Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Hutan Perak)

Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Hutan Perak) Persiaran Meru Utama,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan. Di bawah setiap Pejabat Hutan Daerah ini p**a terdapat beberapa Renj. Hutan.

Pada asasnya, pentadbiran perhutanan telah diwujudkan di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam tahun 1895, Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1895. Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1901 dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pemelihara Hutan (Deputy Conservator of Forest). Pada tahun 1947, pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diperkemaskan lagi dengan pen

wujudan jawatan Pengarah Perhutanan Negeri. Struktur organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Perak terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Pembangunan Hutan dan Bahagian Operasi Hutan. Bagi melicinkan pentadbiran, Jabatan Perhutanan dibahagikan kepada lima(5) Daerah Pentadbiran Hutan yang setiap satunya diketuai oleh Pegawai Hutan Daerah (PHD).

Pada 21 Ogos 2026 (Jumaat), dimaklumkan bahawa pendaftaran Aplikasi Conservation Assured Tiger Standard (CA| TS) bagi Hu...
21/08/2026

Pada 21 Ogos 2026 (Jumaat), dimaklumkan bahawa pendaftaran Aplikasi Conservation Assured Tiger Standard (CA| TS) bagi Hutan Simpan (HS) Amanjaya dan Kompleks Hutan Belum- Temengor (melibatkan HS Gerik,HS Banding dan HS Temengor) telah diterima pada 23 Julai 2026.Susulan itu,Bengkel Membangunkan Kit Panduan Kebangsaan Dalam Aplikasi CA| TS telah diadakan pada 20-21 Ogos 2026 di Hotel Armada,Petaling Jaya anjuran WWF -Malaysia.Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan kit panduan sebagai garis panduan dalam mentafsir piawaian CA|TS mengikut konteks Kebangsaan dan penyeragaman tindakan di lapangan.

Bengkel pada kali ini melibatkan pakar/penilai berkaitan CA|TS, agensi yang bertanggungjawab menguruskan tapak CA|TS seperti Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES),Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk),Jabatan PERHILITAN,Perbadanan Taman Negeri Perak,Perbadanan Taman Negeri Johor,Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Badan Bukan Kerajaan seperti WWF -Malaysia,Wildlife Conservation Society-WCS,Persatuan Kebajikan Haiwan Liar-KHL dan Rakan Alam Sekitar (RAS). JPNPk diwakili Timbalan Pengarah Pembangunan,Ketua Pen. Pengarah (Perancangan & Pengurusan),Ketua Pen. Pengarah(Silvikultur & Kepelbagaian Biologi Hutan),Ketua Pen. Pengarah (Penguatkuasaan Hutan),Pen. Pengarah ( Ladang Hutan & Perlindungan Hutan) dan Pen. Pengarah Eko Pelancongan).

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ†π‡πˆπ‰π€π”π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„πŒππ„π πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π ππ„πŒπ”π‹πˆπ‡π€π‘π€π€π 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑-𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π π“πˆππ†π†πˆ 𝐍𝐄𝐆𝐄...
20/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ†π‡πˆπ‰π€π”π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„πŒππ„π πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π ππ„πŒπ”π‹πˆπ‡π€π‘π€π€π 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑-𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π π“πˆππ†π†πˆ ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ πƒπˆ πŠπŽπŒππ“. πŸ’πŸŽ, 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 π’πˆπŒππ€π 𝐏𝐀𝐏𝐔𝐋𝐔𝐓, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ„π‘π€πŠ

