RELA Negeri Perak - Laman Rasmi

RELA Negeri Perak - Laman Rasmi Laman Rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak dikendalikan oleh Unit Media RELA Negeri Perak

02/09/2026

๐ŸŽ‚ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ŸŽ‰

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Datuk KPjR Rosli Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 2 September 2026.

Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki, sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan perlindungan Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan menerajui RELA dengan penuh amanah, dedikasi serta berintegriti demi memperkukuh peranan RELA sebagai pasukan sukarelawan yang sentiasa setia berbakti kepada masyarakat dan negara. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)







02/09/2026
๐…๐Ž๐“๐Ž ๐๐„๐๐”๐†๐€๐’๐€๐ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐ŠSambutan Hari Kebangsaan Pering...
31/08/2026

๐…๐Ž๐“๐Ž ๐๐„๐๐”๐†๐€๐’๐€๐ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang. Acara bersejarah ini turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Di sebalik kelancaran acara kemuncak ini, barisan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), khususnya dari Daerah Kinta Utara, telah berdiri teguh di barisan hadapan demi memastikan keselamatan awam dan kelancaran program.

Sepanjang bertugas, anggota RELA telah diatur gerak dengan penuh strategik bersama pihak PDRM dan agensi lain untuk mengawal pergerakan ribuan pengunjung, menjaga sempadan garisan keselamatan, dan menguruskan lalu lintas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada semua petugas RELA atas pengorbanan masa dan tenaga anda. Jadikan kejayaan ini sebagai penanda aras untuk penugasan kita pada masa akan datang.

Jurufoto: KUMR Perak





๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„ - ๐Ÿ”๐Ÿ—Sejajar dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", marilah kita b...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„ - ๐Ÿ”๐Ÿ—

Sejajar dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", marilah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab mempertahankan keharmonian ini.

Terus semarakkan rasa cinta pada ibu pertiwi dan jadikan perpaduan sebagai benteng pertahanan utama negara kita. Sedia berbakti, walau di mana jua berada!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 69 buat seluruh rakyat Malaysia!

๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚:
Warga Kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak Darul Ridzuan







๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† ๐๐€๐Š ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐† ๐‘๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€? ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐๐” ๐ƒ๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‡๐”๐‰๐”๐๐† ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐ˆ๐๐ˆ!Sempena Program MADANI Kita, Jabata...
28/08/2026

๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† ๐๐€๐Š ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐† ๐‘๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€? ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐๐” ๐ƒ๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‡๐”๐‰๐”๐๐† ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐ˆ๐๐ˆ!

Sempena Program MADANI Kita, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Larut Matang berbesar hati membawakan Perkhidmatan Gunting Rambut PERCUMA khas untuk komuniti setempat. Nak tampil kemas dan kacak tanpa keluar modal? Ini peluang anda!

๐‚๐š๐ญ๐š๐ญ ๐›๐ฎ๐ญ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ :
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 30 Ogos 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Dataran Warisan Taiping

โš ๏ธ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐“๐ˆ๐€๐:
Tawaran ini terhad kepada 50 orang terawal sahaja! Pastikan anda datang awal dan tebus KUPON di Kaunter Pendaftaran RELA.

Tunggu apa lagi? Moh la kita beramai-ramai memeriahkan Program MADANI Kita dan nikmati pelbagai perkhidmatan kerajaan yang disediakan secara terus untuk rakyat.

Jumpa di sana!

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
RELA Malaysia
Rela Daerah Larut Matang





๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ & ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐†27 Ogos 2026 โ€“...
27/08/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ & ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐†

27 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan serta Sesi Lawatan Tapak bagi merangka persiapan Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Tahun 2026.

Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RELA, TKPjR Mahater bin Smoh, ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Makmal Komputer, SK Sungai Tiram. Fokus utama mesyuarat adalah bagi menyelaras gerak kerja, keperluan logistik dan perancangan teliti pelaksanaan program.

