Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak

Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak, Government Organization, No 29, Jalan Basco Kepayang 1, Sungai Senam, Ipoh.

LPSA Perak ialah badan kawal selia yang diperuntukkan kuasa di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023, untuk mengurus sumber air secara bersepadu melalui mekanisme pelesenan dan penguatkuasaan.

β€œSumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga”

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎSempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang tercinta, marilah kita ber...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang tercinta, marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotik dan menghargai nikmat kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Teruslah melangkah bersama dengan semangat satu hati dan satu jiwa, demi membina sebuah negara yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 ! β€οΈπŸ’™πŸ’›

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas dari
Warga Kerja LPSA Perak.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”



LEMBAGA PENGURUSAN SUMBER AIR PERAK DI PAVILION PERAK MAHA 2026SERDANG, 29 Ogos 2026 – Lembaga Pengurusan Sumber Air Per...
29/08/2026

LEMBAGA PENGURUSAN SUMBER AIR PERAK DI PAVILION PERAK MAHA 2026

SERDANG, 29 Ogos 2026 – Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) julung kali menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 tampil cemerlang pada hari pertama dengan menyajikan pengisian terbaik dan menarik buat pengunjung di Pavilion Negeri Perak.

Penyertaan LPSA Perak dalam MAHA 2026 merupakan salah satu platform strategik bagi memperkenalkan peranan dan fungsi LPSA Perak dalam pengurusan sumber air negeri, khususnya dalam aspek pengawalseliaan, pemeliharaan dan perlindungan sumber air yang menjadi nadi utama sektor pertanian.

Sepanjang pameran berlangsung, pengunjung disajikan dengan model skala Sungai Perak yang mengintepretasikan peranan dan tanggungjawab LPSA Perak dalam memastikan sumber air negeri diurus secara mampan dan bertanggungjawab.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi reruai LPSA Perak di Pavilion Negeri Perak, MAHA 2026 bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026 bagi mendapatkan maklumat serta mengenali dengan lebih dekat mengenai LPSA Perak.

Moh kome, ramai-ramai singgah ke Pavillion Perak!

β€œSumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga”


Salam Maulidur Rasul 1448H.Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan mem...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan diterjemahkan melalui amalan yang baik, sifat kasih sayang, amanah dan sikap saling menghormati.

πŸŒ™ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H


13/08/2026

πŸ“’ NOTIS PENUTUPAN KAUNTER LPSA PERAK

Dimaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) akan ditutup buat sementara waktu pada 13 Ogos 2026(Khamis), bermula jam 2.00 petang bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf dan pendawaian elektrik di pejabat LPSA Perak.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian

SESI LIBAT URUS ENAKMEN SUMBER AIR PERAK 2023 MENGENAI PENGISYTIHARAN KAWASAN PERLINDUNGAN BERSAMA JABATAN PERHUTANAN NE...
13/08/2026

SESI LIBAT URUS ENAKMEN SUMBER AIR PERAK 2023 MENGENAI PENGISYTIHARAN KAWASAN PERLINDUNGAN BERSAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

IPOH, 13 Ogos 2026 – Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perak bertempat di Bilik Gerakan, semalam.

Fokus utama sesi libat urus ini adalah bagi membincangkan peranan dan tanggungjawab agensi, pandangan serta cadangan daripada pihak berkepentingan bagi memperkukuh pelaksanaan Pengisytiharan Kawasan Perlindungan Sumber Air selaras dengan Seksyen 36(1), Enakmen Sumber Air Perak 2023 [Enakmen 18].

Pendekatan kolaboratif LPSA Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak ini adalah penting bagi memastikan agenda pengurusan dan perlindungan sumber air Negeri Perak dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan.

LPSA Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas kerjasama erat serta komitmen yang diberikan.

"Sumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga"


SESI TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) KAJIAN INVENTORI SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI PERAK (DAERAH KINTA)IPOH, 4 Ogos 2026 –...
04/08/2026

SESI TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) KAJIAN INVENTORI SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI PERAK (DAERAH KINTA)

IPOH, 4 Ogos 2026 – Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) telah mengadakan Sesi Technical Working Group (TWG) Kajian Inventori Sumber Air Alternatif Negeri Perak (Daerah Kinta) yang melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi Teknikal, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak perunding bagi membincangkan potensi pembangunan sumber air alternatif di Daerah Kinta.

Sesi ini menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan, ulasan teknikal dan perkongsian data daripada semua pihak berkepentingan dalam usaha mengenal pasti serta menilai potensi sumber air alternatif seperti bekas lombong, tasik, kolam takungan, air bawah tanah dan sumber-sumber lain yang berpotensi menyokong keselamatan sumber dan bekalan air Negeri Perak.

Melalui pendekatan kolaboratif ini, LPSA Perak berhasrat untuk menghasilkan inventori sumber air alternatif yang komprehensif sebagai rujukan strategik dalam perancangan pembangunan dan pengurusan sumber air secara bersepadu bagi menghadapi cabaran peningkatan permintaan air dan perubahan iklim pada masa hadapan.

LPSA Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jabatan, agensi dan rakan strategik yang telah memberikan komitmen serta pandangan yang bernas sepanjang sesi Technical Working Group ini.

Kerjasama erat di antara semua pihak merupakan kunci utama dalam memastikan pengurusan sumber air Negeri Perak terus mampan dan berdaya tahan serta mampu memenuhi keperluan generasi kini serta akan datang.

