PAS Ipoh Timor

PAS Ipoh Timor Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.. (Ali-Imran: 103)

23/08/2026

๐—ญ๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—บ ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ป

IPOH, 23 Ogos - Inna lillahi wainna ilaihi roji'uun, telah menyahut panggilan Ilahi sahabat kami AJK PAS Cawangan Kg Sri Kinta yang menghembuskan nafas terakhirnya kerana komplikasi jantung di HRBP pada hening awal subuh pagi tadi.

Alhamdulillah, urusan penyempurnaan jenazah Allahyarham hingga pengebumian beliau, berjaya dilaksanakan oleh ahli-ahli Cawangan bersama saudara mara waris Allahyarham bermula pagi hingga selepas Zuhur tadi.

YDP, Ustaz Azmi Murad Yusof, TYDP, Ustaz Ahmad Faisal dan NYDP, Tuan Haji Mazlan Mat Isa turut sama menziarahi mantan AJK Cawangan KSK yang sangat komited ini.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan perjuangan Allahyarham dari dunia hingga akhirat. Amin...







20/08/2026

๐–๐š๐ซ๐ง๐š-๐ฐ๐š๐ซ๐ง๐ข ๐‹๐ข๐ช๐š ๐…๐ข๐ค๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฆ๐š'๐ข๐ž ๐Ÿ๐Ÿ๐Š ๐๐€๐’ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก ๐“๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ

IPOH, 20 Ogos - Alhamdulillah, Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Ipoh Timur dan tuan rumah, PAS Cawangan Taman SPPK telah berjaya menganjurkan Liqa Fikri atau Daurah, Iftar Jama'ie 12K bulanan malam tadi yang dihadiri seramai 35 ahli-ahli PAS Kawasan.

Tadabbur ayat 79-88 Surah Yunus dan Tazkirah bertajuk: Kita dan Palestin, telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda merangkap Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Ipoh Timur, Ustaz Hanafi Roshan.

Manakala Pembentangan bertajuk; Jihad Siyasi & Pilihanraya, telah disampaikan oleh naqib jemputan iaitu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, YB Ustaz Ahmad Fakhruddin Abd Aziz. Pada malam ini telah diadakan Pelancaran Jentera PRU16 N26 Tebing Tinggi yang juga telah disempurnakan oleh YB Ustaz Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.







Fun Run PASTI Ipoh Timur
17/08/2026

Fun Run PASTI Ipoh Timur

FUN RUN PASTI IPOH TIMUR 2026๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธAlhamdulillah, seramai 170 peserta daripada anak-anak PASTI Ipoh Timur telah menyertai ...
17/08/2026

FUN RUN PASTI IPOH TIMUR 2026๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Alhamdulillah, seramai 170 peserta daripada anak-anak PASTI Ipoh Timur telah menyertai Fun Run PASTI Ipoh Timur yang berlangsung semalam, 16 Ogos 2026, di Kampung Pengkalan Pegoh.

Meriah dengan keceriaan, semangat kesukanan dan gelak tawa anak-anak PASTI!

Tahniah dan syabas buat semua peserta! ๐Ÿ‘
Teruskan berlari, teruskan melangkah! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ








08/08/2026

Liqaโ€™ Fikri PAS Pusat

Tajuk : Memperteguh Kepimpinan Ulama, Mendepani Cabaran Bernegara oleh Tuan Guru Haji Abdul

Alhamdulillah PAS Kawasan Ipoh Timur hadir secara Semuka dan online berpusat.

Semoga segala pengisian dan perkongsian dan penjelasan yang dibentangkan oleh tuan guru dapat memberikan kefahaman dalam memahami erti islam perjuangan Islam.

Terus istiqamah, perkukuh saf, teguhkan perjuangan.

Insya-Allah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป







19/07/2026
16/07/2026

๐–๐š๐ซ๐ง๐š-๐ฐ๐š๐ซ๐ง๐ข ๐‹๐ข๐ช๐š ๐…๐ข๐ค๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฆ๐š'๐ข๐ž ๐Ÿ๐Ÿ๐Š ๐๐€๐’ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก ๐“๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ

IPOH, 16 Julai - Alhamdulillah, Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Ipoh Timur dan tuan rumah, PAS Cawangan Kg Sri Kinta telah berjaya menganjurkan Liqa Fikri atau Daurah, Iftar Jama'ie 12K bulanan malam tadi yang dihadiri seramai 40 ahli-ahli PAS Kawasan.

