Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Laman Facebook Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

JOM KAYUH, JOM AKTIF! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MADANI FUN RIDE โ€“ HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2026  PERINGKAT NEGERI PERAK ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNak sihat? Nak ak...
04/09/2026

JOM KAYUH, JOM AKTIF! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธ
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MADANI FUN RIDE โ€“ HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Nak sihat? Nak aktif? Nak suasana kayuhan yang happening? ๐Ÿ˜
Inilah masanya untuk anda turun padang dan kayuh bersama-sama!

๐Ÿ“… 10 OKTOBER 2026 (SABTU)
โฐ 7.30 PAGI
๐Ÿ“ Perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh
๐Ÿšด Jarak Kayuhan: 40KM ON ROAD

โœจ Bukan itu sahaja!
Peserta juga berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH dengan hadiah-hadiah menarik! ๐ŸŽ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ’ฅ Tempat adalah TERHAD!
Jangan tunggu sampai saat akhir โ€” daftar sekarang dan lock slot anda!

๐Ÿ“ฒ IMBAS QR CODE PADA POSTER UNTUK MENDAFTAR

โš ๏ธ Tarikh tutup pendaftaran: 20 SEPTEMBER 2026

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Cima Cimut
011-1325 4278

๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ KAYUH BERSAMA, ๐Ÿ’ช KEKAL AKTIF & ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMARAKKAN HARI SUKAN NEGARA 2026!

Jom bawa keluarga, rakan-rakan dan komuniti anda โ€” kita gegarkan Perak dengan kayuhan 40KM! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธ๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ





Hi semua! ๐Ÿ‘‹Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) dan Malaysia Aktif yang akan berlangsung serentak di seluruh negara ...
03/09/2026

Hi semua! ๐Ÿ‘‹

Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) dan Malaysia Aktif yang akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 10 Oktober 2026, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (jbsperak_Official) akan menganjurkan Fun Walk & Fun Run yang pastinya lebih meriah dan penuh dengan aktiviti kesukanan! ๐Ÿ”ฅ

Ayuh! ๐Ÿคฉ Ajak keluarga, sahabat handai dan komuniti anda untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2026 sambil mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. ๐Ÿ’ชโค๏ธ

๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ 7.30 pagi
๐Ÿƒ Malaysia Aktif Fun Run (5KM) | Malaysia Aktif Fun Walk (3KM)

๐Ÿ›๏ธ Perkarangan Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak, Ipoh

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Hari Sukan Negara 2026

Jangan tunggu lagi! Daftar segera sebelum pendaftaran ditutup dan rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan HSN 2026! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ”— Pendaftaran:
โ€œwww.bagievent.comโ€

Jumpa anda di sana! Jom aktif, jom sihat, jom meriahkan HSN 2026! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

MalaysiaMadani

01/09/2026

RANGKUMAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar dan Majlis Belia Negeri Perak telah bergabung di bawah satu kontinjen bagi menyertai perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak. Dengan slogan โ€œMenggerak Beliaโ€ kontinjen JBS telah disertai oleh seramai empat puluh lapan orang peserta diketuai oleh Puan Farahin binti Anuwar@Anwar.

31/08/2026

Rangkuman Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Perak.






KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 202631 Ogos 2026. Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Perak melabuhkan tirainya ...
31/08/2026

KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026

31 Ogos 2026. Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Perak melabuhkan tirainya pada hari ini. Seramai 44 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah berumur 15,16 & 17 tahun telah menyertai kem selama 4 hari 3 malam. Mereka adalah peserta yang terpilih dari kalangan pelajar sekolah dari seluruh negeri Perak yang memohon untuk menyertai kem ini yang diadakan sempena cuti sekolah penggal ini. Kem ini merupakan program yang menekankan pembangunan karektor belia yang menekankan nilai-nilai kepimpinan, jatidiri dan menekankan prinsip kenegaraan agar bersedia menjadi bakal pemimpin yang hebat di masa akan datang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan dalam kumpulan, pembinaan pasukan, kemahiran komunikasi, ikhtihar hidup dan aktiviti kerohanian. Di samping itu juga semua peserta diterapkan dengan didikan disiplin yang tinggi di mana memerlukan peserta menjalankan aktiviti di awal pagi untuk mengikuti solat jemaah, tazkirah subuh serta aktiviti kecergasan di sepanjang kem dijalankan. Rata-rata peserta menyatakan rasa gembira dapat menyertai kem ini dan ibubapa peserta juga memberikan maklumbalas yang sangat positif. Persembahan dikir barat oleh pelajar sekolah SJKC Poay Eng sebagai persembahan selamat datang berjaya memukau tetamu hadirin yang datang. Majlis perasmian program disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Encik Asmori bin Shaa'ari. Turut hadir Puan Siti Hajar bin Sulaiman, Penolong Pengarah Rakan Muda JBS Perak dan Puan Suhaila dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS. Pihak jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Rakan Muda Warisan Minda Taman Chepor Raya, Majlis Perbandaran Taiping, Kor Agama Angkatan Tentera, Kompleks Rakan Muda Larut Matang, SJKC Poay Eng, Pejabat Hutan Daerah, Persatuan Mendaki Negeri Perak, Angkatan Pertahanan Awam Daerah, Kelab Belia Aspirasi Kampung Talang, Orang Perseorangan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

KBSMalaysia
JBSNegara







SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 202631 OGOS 2026- IPOH PERAK: Sambutan Hari Kebangsaan Perin...
31/08/2026

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026

31 OGOS 2026- IPOH PERAK: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak telah disambut dengan meriah di Padang Ipoh Perak.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat bersama lebih 50,000 rakyat ke sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh di sini pada Isnin.
Sebanyak 89 kontinjen perbarisan melibatkan 5,300 peserta termasuk empat pembawa bendera yang terdiri daripada jabatan kerajaan, pasukan beruniform, daerah, institusi pengajian tinggi, sekolah, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun serta sektor swasta.