β€œSumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga”


π—ͺ𝗔π—ͺ𝗔𝗑𝗖𝗔π—₯𝗔 π—˜π—žπ—¦π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—œπ—™ π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—” π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—¦π—¨π— π—•π—˜π—₯ π—”π—œπ—₯ π—£π—˜π—₯π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—₯π—”π——π—œπ—’ π—£π—˜π—₯π—”π—ž 𝗙𝗠IPOH, 30 Julai 2026 – Lembaga Pengurusan S...
30/07/2026

π—ͺ𝗔π—ͺ𝗔𝗑𝗖𝗔π—₯𝗔 π—˜π—žπ—¦π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—œπ—™ π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—” π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—¦π—¨π— π—•π—˜π—₯ π—”π—œπ—₯ π—£π—˜π—₯π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—₯π—”π——π—œπ—’ π—£π—˜π—₯π—”π—ž 𝗙𝗠

IPOH, 30 Julai 2026 – Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) hari ini tampil menerusi Wawancara Eksklusif bersama Radio Perak FM bagi membincangkan topik β€œSumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga: Kenali Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak.”

Wawancara yang berlangsung di Radio Perak FM itu menampilkan Pengarah LPSA Perak, YBrs. Puan Siti Azura binti Haji Juki, selaku tetamu jemputan memberikan penerangan berkaitan penubuhan, peranan dan fungsi LPSA Perak dalam mengawal selia sumber air negeri Perak.

Ketibaan LPSA Perak disambut mesra oleh YBrs. Encik Karim bin Sadiran, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperluas penyampaian maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sumber air secara bersepadu.

Wawancara ini menjadi medium LPSA Perak dalam memperkenalkan peranan dan fungsi agensi dalam mengurus sumber air secara bersepadu kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi β€œSumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga.”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak atas kesudian dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan wawancara tersebut yang dilihat menjadi wadah kepada LPSA Perak untuk menyampaikan maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan sumber air negeri.


[HEBAHAN]πŸ“’πŸ“’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 πŠπ„π‘π‰π€π˜π€ πƒπˆ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π”πŒππ„π‘ π€πˆπ‘ ππ„π‘π€πŠ Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) memp...
30/07/2026

[HEBAHAN]

πŸ“’πŸ“’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 πŠπ„π‘π‰π€π˜π€ πƒπˆ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π”πŒππ„π‘ π€πˆπ‘ ππ„π‘π€πŠ

Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

⏩️ 𝐏𝐞𝐧𝐨π₯𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 π”π§ππšπ§π -π”π§ππšπ§π  π†π«πžπ 𝐋5 (𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐀)

Cara Memohon :

πŸ“ŒPemohon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan melalui pautan https://eperjawatan.poweritx.my/

πŸ“ŒSebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Sumber Manusia, LPSA Perak di talian +6011-6337 9707 atau melalui e-mel [email protected]

Tarikh tutup permohonan adalah
πŸπŸ‘ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ”, π‰π€πŒ 𝟏𝟏.πŸ“πŸ— πŒπ€π‹π€πŒ



πŸ“’ PEMAKLUMAN LOKASI PENGOPERASIAN BAHARU DAN PENUTUPAN KAUNTER LPSA PERAK DI BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUANDimaklumkan bah...
30/07/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN LOKASI PENGOPERASIAN BAHARU DAN PENUTUPAN KAUNTER LPSA PERAK DI BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN

Dimaklumkan bahawa Kaunter Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) di Bangunan Perak Darul Ridzuan akan ditutup pada 31 Julai 2026 (Jumaat) berikutan perpindahan ke lokasi pengoperasian baharu.

πŸ“ Lokasi Pengoperasian Baharu:

Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak)
No. 29, Jalan Basco Kepayang 1,
Basco Avenue @ Kepayang,
31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

πŸ—“οΈ Tarikh mula beroperasi: 3 Ogos 2026 (Isnin)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi
Unit Komunikasi Korporat, LPSA Perak di talian +6011-6337 9707.


π—ͺ𝗔π—ͺ𝗔𝗑𝗖𝗔π—₯𝗔 π—˜π—žπ—¦π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—œπ—™ π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—” π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—¦π—¨π— π—•π—˜π—₯ π—”π—œπ—₯ π—£π—˜π—₯π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—₯π—”π——π—œπ—’ π—£π—˜π—₯π—”π—ž 𝗙𝗠Apakah peranan LPSA Perak dalam memastikan...
29/07/2026

π—ͺ𝗔π—ͺ𝗔𝗑𝗖𝗔π—₯𝗔 π—˜π—žπ—¦π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—œπ—™ π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—” π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—¦π—¨π— π—•π—˜π—₯ π—”π—œπ—₯ π—£π—˜π—₯π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—₯π—”π——π—œπ—’ π—£π—˜π—₯π—”π—ž 𝗙𝗠

Apakah peranan LPSA Perak dalam memastikan sumber air negeri terus terpelihara? Apakah usaha yang sedang dilaksanakan bagi menjamin kelestarian sumber air untuk generasi akan datang?

Jom dengarkan di Radio Perak FM
Wawancara Eksklusif bersama YBrs. Puan Siti Azura binti Haji Juki, Pengarah Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak menerusi topik

β€œπ’π”πŒππ„π‘ π€πˆπ‘ π“π„π‘ππ„π‹πˆπ‡π€π‘π€, πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐉𝐀𝐆𝐀 : πŠπ„ππ€π‹πˆ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π”πŒππ„π‘ π€πˆπ‘ ππ„π‘π€πŠβ€

πŸ—“οΈ 30 Julai 2026 (Khamis)
⏰ 10.10 Pagi
πŸ“» Radio Perak FM

Tonton secara LIVE menerusi platform rasmi Facebook dan TikTok Perak FM.

Facebook Perak FM
https://www.facebook.com/RadioMalaysiaPERAKfm

Tiktok Perak FM
https://www.tiktok.com/


Address

No 29, Jalan Basco Kepayang 1, Sungai Senam
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share