Jenayah Komersil Perak - Jsjk Perak

Jenayah Komersil Perak - Jsjk Perak Satu jabatan di bawah Polis Diraja Malaysia: JSJK menyiasat kes-kes jenayah komersil.

16/07/2026

๐Ÿšจ PERINGATAN PENTING UNTUK SEMUA! ๐Ÿšจ

Kongsikan mesej ini dengan ibu bapa, pasangan, anak-anak, dan rakan-rakan anda. Satu perkongsian kecil mungkin menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

3 Pesanan Penting untuk Elak Penipuan:
1๏ธโƒฃ JANGAN klik pautan mencurigakan yang diterima melalui SMS, WhatsApp, atau e-mel.
2๏ธโƒฃ JANGAN muat turun fail .APK daripada sumber tidak dikenali.
3๏ธโƒฃ JANGAN kongsi OTP atau maklumat perbankan dengan sesiapa pun, walaupun mereka mengaku dari bank atau pihak berkuasa.

๐Ÿ”’ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

14/07/2026

Pencegahan Jenayah Scam

Penipuan Phone Scam - Menyamar Saudara / Kenalan / Majikan Melalui Platform Aplikasi Media Sosial

Kejadian bermula apabila aplikasi media sosial seperti akaun FB, Whatsapp, Telegram, Instagram dan lain2 aplikasi perhubungan bagi pemilik akaun telah terdedah kepada pihak ketiga melalui pautan (phising) sehingga mengakibatkan akaun diceroboh.

Pihak ketiga telah menyalahgunakan kenalan-kenalam dalam akaun aplikasi untuk mndapatkan wang daripada kenalan pemilik akaun media sosial tersebut dengan cara meminjam / meminta / mengarahkan pembayaran wang melalui mesej yang dihantar.

Mangsa yang percaya bahawa mesej yang diterima adalah benar tanpa membuat pemeriksaan susulan telah memberikan wang dengan cara memasukkan wang / memindahkan wang ke akaun yang diberikan (mule akaun).

Modus operandi ini nampak mudah namun boleh mendatangkan impak kewangan yang besar kepada mangsa. Khusus kepada kejadian yang melibatkan pekerja akaun syarikat dengan majikan.

Pesanan kepada masyarakat

Sekiranya mendapat sebarang mesej daripada kenalan / keluarga / majikan dalam urusan kewangan hendaklah terlebih dahulu membuat semakan dan pengesahan.

Gunakan kekunci pendua yang tersedia oleh penyedia perkhidmatan aplikasi (second step verrification) bagi mengelakkan akaun media sosial diceroboh

Elakkan menekan mana2 pautan yang meragukam daripada mana2 pihak yang tidak dikenali.

Gunakan kod bahasa rahsia antara majikan dan pekerja jika libatkan transaksi kewangan

Elakkan memasukkan wang / pindahan wang kepada pihak ketiga yang bukan kenalan / keluarga itu sendiri.

Sentiasa semak akaun media sosial anda samada terdapat peranti lain yang terpaut (link) jika ada sila tamatkan pautan tersebut

14/07/2026
14/07/2026

LOVE SCAM: JANGAN JADI MANGSA!

Perkenalan yang bermula dengan kata-kata manis di media sosial boleh bertukar menjadi mimpi ngeri apabila penipu mengambil kesempatan atas kepercayaan dan emosi mangsa. Love scammer menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya mangsa, terutamanya mereka yang mencari hubungan di alam maya.

Kenali antara taktik yang sering digunakan oleh scammer bagi memerangkap anda.
๐Ÿ’” Jangan percaya kepada individu yang hanya dikenali di alam maya, terutama jika melibatkan permintaan wang atau maklumat peribadi.

Sentiasa amalkan Konsep 3S:
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Semak nombor akaun, nombor telefon dan nama syarikat terlebih dahulu melalui portal Semak Mule CCID: https://semakmule.rmp.gov.my/

Ingat! Jangan biarkan kata-kata manis dan cinta palsu menjadikan anda mangsa penipuan.

10/07/2026
10/07/2026

๐Ÿ”Ž ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต.

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi ibu bapa, datuk, nenek dan ahli keluarga dengan sentiasa mengingatkan mereka agar berwaspada sebelum membuat sebarang tindakan.

๐Ÿ’ก ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ด๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป?

โœ”๏ธ Dapatkan pengesahan daripada anak atau ahli keluarga.
โœ”๏ธ Hubungi pihak bank melalui nombor telefon rasmi.
โœ”๏ธ Ambil tangkapan skrin mesej sebagai bukti.
โœ”๏ธ Buat laporan kepada pihak polis.