Turut hadir sama menjayakan sesi mesyuarat dan tinjauan ini adalah Barisan Pengarah Bahagian dan Ketua Unit dari Ibu Pejabat RELA Malaysia serta Timbalan Pengarah RELA Negeri Perak dan Pegawai-pegawai RELA Daerah Manjung dan Mualim.

Sejurus selepas mesyuarat selesai, beliau bersama para delegasi dan wakil agensi yang terlibat telah turun padang mengadakan sesi lawatan tapak di Kampung Sungai Tiram, Manjung sekitar jam 2.30 petang. Tinjauan di lokasi ini amat penting bagi meneliti keadaan sebenar tapak, kesesuaian fasiliti serta memastikan perancangan dapat direalisasikan dengan teratur sebelum hari kejadian.

Untuk makluman, Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani ini dijadualkan akan berlangsung secara rasmi pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Kampung Sungai Tiram, Manjung.

Semoga segala perancangan dan persediaan yang diatur berjalan dengan lancar demi manfaat dan kesejahteraan penduduk setempat.





๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š! Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ...
27/08/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š!

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan rasa bangga kepada Wakil Barisan Pegawai dan Anggota RELA Negeri Perak yang telah terpilih menyertai Kontinjen Perbarisan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertempat di Dataran Putrajaya.

Komitmen, disiplin yang tinggi, dan dedikasi yang ditunjukkan oleh anda semua amatlah dipuji. Anda bukan sahaja mewakili kontinjen, malah membawa nama baik dan semangat juang warga RELA Negeri Perak di peringkat kebangsaan.

Teruskan kecemerlangan dan berikan persembahan yang terbaik!

"๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ค๐ญ๐ข"






๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐Š๐€๐Œ) & ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐€๐Œ) ๐‘๐„๐‹๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘26 Ogos 202...
27/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐Š๐€๐Œ) & ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐€๐Œ) ๐‘๐„๐‹๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘

26 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) RELA bagi tahun 2026 di sekitar Kampung Sungai Tiram, Manjung, Perak.

Program lawatan turun padang ini telah diketuai dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah RELA Malaysia, YBhg. Datuk KPjR Rosli bin Yaakub.

Lawatan pemantauan tersebut dimulakan dengan Masjid Ismailiah, Kg. Sungai Tiram sebagai lokasi pertemuan dan titik mula.

Delegasi kemudiannya meneruskan tinjauan ke beberapa lokasi projek lain yang merangkumi Surau Haji Lot, Surau Parit Haji Dollah, Sekolah Agama Rakyat Kg. Sungai Tiram dan Sekolah Kebangsaan Kg. Sungai Tiram.

Lebih bermakna, sesi lawatan ini turut turun padang bersama barisan pengurusan tertinggi dan teknikal dari Ibu Pejabat RELA Malaysia dan RELA Negeri Perak.

Sesi lawatan ini turut disertai oleh wakil-wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung, Penghulu Mukim Lekir, Pengerusi JPKK Kampung Sungai Tiram, serta pihak pengurusan masjid, surau, dan guru besar sekolah-sekolah yang terlibat.

Kehadiran pelbagai pihak ini adalah bagi membolehkan maklumat berkaitan perkembangan dan status terkini projek dibentangkan secara langsung kepada pihak pengurusan tertinggi RELA. Pemantauan ini dijangka akan memastikan projek KAM dan SAM ini berjalan lancar mengikut jadual demi kesejahteraan komuniti setempat.




๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡  Bersempena dengan hari yang penuh barakah ini, kami di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) N...
24/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Bersempena dengan hari yang penuh barakah ini, kami di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Semoga sambutan pada tahun ini menyuntik inspirasi untuk kita terus mencontohi akhlak, kepimpinan, dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian, selari dengan tema:
"๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ฒ๐š๐ญ๐ข, ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐ข"

Semoga kita semua terus bersatu padu, mengukuhkan keharmonian, dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.

๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚:
Seluruh Warga Kerja,
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perak





Address

Peiabat Rela Negeri Perak, Aras 2, Kompleks KDN, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Jalan Jelapang
Ipoh
30020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Negeri Perak - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share