Yayasan Perak - Rasmi

Call Directions Website

Yayasan Perak - Rasmi Yayasan Perak merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri Perak yang telah ditubuhkan pada 12 Julai 1979. Iltizam Pendidikan, Transformasi Insan Terima Kasih.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 05-255 2929 atau layari laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

YP Eye Sinar: Lihat Lebih Jelas, pembelajaran Lebih BermaknaSetiap anak berhak menikmati peluang pendidikan yang sama ra...
07/10/2026

YP Eye Sinar: Lihat Lebih Jelas, pembelajaran Lebih Bermakna

Setiap anak berhak menikmati peluang pendidikan yang sama rata. Dengan penglihatan yang jelas, mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik tanpa rasa tercicir. Setiap perkataan dan nota yang tertera di papan putih bukan sekadar bahan pembelajaran, malah menjadi jendela ilmu yang membuka ruang untuk mereka memahami, meneroka dan menimba pengetahuan dengan lebih yakin.

Dalam usaha memastikan tiada anak-anak Perak yang tercicir. Yayasan Perak terus komited melaksanakan Program Bantuan Cermin Mata YP Eye Sinar. Inisiatif ini merupakan satu langkah bermakna dalam membantu murid yang memerlukan, sekali gus membuka peluang untuk belajar dengan lebih yakin, fokus dan selesa.

Menerusi Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata YP Eye Sinar 2026 Daerah Manjung yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, seramai 10 orang murid telah menerima manfaat disampaikan oleh Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak.

Yayasan Perak berharap inisiatif ini dapat membantu anak-anak untuk melangkah lebih yakin dalam menyokong mereka membina masa depan yang lebih cerah.




MAKLUMAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (TASPEN) 2026Terima kasih atas sambutan dan kepercayaan yang menggalakkan...
06/10/2026

MAKLUMAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (TASPEN) 2026

Terima kasih atas sambutan dan kepercayaan yang menggalakkan terhadap Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) 2026.

Peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2026 telah dimanfaatkan sepenuhnya, melibatkan 5,000 penerima sebagai langkah awal untuk membantu membina simpanan pendidikan masa depan anak-anak Perak.

Sehubungan itu, permohonan TASPEN 2026 ditutup buat masa ini. Semua permohonan yang telah diterima kini dalam proses semakan bagi agihan peruntukan tahun 2027.

Sekian, terima kasih.



Bengkel Seni Khat Kaligrafi Islam: siri ke 7 berbaki tiga sesi Bengkel Seni Khat dan Kaligrafi Islam terus membawa para ...
06/10/2026

Bengkel Seni Khat Kaligrafi Islam: siri ke 7 berbaki tiga sesi

Bengkel Seni Khat dan Kaligrafi Islam terus membawa para peserta mendalami keindahan Seni Khat Thuluth, khazanah seni Islam yang terkenal dengan kehalusan bentuk, keseimbangan komposisi dan ketelitian setiap goresan.

Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, peserta bukan sekadar mempelajari teknik menghasilkan seni khat, malah mengajar erti kesabaran, ketelitian dan ketekunan dalam menghasilkan sesuatu yang indah.

Semoga usaha ini terus menyemai kecintaan terhadap seni khat agar kekal hidup, berkembang dan dihargai oleh generasi akan datang.

Kerana setiap goresan bukan sekadar membentuk huruf, tetapi turut membawa nilai dan cerita sebuah warisan.



Yayasan Perak mengalu-alukan kehadiran dua warga baharu yang akan bersama-sama menyumbang kepakaran dan komitmen dalam m...
05/10/2026

Yayasan Perak mengalu-alukan kehadiran dua warga baharu yang akan bersama-sama menyumbang kepakaran dan komitmen dalam menjayakan agenda pembangunan pendidikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

Tahniah dan selamat datang kepada Encik Zulfadhli bin Mohd Yusof, Eksekutif Hartanah dan Puan Rasyidah binti Miswan, Eksekutif Projek dan Pelaburan atas pelantikan serta amanah baharu yang digalas.

Semoga pengalaman dan kepakaran yang dibawa dapat mencetuskan idea serta perspektif baharu, memperkukuh gerak kerja organisasi dan memacu kecemerlangan Yayasan Perak.

Dengan matlamat yang sama, kita bersama-sama memastikan setiap amanah dilaksanakan sebaiknya dan setiap usaha memberi nilai serta manfaat kepada rakyat Negeri Perak.

Selamat menjalankan tugas. Semoga terus cemerlang dan memberikan sumbangan bermakna bersama Yayasan Perak.

11 BAYI TERIMA MANFAAT TABUNG PENDIDIKANKecil pada hari ini, besar impiannya suatu hari nanti. Sempena Hari Pendaftaran ...
02/10/2026

11 BAYI TERIMA MANFAAT TABUNG PENDIDIKAN

Kecil pada hari ini, besar impiannya suatu hari nanti. Sempena Hari Pendaftaran Negara 2026, seramai 11 bayi yang diraikan menerusi Program Dakapan Kasih di Hospital Teluk Intan menerima manfaat Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) daripada Yayasan Perak.