Pada tahun ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar dan Majlis Belia Negeri Perak telah bergabung di bawah satu kontinjen bagi menyertai perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak. Dengan slogan โ€œMenggerak Beliaโ€ kontinjen JBS telah disertai oleh seramai empat puluh lapan orang peserta diketuai oleh Puan Farahin binti Anuwar@Anwar.





Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari Merdeka bukan sekadar mengingat tarikh bersejarah, tetapi menghidupkan ke...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari Merdeka bukan sekadar mengingat tarikh bersejarah, tetapi menghidupkan kembali semangat perjuangan, perpaduan, dan keazaman membina negara bangsa.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Semoga dengan semangat kemerdekaan ini, kita bersama-sama menjadi warga yang berilmu, berdisiplin, dan berdaya saing, demi Malaysia yang lebih makmur dan disegani.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69

30/08/2026
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT NEGERI PERAK SIDANG II, PENGGAL KE-35 PERKASA SUARA DAN ASPIRASI BELIAI...
30/08/2026

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT NEGERI PERAK SIDANG II, PENGGAL KE-35 PERKASA SUARA DAN ASPIRASI BELIA

IPOH, 27 Ogos 2026 โ€“ Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Perak Sidang II, Penggal Ke-35 bagi sesi 2025โ€“2026 telah berlangsung dengan jayanya di Ipoh, Perak, sebagai platform memperkukuh penglibatan golongan belia dalam menyuarakan pandangan, cadangan serta aspirasi berkaitan pembangunan belia dan negeri.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBSN Perak), Encik Asmori bin Hj. Shaari, serta Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Muhammad Naim Al Amin bin Saharudin, bersama barisan kepimpinan belia dan wakil-wakil belia Negeri Perak.

Persidangan MPBN ini menjadi wadah penting bagi golongan belia untuk mengetengahkan pandangan dan membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembangunan, kebajikan serta masa depan generasi muda. Perbincangan yang dilaksanakan turut memberi ruang kepada wakil belia untuk berkongsi idea dan cadangan secara konstruktif dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan belia di Negeri Perak.

Penganjuran MPBN Peringkat Negeri Perak ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dan JBSN Perak dalam memastikan suara serta pandangan belia sentiasa diberi perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan dasar serta program pembangunan negeri.

Melalui platform ini, golongan belia bukan sahaja berperanan sebagai penerima manfaat, malah turut diberi ruang untuk menjadi rakan strategik kerajaan dalam membentuk masa depan negeri yang lebih progresif, inklusif dan sejahtera.

Diharapkan hasil perbincangan dan pandangan yang dikemukakan dalam persidangan ini dapat menjadi input yang bernilai dalam memperkukuh pembangunan belia serta melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berwawasan dan berintegriti.

*KEJOHANAN KABADDI SEMPENA KARNIVAL MESRA ANAK MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK 2026* ๐Ÿ—“๏ธTarikh : 20  September 2026 (Ahad)โฐMu...
30/08/2026

*KEJOHANAN KABADDI SEMPENA KARNIVAL MESRA ANAK MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK 2026*

๐Ÿ—“๏ธTarikh : 20 September 2026 (Ahad)
โฐMula : 8:30 Pagi
๐ŸŸ๏ธTempat : Padang Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

๐ŸŽ‰Yuran Penyertaan Adalah RM 100.00 Satu Pasukan !! ๐ŸŽ‰
๐Ÿงพ Bayaran Wang Penyertaan hendaklah dibuat kepada Akaun berikut :
Majlis Belia Hindu Negeri Perak ( 80-0502121-0) CIMB ๐Ÿงพ

๐Ÿ“Tarikh Tutup Penyertaan - 16 September 2026๐Ÿ“(TERHAD 12 PASUKAN YANG MEMBUAT BAYARAN PENYERTAAN DAN MELENGKAPKAN BORANG PENYERTAAN TERAWAL SAHAJA )

๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ*HADIAH WANG TUNAI TERKUMPUL KESELURUHAN BERJUMLAH RM1500!!* ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ

SILA TEKAN LINK BERIKUT UNTUK SYARAT PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN ATAU SCAN QR CODE PADA POSTER DI ATAS
*SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN ADA DI DALAM LINK BERIKUT*

Link Pendaftaran:
https://rb.gy/pvvjco

Syarat Penyertaan:
https://rb.gy/6ng1fv

๐Ÿ“ž Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi :
Sdra. A. Kishore Kumar (0165990535) /
Sdra. A. Sastthi Kumar ( 0143087684) ๐Ÿ“ž





Address

Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak, Tingkat 1, Jalan Ghazali Jawi, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055489500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak:

Shortcuts

Share