Bahagian Penyelidikan Jaipk

Bahagian Penyelidikan Jaipk Tingkat 4, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Tel:

17 dan 18 Ogos 2026, telah berlangsung dengan jayanya Temuduga Saringan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-Syifa’)...
19/08/2026

17 dan 18 Ogos 2026, telah berlangsung dengan jayanya Temuduga Saringan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-Syifa’) Bagi Pengamal Pengubatan Islam di Pejabat Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak. 11 orang calon telah diuji dan dinilai oleh pakar-pakar perawatan, pakar al-Quran dan Pakar Syariah.

Bermula 1 Mac 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menguatkuasakan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] yang mewajibkan semua pengamal pengubatan Islam untuk berdaftar di bawah Akta tersebut. Ianya berdasarkan ketetapan Peraturan-peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PINDAAN) 2024 dan Garis Masa Pelaksanaan Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K). Akta 775 merupakan akta di bawah Undang-undang Malaysia untuk penubuhan Majlis PT&K bagi mengawal selia perkhidmatan PT&K di negara ini. Akta ini telah diluluskan di Parlimen Malaysia pada tahun 2016.

Di antara rawatan yang sama kategori dengan rperawatan ini adalah seumpama Perubatan Tradisional Melayu yang bersumberkan herba Melayu, urut Melayu dan bekam. Juga merangkumi Perubatan Tradisional Cina yang bersumberkan kaedah akupunktur, moxa, herba Cina, Tuina dan Qigong. Juga disenaraikan Perubatan Tradisional India p**a seperti Ayurveda, Siddha, Unani serta yoga. Turut bersama adalah Perubatan Homeopati.

Ujian ini adalah bertujuan bagi memastikan semua rawatan yang dijalankan atas nama rawatan Islam atau ruqyah bertepatan dengan syariat Islam. Ia merangkumi pengetahuan berkaitan ruqyah, penggunaan dan pembacaan Al-Quran, penggunaan bahan-bahan rawatan, dan bagaimana kaedah rawatan dijalankan.

Walaupun kaedah rawatan yang digunakan tidak bertentangan dengan Syariat, penggunaan dan pembacaan al-Quran juga hendaklah menepati hukum hakam tajwid dan tidak melibatkan kesalahan jali apatah lagi kesalahan yang memesongkan makna ayat.

Selain itu penekanan juga dibuat terhadap disiplin dan kaedah rawatan memendangkan terdapat perawat yang tidak mengisytiharkan kaedah rawatan mereka atau mendakwa penggunaan ruqyah atau bacaan minima seumpama hanya membaca al-Fatihah, 3 Qul ataupun zikir-zikir ringkas, tanpa pensabitan sebarang makanisme rawatan yang boleh dipertanggungjawabkan.

Tanpa kaedah yang jelas maka kaedah pemantauan dan pen*sbahan kesembuhan kepada kaedah rawatan akan berpotensi membawa kepada penumpuan kepada individu perawat yang akhirnya boleh membawa kepada ketaksuban melampau. Akhirnya golongan seumpama ini berpotensi membawa kepada dakwaan sebagai wali malah melampau sehingga mendakwa sebagai Imam Mahdi.

Semoga dengan usaha kecil ini akan dapat menjamin kebolehpercayaan dan keyakinan Masyarakat terhadap satu disiplin perawatan yang diwarisi daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dan para sahabat radhiallahu anhum ajmain.

Semoga suatu masa nanti, perawatan ruqyah ini bukan hanya mencapai status sebagai rawatan alternatif, malah bergerak seiringan dengan Rawatan Allopati di hospital-hospital kerajaan.

Ape lagi weh...moh berselawat...
18/08/2026

Ape lagi weh...moh berselawat...

HEBAHAN RASMIPERTANDINGAN VIDEO DAKWAH PENDEKSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1448H/...
31/07/2026

HEBAHAN RASMI

PERTANDINGAN VIDEO DAKWAH PENDEK
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1448H/2026M

Dengan segala hormatnya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Video Dakwah Pendek bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak.