Setiap bayi menerima simpanan pendidikan awal RM200 melalui akaun SSPN Prime, sebagai langkah pertama menyediakan asas untuk perjalanan pendidikan mereka pada masa hadapan.

Bagi Yayasan Perak, keprihatinan terhadap Anak Perak bukan hanya bermula apabila mereka melangkah ke sekolah atau universiti. Ia bermula sejak awal kehidupan, kerana setiap anak yang lahir membawa harapan dan berhak diberikan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.

Penyampaian disempurnakan oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, YBrs. Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, bersama Pengarah JPN Negeri Perak, YBrs. Puan Robatuladaiyah binti Mohd Isa dan Pengarah Hospital Teluk Intan, YBrs. Dr. Nordin bin Nasir.

Hari ini kita mulakan simpanan. Esok, mereka mulakan perjalanan.





TRAINER & COACH, KAMI NAK DENGAR IDEA ANDA!Ada kepakaran, pengalaman atau idea latihan yang anda rasa boleh memberi impa...
02/10/2026

TRAINER & COACH, KAMI NAK DENGAR IDEA ANDA!

Ada kepakaran, pengalaman atau idea latihan yang anda rasa boleh memberi impak kepada peserta?

YP Training Academy membuka peluang kepada trainer dan coach untuk tampil dengan idea latihan yang segar, relevan dan menjawab keperluan semasa.

Hantarkan profil dan cadangan latihan anda kepada kami. Calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk membentangkan idea masing-masing dalam sesi khas bersama YP Training Academy.

Mungkin idea anda adalah program yang kami cari.

Hantar profil dan proposal anda ke;
πŸ“© [email protected]
πŸ“ž 05-246 0998

Bawa idea. Cipta impak.




NOTIS MAKLUMANGANGGUAN TALIAN TELEFON DAN INTERNETDimaklumkan bahawa Yayasan Perak sedang mengalami gangguan talian tele...
02/10/2026

NOTIS MAKLUMAN
GANGGUAN TALIAN TELEFON DAN INTERNET

Dimaklumkan bahawa Yayasan Perak sedang mengalami gangguan talian telefon dan internet buat sementara waktu.

Sehubungan itu, bagi sebarang pertanyaan atau urusan, orang ramai boleh menghubungi kami melalui:

πŸ“§ E-mel: [email protected]
πŸ“± WhatsApp: 013-494 5300

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda.

Terima kasih.
YAYASAN PERAK

01/10/2026

RANGKUMAN VIDEO JNBA 3.0 - DAERAH MANJUNG

23-24 September 2026, Dewan SMK Ahmad Boestamam.

Langkah kecil hari ini adalah permulaan kepada kejayaan besar yang menanti di hadapan. Terus melangkah, terus berusaha, kerana kejayaan sentiasa berpihak kepada mereka yang tidak mudah berputus asa.

.0

IKLAN LED MURAH UNTUK ORANG PERAK!Untuk kome yang nak promosikan produk/servis/program, moh iklankan kat sini.Lokasi sib...
01/10/2026

IKLAN LED MURAH UNTUK ORANG PERAK!

Untuk kome yang nak promosikan produk/servis/program, moh iklankan kat sini.
Lokasi sibuk. Dekat dengan lampu isyarat. Paparan jelas. Perhatian lebih lama.
Tapi kome tak perlukan modal yang besar pun!

πŸ”₯ SATU SLOT β€’ SATU BULAN β€’ RM300 SAHAJA
πŸ’° Kira-kira RM10 sehari!

Guna ruang ini untuk:
βœ… Promosi produk atau perkhidmatan
βœ… Hebahan program dan acara
βœ… Lancarkan kempen atau pengumuman
βœ… Perkenalkan jenama kepada lebih ramai orang

πŸ“² TEMPAH SLOT IKLAN ANDA SEKARANG
Cara tempah ada di ruang komen.

⚠️ Slot promosi adalah terhad. Tempah sebelum penuh!





πŸ“’ MAKLUMAN TERKINI🏑 Permohonan Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) & Sayangi Rumahku Yayasan Perak (Bin...
01/10/2026

πŸ“’ MAKLUMAN TERKINI

🏑 Permohonan Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) & Sayangi Rumahku Yayasan Perak (Bina Baharu dan Baik Pulih) telah ditutup pada 30 september 2026.

πŸ“ Hanya permohonan yang diterima sehingga tarikh tersebut akan diproses untuk semakan dan pertimbangan.

☎️ Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Perumahan di talian 05-246 0998 / 0227



Address

Wisma Yayasan Perak, No 111, Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6052531701

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Perak - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share