Wak Lempeng

Wak Lempeng Warung Lempeng Hujung Minggu. Ada Nasi Ambeng juga. Selain Kopi 434 dan Lontong Darat.

Ini antara apa yang Wak doakan buat semua pelanggan dan tamu kami setiap pagi :1. Ya Allah, moga setiap pergerakkan angg...
15/06/2026

Ini antara apa yang Wak doakan buat semua pelanggan dan tamu kami setiap pagi :
1. Ya Allah, moga setiap pergerakkan anggota dan golekkan tayar kenderaan mereka yang menjadi tamu kami dikira sebagai pahala kerana mencari yang halal dan menguatkan ukhwah sesama mereka.
2. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami selamat sampai ke lokasi kami dengan gembira.
3. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami datang bersama sama mereka ada Rahmat dan RahimMu sebanyak banyaknya. Dapatlah kami menumpang tempias.
4. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi, kami santuni dengan sebaiknya.
5. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi kami masakkan dan hidangkan makanan penuh ikhlas dan ehsan, moga kelak apa yang kami hidangkan itu menjadi syifa dan menjadi tenaga yang Kau izinkan mereka untuk beramal soleh kepadaMu.
6. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi sepanjang mereka berada di lokasi kami, mereka menyebut nyebut kebesaran Mu bukan membesar besarkan manusia dan makhluk.
7. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi mereka makan dengan gembira dan mereka bayar makanan dari rezekiMu dengan gembira dan kami mendapat rezeki penuh halal dari khazanahMu yang tak pernah susut.
8. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi sepanjang berada di lokasi kami apa jua perbuatan dikira sebagai amal soleh kepadaMu.
9. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi, bukan sekadar hubungan penjual dan pembeli, tapi Kau campakkan hati hati kami untuk berukhwah keranaMu.
10. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi, Kau gantikanlah rezeki yang mereka belanjakan di lokasi kami dengan limpahan barokah dan berlipat lagi rezeki dari khazanahMu .
11. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi, sebaik sahaja meninggalkan lokasi kami, tambahilah rezeki mereka, barokahilah masa, kesihatan, keluarga mereka dengan Rahmat dan RahimMu.
12. Ya Allah, moga pelanggan dan tamu kami tadi selamat sampai ke lokasi awal mereka dan ganjari lah setiap golekkan tayar kenderaan mereka dengan pahalaMu agar mereka gembira di akhirat kelak.
Aamiin.
Wak,
Lembah antara 2 Gunung.

Sabtu 9 Mei 2026 : Wak Lempeng CUTI.Beberapa tempat di kawasan Mukim Pantai dinaiki air semalam selepas hujan lebat berp...
09/05/2026

Sabtu 9 Mei 2026 : Wak Lempeng CUTI.
Beberapa tempat di kawasan Mukim Pantai dinaiki air semalam selepas hujan lebat berpanjangan.
Beberapa rakan niaga turut juga terjejas kerana kawasan premis mereka juga dinaiki air.
Sekian memaklumkan.
Wak.

22/03/2026

Selamat Hari Raya pada semua pelanggan Wak Lempeng. Terima kasih banyak atas sokongan selama ini. Kami akan mula beroperasi semula esok Isnin ( 23 Mac 2026 ).

Address

Batu 8 1/2 Jalan Pantai
Jalan Pantai

Opening Hours

Monday 08:05 - 11:00
Tuesday 08:05 - 11:00
Wednesday 08:05 - 11:00
Thursday 08:06 - 11:00
Saturday 08:05 - 11:00
Sunday 08:05 - 11:00

Telephone

+60182888396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wak Lempeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share