MAKLUMAT PERTANDINGAN

* Kelayakan: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas.
* Tarikh Tutup Penyertaan: 11 September 2026

HADIAH DITAWARKAN

* Johan: RM 3,000
* Naib Johan: RM 2,000
* Tempat Ketiga: RM 1,000
* Saguhati: RM 300 x 5 Kump**an

PENYERTAAN & MAKLUMAT LANJUT

Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh didapati dengan mengimbas Kod QR pada poster rasmi.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak urus setia di talian: 05-2084904.

Anjuran:
Jabatan Agama Islam Perak

Program Pengump**an Mashaf AlQuran Lama dan Rosak dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (PDRM) Turut bersama ialah Timb...
18/07/2026

Program Pengump**an Mashaf AlQuran Lama dan Rosak dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (PDRM)
Turut bersama ialah Timbalan Ketua Polis Perak dan pegawai dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA).

Untuk makluman semua, pihak kami juga telah mengumpul dan memurnikan Mashaf Alquran Lama dan Rosak dari beberapa agensi lain juga iaitu di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Wisma Persekutuan Ipoh, Perak.

Bengkel Statistik dan Data JAIPkAnjuran INTIM dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan JAIPk. Tarikh : 3 hingga 5 Jun 2026...
18/07/2026

Bengkel Statistik dan Data JAIPk
Anjuran INTIM dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan JAIPk.

Tarikh : 3 hingga 5 Jun 2026

Bertempat di ILSM Sungkai

Penceramah dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

12/07/2026

Apakah Wahabiah sesat? Fatwa Negeri Perak memutuskan bahawa Ajaran Wahabi didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan.

Kita tidak perlu takut untuk mengatakan sedemikian kerana pengikut mereka juga terlalu celupar menyesatkan golongan selain mereka. Walaupun dengan menggunakan ungkapan yang kelihatan manis namun terkandung unsur-unsur takfiri di dalamnya.

Contohnya apabila mereka ditanya tentang Aqidah Asyairah, maka dengan pantas mereka mengatakan ; Aqidah yang benar hanyalah Aqidah yang berlandaskan sunnah Rasul saw. Mereka menggambarkan seolah-olah hanya mereka sahaja yang berlandaskan sunnah dan selain mereka adalah sesat belaka.

Sebagai pemerintah maka keperluan kepada fatwa yang memisahkan antara golongan takfiri dan menyeleweng berbanding golongan yang mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah wajar dikeluarkan.

Maka gunakanlah perkataan dalam fatwa itu dan tidak perlu lagi berpura-pura sehingga hakikat menjadi samar, lantas masyarakat makin keliru dalam memahami aqidah yang sebenar.

12/07/2026

Jika aqidah mereka bermasalah, mengapa segala kegiatan ekonomi mereka dilumpuhkan?.

Apabila kerajaan menguatkuasakan undang-undang ke atas golongan tertentu seumpama Jemaah al-Arqam, Rufaqa', GISB, al-Ikhwan, GISBH dan seumpamanya, maka kenapakah segala kegiatan ekonomi mereka turut diruntuhkan.

Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak menjalankan aktiviti ekonomi walaupun melibatkan orang bukan Islam. Tidak ada syarat beragama Islam dalam berurusan dalam bidang muamalat. Isu ini harus dibezakan dengan isu keutamaan, boikot dan sebagainya.

Walaupun kita bebas bermuamalah dengan orang-orang bukan Islam namun kita wajib memboikot perniagaan mereka yang menyumbang kepada kekuatan Zionis Israel.

Boikot kepada golongan sasar ini bukan hanya melibatkan perniagaan orang bukan Islam malah merangkumi perniagaan orang-orang Islam yang menyumbang kepada kekuatan Zionis Israel walau sebanyak manapun mereka membayar zakat.

Zakat adalah satu kewajipan sedangkan dalam masa yang sama mereka wajib dihalang bersubahat membunuh saudara seagama kita.

Sekatan ekonomi hanya akan dilaksanakan terhadap aktiviti yang melibatkan jenayah, kezoliman dan sebarang pertentangan dengan ketetapan Allah dan kita dianggap bersubahat jika membiarkannya.

