SK Chinchin

SK Chinchin SK Chinchin mula ditubuhkan pada 1926.

Alhamdulillah…. Terima kasih kepada Pihak Agrobank dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.Majlis telah disem...
24/05/2026

Alhamdulillah…. Terima kasih kepada Pihak Agrobank dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yuhaizad Abdullah, Setiausaha Politik kepada Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan disaksikan oleh Datuk Ashraf Mukhlis Minghat, Pengerusi FAMA Corp Sdn. Bhd, Encik Ridzuan Shamsudin, Pengarah Wilayah Agrobank Melaka Johor, Dr. Hj. Mohd Alfouzii Nasir, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daarah Jasin serta Encik Yusmizan Yusoff, Guru Besar SK Chin Chin.

Sumbangan ini merupakan simbol sokongan, harapan dan komitmen Agrobank dalam memperkasa pendidikan lestari berkaitan pertanian moden kepada generasi muda seawal peringkat sekolah rendah, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keterjaminan makanan negara.

22/05/2026
MAJLIS PENYERAHAN SET TEKNOLOGI BIOFLOK Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Penyerahan Set ...
22/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN SET TEKNOLOGI BIOFLOK

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Penyerahan Set Teknologi Bioflok yang telah berlangsung dengan jayanya hasil sumbangan dan sokongan daripada Agrobank.

📅 Tarikh: 22 Mei 2026
📍 Hari: Jumaat
👤 Perasmi: YBrs Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah

Majlis ini menjadi satu detik bermakna buat warga sekolah kerana penyerahan set teknologi bioflok ini bukan sekadar satu penambahan fasiliti, malah merupakan langkah besar ke arah memperkasa pendidikan berasaskan amali, inovasi dan kelestarian alam sekitar.

Projek ternakan ikan menggunakan teknologi bioflok ini diharapkan dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar secara lebih praktikal, memahami ilmu sains dan teknologi dengan lebih dekat, serta memupuk nilai tanggungjawab, kerjasama dan disiplin dalam kalangan mereka. Ia juga selaras dengan usaha membina sahsiah murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Agrobank atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, khususnya dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan cintakan kelestarian alam.


21/05/2026

Selamat Hari Lahir buat Cikgu Farhan 🌷

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa diberi kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap urusan.

Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan. Semoga terus menjadi pendidik yang cemerlang dan insan yang sentiasa memberi inspirasi kepada orang sekeliling.

Selamat menyambut hari istimewa, semoga hari-hari mendatang lebih bermakna dan diberkati 🎂✨

21/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN | 18 MEI 2026.MAJLIS DIMULAKAN DGN BACAAN YASIN & DOA YG DIPIMP...
19/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN | 18 MEI 2026.

MAJLIS DIMULAKAN DGN BACAAN YASIN & DOA YG DIPIMPIN OLEH USTAZ MOHAMAD ZAINUDDIN BIN MOHAMED, KEMUDIAN DIIKUTI DGN UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID, NUR SYAFIYAH AIN BT JAAFAR, SETERUSNYA PERUTUSAN YG DISAMPAIKAN OLEH GURU BESAR, CIKGU YUSMIZAN BIN YUSOF. MAJLIS DITERUSKAN LAGI DGN IKRAR GURU YG DIKETUAI OLEH CIKGU AZMIL AMRI BIN AHMAD, KEMUDIAN DIIKUTI DGN NYANYIAN LAGU KERAMAT "KAMI GURU MALAYSIA", SETERUSNYA GIMIK PELANCARAN DAN DIAKHIRI DGN ACARA POTONG KEK.
MURID DIPERKENALKAN DGN PERMAINAN TRADISIONAL ZAMAN SEBELUM WUJUDNYA INTERNET & GAJET. PERMAINAN TRADISIONAL INI TELAH MENGIMBAUKAN KEMBALI ZAMAN KEGEMILANGAN GEN X, Y & MUNGKIN SEGELINTIR DARI GEN Z..
PIHAK SEKOLAH JUGA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KPD PIHAK PIBG YG TELAH MEMAINKAN PERANAN UTAMA DLM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

SELAMAT HARI GURU DARI KAMI WARGA SKCC.
"GURU BITARA, NADI NEGARA".





Selamat Hari Guru…. Semua Pendidik Seluruh Malaysia
17/05/2026

Selamat Hari Guru…. Semua Pendidik Seluruh Malaysia

15/05/2026

Terima Kasih Cikgu

15/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua rakan guru yang sentiasa kuat, sabar dan ikhlas mendidik.

Terima kasih kerana menjadi cahaya buat anak-anak bangsa walau penat sering disembunyikan di sebalik senyuman.

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi pahala berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberi kesihatan serta kebahagiaan.

“Guru Bitara, Nadi Negara.” 💐

15/05/2026

Selamat Hari Guru

Address

Kg Chinchin
Jasin
77000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Chinchin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Chinchin:

Share

Category