SWT telah berikan."

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini mendidik kita agar menjauhi sifat membandingkan diri dengan mereka yang lebih berada sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati atau keluh kesah.

Sebaliknya, Islam mengajar kita untuk mensyukuri rezeki yang ada, menghargai setiap nikmat serta memupuk sifat qanaah dan rendah hati dalam kehidupan seharian.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh nilai kesyukuran, memperbaiki akhlak serta mendidik diri dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sejahtera, bermakna dan diberkati.

14/08/2026

Address

AADK DAERAH KINTA, TINGKAT 4, BLOK A, BANGUNAN PERSEKUTUAN GREENTOWN, JALANDATO SERI AHMAD SAID
Ipoh
31650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6052436157

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share