01/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐@๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Iskandar Puteri | 1 Julai 2026
Yang Berhormat Datoโ Haji Ismail Bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kiosk Sentuhan Madani@Johor di Angsana Johor Bahru Mall yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Datoโ Jaafar Muhammad.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pelaksanaan Kiosk Sentuhan Madani@Johor, merangkumi aspek pemantauan, peranan serta tanggungjawab setiap agensi yang terlibat, di samping meneliti cadangan penambahbaikan bagi memastikan pengoperasian kiosk dapat dilaksanakan secara lebih cekap, teratur dan berkesan demi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Mesyuarat turut melibatkan penyertaan wakil daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Kementerian Kewangan Malaysia (M*F), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pos Malaysia, MyDigital ID, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Angsana Johor Bahru Mall, Perbendaharaan Negeri Johor, Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, ICT@Johor serta Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Kerjasama strategik antara semua agensi yang terlibat diharapkan dapat memperkukuh pelaksanaan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani@Johor sebagai platform penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih mudah diakses, efisien dan berorientasikan rakyat.