Tadabbur ayat 62-71 Surah At-Tawbah telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Hanafi Roshan. Manakala tazkirah bertajuk; Kesan Tidak Bermesyuarat yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah, YB Ustaz Muhaimin Malek.

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’…๐’–๐’…๐’–๐’Œ๐’Š ๐‘ท๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’Š๐’Œ๐’”๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’„๐’–๐’ƒ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘บ๐‘ท๐‘ด ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐’‚๐’˜๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’‘๐’๐’‰ ๐‘ป๐’Š๐’Ž๐’–๐’“ Saya mengucapkan selamat menduduki Peperiksa...
12/07/2026

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’…๐’–๐’…๐’–๐’Œ๐’Š ๐‘ท๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’Š๐’Œ๐’”๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’„๐’–๐’ƒ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘บ๐‘ท๐‘ด ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐’‚๐’˜๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’‘๐’๐’‰ ๐‘ป๐’Š๐’Ž๐’–๐’“

Saya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM kepada seluruh calon SPM 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, dipermudahkan menjawab setiap soalan, serta diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang peperiksaan. Teruskan berusaha dengan bersungguh-sungguh, iringi setiap ikhtiar dengan doa dan tawakal kepada Allah.

Semoga segala usaha yang dilakukan membuahkan kejayaan yang cemerlang serta menjadi asbab untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Allahu Yusahhil.

Ikhlas daripada,
Ustaz Azmi Murad bin Mohamed Yusof
YDP PAS Kawasan Ipoh Timur
& Seluruh Ahli Jawatankuasa


๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—›๐—œ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—จ ๐——๐—œ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—กPAS Kawasan Ipoh Timur dengan ini menyataka...
10/07/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—›๐—œ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—จ ๐——๐—œ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก

PAS Kawasan Ipoh Timur dengan ini menyatakan teguran dan bantahan keras berhubung penganjuran aktiviti hiburan melampau yang dikesan semakin menular di dalam institusi-institusi pendidikan negara.

Institusi pendidikan sepatutnya menjadi sebuah gedung suci yang bebas daripada sebarang pentas hiburan bebas tanpa batas. Peranan utama sekolah, kolej, dan universiti adalah sebagai tempat untuk menuntut ilmu, membina akhlak peribadi yang mulia, serta melahirkan generasi masa depan yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, dan berintegriti.

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini kita melihat terdapat trend penganjuran konsert-konsert yang hingar-bingar, aktiviti maksiat, serta ajang kelibat dan pertunjukan yang menyimpang daripada nilai ketimuran dan keagamaan. Budaya pesta dan hedonisme seumpama ini, jika dibiarkan berselindung di sebalik nama "aktiviti pelajar", akan membawa pengaruh yang sangat negatif kepada mahasiswa dan pelajar.

Sesungguhnya, hiburan yang melampau bukanlah budaya ilmu yang kita dambakan, sebaliknya ia merupakan jalan yang boleh menuju kepada kerosakan akhlak dan keruntuhan disiplin anak bangsa. Pihak kami menegaskan bahawa hiburan melampau ini hanya akan merosakkan generasi muda, bukannya membina masa depan mereka.

Sehubungan dengan itu, PAS Ipoh Timur mendesak pihak pengurusan institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memandang serius isu ini. Kawalan dan garis panduan yang ketat mestilah dikuatkuasakan serta-merta bagi menyekat program-program hedonisme daripada terus mencemari institusi pendidikan demi memelihara moraliti modal insan negara.

USTAZ AZMI MURAD BIN MOHD YUSOF
YDP PAS KAWASAN IPOH TIMUR
10 JULAI 2026


Address

Lebuh Pengkalan Barat 12
Ipoh
31650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Ipoh Timor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Ipoh Timor:

Shortcuts

Share