Pada 20 Ogos 2026 (KHAMIS), Bahagian Silvikultur dan Kepelbagaian Biologi JPNPk dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak telah menjayakan Program Penghijauan Malaysia Kempen Kesedaran Pemuliharaan Hutan Bersama Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Negeri Perak di Kompt. 40, Hutan Simpan Papulut, Daerah Hulu Perak. Program ini telah disertai seramai 140 peserta yang terdiri daripada pelajar & Pengiring Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Politeknik Ungku Omar (PUO), Kolej Komuniti Gerik dan Kolej Komuniti Sungai Siput, kakitangan JPNPk dan PHD Hulu Perak.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah berjaya menanam sebanyak 1,875 anak pokok yang terdiri daripada spesies Meranti Temak Nipis (Anthoshorea roxburghii), Merawan Siput Jantan (Hopea odorata), Kasai (Pometia pinnata), Pulai (Alstonia angustiloba) dan Kembang Semangkuk (Scaphium longiflorum). Peserta turut diberikan tunjuk ajar mengenai teknik penanaman pokok yang betul bagi memastikan pertumbuhan dan kelangsungan hidup pokok yang ditanam.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan hutan sebagai khazanah semula jadi yang perlu dipelihara demi kesejahteraan alam sekitar. Antara objektif utama program adalah untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar, menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti penanaman pokok dan penghijauan serta memperkukuhkan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak dalam menjayakan agenda penghijauan negara.

20/08/2026

RALAT: PINDAAN TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER PHDLM/T/01/2026 - PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI PEJABAT HUTAN DAERAH LARUT DAN MATANG

Sila layari portal Jabatan Perhutanan Negeri Perak di https://www.perakforestry.gov.my untuk maklumat lanjut.

20/08/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA PEJABAT HUTAN DAERAH KUALA KANGSAR

Sila layari portal Jabatan Perhutanan Negeri Perak di https://www.perakforestry.gov.my untuk maklumat lanjut.

18/08/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA PEJABAT HUTAN DAERAH KINTA DAN MANJUNG

Sila layari portal Jabatan Perhutanan Negeri Perak di https://www.perakforestry.gov.my untuk maklumat lanjut.

17/08/2026

NOTIS LELONGAN AWAM KAYU RAMPASAN PELBAGAI SPESIES DI BEKAS KAWASAN PENEROKAAN HARAM DI HUTAN SIMPAN BUKIT PAYUNG, DAERAH KUALA KANGSAR

Sila layari portal Jabatan Perhutanan Negeri Perak di https://www.perakforestry.gov.my untuk maklumat lanjut.

Pada 12 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Sesi Libat Urus Enakmen Sumber Air Perak 2023 (Enakmen 18), Seksyen 36(1) – ...
12/08/2026

Pada 12 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Sesi Libat Urus Enakmen Sumber Air Perak 2023 (Enakmen 18), Seksyen 36(1) – Pengisytiharan Kawasan Perlindungan Bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ PPN, manakala delegasi LPSA diketuai oleh GS. Muhamad Faiz bin Abdul Halim.

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒπ€ππ“π€π”π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 πˆππƒπ”πŠ π‘π€ππ†πŠπ€πˆπ€π π„πŠπŽπ‹πŽπ†πˆ 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐀𝐋 π…πŽπ‘π„π’π“ π’ππˆππ„ (ππˆπ‘π„π‚π…π’) Pada 12 Ogos 2026 ( Rabu...
12/08/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒπ€ππ“π€π”π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 πˆππƒπ”πŠ π‘π€ππ†πŠπ€πˆπ€π π„πŠπŽπ‹πŽπ†πˆ 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐀𝐋 π…πŽπ‘π„π’π“ π’ππˆππ„ (ππˆπ‘π„π‚π…π’)

Pada 12 Ogos 2026 ( Rabu), Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) telah menganjurkan Bengkel Pemantauan Dan Pelaksanaan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS) 2022 Negeri Perak Bilangan 1 Tahun 2026 bertempat di Hotel Flemington, Taiping pada 10-12 Ogos 2026. Perasmian bengkel telah dilaksanakan oleh YBrs. Encik Azni Rahman bin A. Wahid, Timbalan Pengarah Pembangunan, JPNPk.

Sepertimana sedia maklum PIRECFS 2022 merupakan dokumen strategik yang menjadi panduan kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti perhutanan, hidupan liar serta Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Pelan induk ini menjadi asas rujukan dalam perancangan, pembangunan dan kawalan penggunaan tanah di kawasan Central Forest Spine (CFS), khususnya yang melibatkan kawasan berhutan, bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan sumber asli dapat dikekalkan secara mampan.