๐Ÿ“ฒ Kongsikan peringatan ini kepada ibu bapa, datuk, nenek dan orang tersayang.
Satu perkongsian anda mungkin dapat mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











10/07/2026

๐Ÿšจ AWAS! PENIPUAN MELALUI WHATSAPP ๐Ÿšจ

Sindiket penipuan kini semakin licik dengan menyamar sebagai majikan, kenalan atau wakil syarikat melalui aplikasi WhatsApp. Mereka menggunakan nama serta gambar profil yang dipercayai bagi memperdaya mangsa untuk membuat pemindahan wang ke akaun tertentu.

โš ๏ธ Ingat!
Tiada majikan atau syarikat yang akan mengarahkan pemindahan wang hanya melalui mesej WhatsApp tanpa pengesahan rasmi.

โœ… Amalkan 3 Langkah Selamat :
โœ”๏ธ Sahkan identiti individu yang menghubungi anda.
โœ”๏ธ Jangan sesekali membuat pemindahan wang hanya berdasarkan arahan melalui WhatsApp.
โœ”๏ธ Hubungi nombor telefon rasmi majikan atau pihak berkaitan untuk mendapatkan pengesahan.

๐Ÿ“ž Perlukan bantuan atau ingin membuat semakan anda boleh menghubungi :
โ˜Ž๏ธ Bilik Gerakan IPD Manjung : 05-6886222 @ ๐Ÿ“ฒ Hotline WhatsApp IPD Manjung : 017-6828005

๐Ÿš” Jika anda menjadi mangsa atau mengesyaki aktiviti penipuan, segera laporkan kepada pihak polis.

๐Ÿ’ก Ragu-ragu? Semak dahulu. Elak kerugian. Bersama kita tingkatkan kesedaran dan lindungi diri daripada menjadi mangsa scam.

10/07/2026

๐Ÿšจ AMARAN: APK SCAM โ€“ JANGAN MUAT TURUN! ๐Ÿšซ

๐Ÿ’ฅ Satu klik sahaja boleh kosongkan akaun anda!
Scammer kini semakin licik dengan menghantar fail aplikasi (.APK) melalui SMS, WhatsApp atau Telegram. Jangan terpedaya!

๐Ÿ“ฑ Bagaimana modus operandi ini berlaku?
โžก๏ธ Anda akan terima mesej kononnya Parcel gagal dihantar ๐Ÿ“ฆ , Tawaran kerja / bantuan kewangan ๐Ÿ’ผ , Notis rasmi / saman โš ๏ธ
๐Ÿ‘‰ Kemudian diminta untuk muat turun fail APK (bukan dari Google Play / App Store/Huawei gallery).
โš ๏ธ Apabila dipasang, aplikasi ini akan:
Mengakses SMS anda, Mencuri kod OTP/TAC, Mengawal telefon anda dan Mengosongkan akaun bank ๐Ÿ’ธ

๐Ÿ›‘ JANGAN klik atau install APK dari sumber tidak dikenali.
โœ… Hanya gunakan Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei Gallery untuk muat turun aplikasi.

๐Ÿ”’ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

07/07/2026

โš ๏ธ SCAM ALERT: JANGAN JADI KELDAI AKAUN! โš ๏ธ

Ramai masih tidak sedar risiko besar di sebalik menyerahkan kad ATM, berkongsi OTP, atau membenarkan orang lain menggunakan akaun bank. Tindakan ini sebenarnya boleh menjadikan anda 'keldai akaun' kepada sindiket jenayah!

๐Ÿšซ Apa yang anda TIDAK patut lakukan:
โŒ Jangan serahkan kad ATM dan PIN kepada sesiapa.
โŒ Jangan kongsi OTP, TAC, atau kata laluan anda.
โŒ Jangan benarkan akaun bank anda digunakan oleh orang lain, walaupun orang yang dikenali.

๐Ÿ”’ Akaun anda adalah tanggungjawab anda! Jika akaun bank anda digunakan untuk aktiviti jenayah, anda berisiko:
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Ditangkap dan disiasat oleh pihak berkuasa.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Didakwa di mahkamah.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Dijatuhkan hukuman penjara dan dikenakan denda besar.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

๐Ÿ’ก Lindungi akaun bank anda, lindungi masa depan anda:
โœ… Jangan sesekali pinjamkan akaun bank.
โœ… Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
๐Ÿ“ž Hubungi NSRC di 997 untuk mendapatkan bantuan atau membuat laporan.

๐Ÿ‘‰ Jangan jadi mangsa atau alat sindiket penipuan. Akaun anda, tanggungjawab anda!

04/07/2026

๐Ÿ“ต Awas penipuan panggilan!

Jangan panik dan jangan dedahkan maklumat peribadi.

Ikuti langkah yang betul untuk lindungi diri daripada scammer ๐Ÿ”’




Address

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Lebuh Cecil Rae, Sg. Senam
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055452252

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jenayah Komersil Perak - Jsjk Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jenayah Komersil Perak - Jsjk Perak:

Shortcuts

Share