Jika kita biarkan aktiviti mereka berterusan maka jenayah, kezoliman dan kemaksiatan tersebut akan lebih membesar dan tersebar.

12/07/2026

KENAPA SIKAFIR TIDAK DIGANGGU

Di antara isu yang sering ditimbulkan kepada Jabatan Agama Islam Perak adalah ; Kenapa hanya Umat Islam yang sesat dihalang, disiasat dan ditangkap sedangkan yang terang-terang kafir dibiarkan begitu sahaja?.

Hakikatnya Islam mempunyai prinsip dan sempadan yang jelas di antara Imam dan Kufur.

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ - (البقرة : 256)

Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan kepada rakyat negara ini untuk mengamalkan agama masing-masing. Ini selaras dengan Allah yang memberikan kebebasan kepada manusia samada untuk beriman ataupun kufur. Surah as-Syams menjelaskan :

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا (10)

Lalu Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (kejahatan) dan ketakwaannya.(8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwa itu. (9) Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori dan menguburkannya (dengan maksiat dan dosa). (10)

Mereka yang secara jelas kufur tidak dianggap bahaya kerana kita mengetahui bahawa mereka kafir. Mudah kita katakan kepada anak cucu kita bahawa mereka berlainan agamanya dengan kita. Maka kita wajib menjauhi segala fahaman, doktrin dan teori kesesatan mereka.

Berbeza dengan ajaran, dokrin dan fahaman sesat, maka ia menjadi virus yang merosakkan aqidah umat dan wajib dibendung agar tidak merebak dan menghancurkan . Pengajaran daripada kes fahaman Qadiani yang difatwakan terkeluar daripada Islam di seluruh negara, sehingga tiada ruang pencegahan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa agama kerana status mereka menjadi bukan Islam. Pihak Berkuasa Agama negeri-negeri secara automatik hilang bidangkuasa.

Sehubungan dengan itu Majlis-Raja-Raja telah memutuskan bahawa fatwa ini dikaji semula dan digantikan istilah terkeluar daripada Islam kepada sesat dan menyesatkan.

Walaupun pada hakikatnya mereka di sisi Allah telah kufur dan terkeluar daripada Agama Allah yang Maha Suci ini.

DAURAH HADIS MEGA PERINGKAT NEGERI PERAKKitab Panduan Ibadah Melalui Hadis Nabi (Ringkasan Sunan Al-Tirmizi)Bersama tiga...
25/06/2026

DAURAH HADIS MEGA PERINGKAT NEGERI PERAK
Kitab Panduan Ibadah Melalui Hadis Nabi (Ringkasan Sunan Al-Tirmizi)
Bersama tiga tokoh ulama:
Letak gmbr dan nama:
🔶 Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi
🔶 Syeikh Dr Luqmanul Hakim Al-Azhari
🔶 Baba Suyuti Abdul Razak Al-Fathani.

Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak

DAURAH HADIS MEGA PERINGKAT NEGERI PERAK

Kitab Panduan Ibadah Melalui Hadis Nabi (Ringkasan Sunan Al-Tirmizi)

Bersama tiga tokoh ulama:
Letak gmbr dan nama:
🔶 Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi
🔶 Syeikh Dr Luqmanul Hakim Al-Azhari
🔶 Baba Suyuti Abdul Razak Al-Fathani.

Dekat nama letak bende kecik, bendera malaysia, indonesia dan thailand.

🗓️ 27-28 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ 8:30 pagi - 5:00 ptg
🕌 Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak)

📥 MASUK PERCUMA

🍲 Jamuan makan disediakan.

Daftar dengan scan masuk group:
https://chat.whatsapp.com/B5shMcFDmsp9M1piNgsA3H?mode=gi_t

Pertanyaan:
01132944090

Dianjurkan oleh:
Jabatan Agama Islam Perak
Masjid Sultan Idris Shah II
Darul Fitri Resources
Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh
Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh
HAZA Media

Address

Tingkat 4, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052084907

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Penyelidikan Jaipk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Penyelidikan Jaipk:

Shortcuts

Share