Dalam pada itu, JPNPk telah dilantik sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Kerja Negeri Pelaksanaan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine 2022 atau JKN PIRECFS 2022 bagi Negeri Perak.

Oleh demikian, bengkel pada kali ini adalah bagi mengumpul maklumat dan mengemaskini status pencapaian dan kemajuan pelaksanaan inisiatif dalam PIRECFS 2022 oleh setiap agensi pelaksana utama dan agensi pelaksana sokongan.

Selain itu, bengkel ini juga adalah untuk memperkukuh koordinasi, menyelaras pelaksanaan setiap inisiatif serta memastikan segala tindakan yang dirancang dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

JPNPk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua Ketua Bahagian JPNPk, Pegawai Hutan Daerah dan Jabatan yang merupakan rakan strategik JPNPk di atas komitmen dan maklumbalas yang sangat baik semasa bengkel ini berlangsung.

Semoga segala usaha yang kita lakukan pada sepanjang tempoh bengkel ini akan mendapat kerahmatan dan barakah sepanjang masa dan dapat dimanfaatkan semua pihak di dunia dan akhirat.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ ππ€π‡π€π†πˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππˆπŽπƒπˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍, πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π π’π”πŒππ„π‘ π€π’π‹πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π π€π‹π€πŒ (𝐍𝐑𝐄𝐒) πŠπ„ ...
07/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ ππ€π‡π€π†πˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππˆπŽπƒπˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍, πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π π’π”πŒππ„π‘ π€π’π‹πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π π€π‹π€πŒ (𝐍𝐑𝐄𝐒) πŠπ„ π“π€πŒπ€π π„πŠπŽ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 ππ€π˜π€ 𝐋𝐀𝐔𝐓 πŒπ€π“π€ππ†, π“π€πˆππˆππ†, ππ„π‘π€πŠ

Pada 6 Ogos 2026 (Khamis), Susulan daripada pembentangan penganjuran Sambutan Hari Konservasi Hutan Paya Laut (HPL) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang telah diadakan pada 30 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat SPB, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), telah dipersetujui agar satu sesi taklimat serta pendedahan mengenai ekosistem Hutan Paya Laut Matang diadakan kepada pegawai Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BPBP), NRES. Sehubungan itu, program taklimat dan lawatan telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Ogos 2026 di Taman Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Taiping, Perak.

Delegasi lawatan diketuai oleh Tuan S. Siva Kumar, Setiausaha Bahagian, bersama Puan Shairunniza binti Sarkawi, Ketua Penolong Setiausaha serta lima orang pegawai daripada Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NRES.

Turut hadir ialah wakil daripada Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu YBhg. Dato’ Samsu Anuar bin Nawi, Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan bersama tiga orang pegawai. Jabatan Perhutanan Negeri Perak p**a diwakili oleh Tuan Azni Rahman bin A. Wahid, Timbalan Pengarah (Pembangunan) serta En. Edevaldo J. Yapp, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Silvikultur dan Kepelbagaian Biologi.

Pada sebelah pagi, delegasi telah bersama-sama menyempurnakan Program CEPA Penanaman 300 pokok Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) di sebahagian Kompartmen 29, Hutan Simpan Jebong bersama wakil Persatuan Kayu Arang Kuala Sepetang sebagai simbol komitmen terhadap pemuliharaan dan kelestarian ekosistem hutan paya laut.

Seterusnya, delegasi menaiki bot menuju ke Kompartmen 9, Hutan Simpan Pulau Kalumpang, iaitu kawasan Lesen Pengusahasilan Hutan (KUP), bagi meninjau secara lebih dekat aktiviti pengusahasilan kayu bakau secara lestari yang dikendalikan oleh Syarikat Sin Bee Seng & Co. Delegasi telah diberikan taklimat mengenai amalan pengurusan hutan secara mampan serta menyaksikan demonstrasi proses membuang kulit kayu sebelum dijadikan arang.

