04/09/2026
Ameerah Perak pun ada influencer!
Haa..siapa yang belum tahu, 3 orang Muslimat Muda Perak kita baru sahaja bergraduasi dari Akademi Influencer PAS (AIP)! 🎓
Tahniah dan syabas buat Saudari Munirah Norahim, Saudari Aisyah Bahari & Saudari Ain Akmal yang menjadi kebanggaan buat seluruh muslimat muda Perak.
Seramai 13 orang influencer Muslimat dari seluruh negara telah menerima sijil yang disampaikan oleh Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh, diiringi YB Mardhiyyah Johari; Pengarah Akademi Influencer PAS ketika Muktamar DMPM semalam.
Terus melangkah lebih jauh sahabat! 💪✨
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus membawa manfaat kepada agama, jemaah dan masyarakat.