Lawatan diteruskan ke Kawasan HCV Arkeologi Pra Sejarah di Kompartmen 11, Hutan Simpan Pulau Kalumpang. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Firdaus bin Jamel, Pegawai Hutan Daerah Larut & Matang. Delegasi turut melawat tapak arkeologi serta melihat pokok Kalumpang Jari (Sterculia foetida), yang merupakan antara spesies ikonik di kawasan tersebut.

Selepas itu, delegasi kembali ke Taman Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang bagi mengikuti sesi taklimat mengenai sejarah, pengurusan dan pembangunan Hutan Paya Laut Matang, diikuti tayangan video korporat serta jamuan makan tengah hari.

Sebagai penutup program, delegasi mengadakan lawatan ke My Charcoal Factory bagi melihat sendiri kaedah tradisional penghasilan arang kayu bakau yang telah diwarisi sejak sekian lama dan menjadi antara identiti utama Kuala Sepetang.

Lawatan ini berjaya memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada para peserta mengenai amalan pengurusan lestari Hutan Paya Laut Matang yang mengimbangi aspek pemuliharaan biodiversiti, pengusahasilan hutan, warisan budaya serta pembangunan sosioekonomi komuniti setempat. Program berakhir pada sebelah petang dan delegasi bersurai.

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ†π”π‰πˆπ€π ππ‘πŽπ•πˆπ’πˆπŽππ€π‹ 𝐀𝐂𝐂𝐄𝐏𝐓𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐓𝐄𝐒𝐓 (𝐏𝐀𝐓) ππ€π†πˆ ππ„ππƒπˆπ†πˆπ“π€π‹π€π π’π”πŒππ„π‘ 𝐃𝐀𝐍 πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 (ππ’πŽπ‡) π‰ππ’πŒBengkel Penguj...
05/08/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ†π”π‰πˆπ€π ππ‘πŽπ•πˆπ’πˆπŽππ€π‹ 𝐀𝐂𝐂𝐄𝐏𝐓𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐓𝐄𝐒𝐓 (𝐏𝐀𝐓) ππ€π†πˆ ππ„ππƒπˆπ†πˆπ“π€π‹π€π π’π”πŒππ„π‘ 𝐃𝐀𝐍 πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 (ππ’πŽπ‡) π‰ππ’πŒ

Bengkel Pengujian Provisional Acceptance Test (PAT) bagi Sistem Pengurusan Operasi Hutan (PSOH) yang bermula pada 22 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 bertempat di Dewan Rimbawan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Bengkel ini bertujuan menguji keseluruhan modul Sistem PSOH secara menyeluruh (full cycle) berdasarkan senario yang telah ditetapkan serta mengikut peranan dan tanggungjawab setiap pengguna. Pengujian ini melibatkan pegawai daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) bagi menilai keberkesanan pelaksanaan proses kerja pengurusan hasil hutan melalui pendigitalan, di samping mengenal pasti sebarang isu, kelemahan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan sistem dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan memenuhi keperluan operasi sebenar. Sepanjang sembilan hari pelaksanaan bengkel, pelbagai sesi telah dijalankan termasuk kemasukan data permohonan, sesi pengenalan dan Majlis Perasmian PAT PSOH, pelaksanaan Modul Sempadan, Modul Pre-F, eGP, Inventori Pre-F, Tanah Kerajaan, Pre-F Kontrak, sesi kemasukan data Pre-F serta pengujian sistem berdasarkan senario Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Negeri Sembilan serta Senario Tanah Kerajaan di Perak. Bengkel ini telah memberi ruang kepada peserta untuk meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan Sistem PSOH, menguji integrasi setiap modul serta memperkukuh pelaksanaan proses kerja secara digital. Program ini diakhiri dengan Majlis Penutup PSOH sebagai simbolik berakhirnya Bengkel Pengujian PAT, disusuli sesi penghargaan kepada semua peserta, fasilitator dan urus setia atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Diharapkan hasil dapatan dan pengalaman yang diperoleh menerusi bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pelaksanaan pendigitalan pengurusan sumber dan operasi hutan di seluruh negara.

Address

Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055288100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Hutan Perak) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share