SWCorp Jasin

SWCorp Jasin Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Cawangan Jasin

24/07/2026

TEMPOH SINGKAT, IMPAK RATUSAN TAHUN

Beg plastik sekali guna kebiasaannya hanya digunakan dalam tempoh kurang daripada 30 minit, namun proses pelupusannya secara semula jadi memakan masa sehingga ratusan tahun.

Pilihan bijak kita hari ini amat bermakna bagi memastikan kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.

24/07/2026

TANGGUNGJAWAB BERSAMA: KATAKAN TIDAK KEPADA PLASTIK SEKALI GUNA

Premis perniagaan dan pasaran harian merupakan antara lokasi utama penjanaan sisa plastik. Melalui kesedaran sivik yang tinggi, kita mampu mengubah rantaian ini dengan melazimkan penggunaan beg mesra alam setiap kali keluar membeli-belah.

Sediakan beg kitar semula anda sebelum keluar rumah.

OPERASI PEMBUANGAN SAMPAH KECILTIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN23 Julai 2026, Khamis - SWCorp Cawangan Jasin telah melaks...
24/07/2026

OPERASI PEMBUANGAN SAMPAH KECIL

TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN

23 Julai 2026, Khamis - SWCorp Cawangan Jasin telah melaksanakan Ops Cegah di sekitar Bandar Jasin. Ini adalah sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 2 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu yang didapati membuang sampah kecil di kawasan awam.
Pihak SWCorp Cawangan Jasin akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.




PSK
PKM

15/07/2026

KESALAHAN YANG BOLEH DIKENAKAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

Pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] memperuntukkan Perintah Khidmat Masyarakat terhadap individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk membuang puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman atau pembungkus makanan di tempat awam, membuang sampah kecil dari kenderaan serta meninggalkan sampah di kawasan awam.

Persekitaran yang bersih bermula dengan sikap setiap individu. Amalkan budaya membuang sampah ke dalam tong yang disediakan dan bersama-sama memelihara kebersihan demi kesejahteraan masyarakat serta kelestarian alam sekitar.

Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, malah merupakan tanggungjawab bersama. Patuhi peraturan, elakkan perbuatan membuang sampah merata-rata dan jadilah warga yang bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan berkualiti untuk semua.

15/07/2026

SAMPAH MENJANA PENDAPATAN

Sampah bukan sekadar sisa, malah boleh menjadi sumber pendapatan jika diurus dengan bijak.

Amalkan pengurusan sisa secara bertanggungjawab melalui tukar beli barangan terpakai, kitar semula bahan yang boleh dikitar semula atau menjual barangan yang masih dalam keadaan baik. Setiap usaha ini mampu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta mewujudkan nilai ekonomi.

Jadikan pengurusan sisa sebagai amalan harian demi persekitaran yang lebih bersih, lestari dan bernilai.

12/07/2026

Semua orang inginkan kawasan riadah yang bersih, tetapi berapa ramai yang benar-benar menjaganya dengan tidak membuang sampah merata-rata ketika menggunakannya?

Malaysia dikurniakan dengan banyak kawasan air terjun yang indah. Namun, jangan sesekali meninggalkan sampah selepas anda mengunjungi kawasan-kawasan ini.

Silap hari bulan, tindakan tersebut mungkin dirakam oleh pengunjung lain dan anda akan dilaporkan kepada pihak SWCorp untuk tindakan undang-undang.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan terhadap pesalah yang membuang sampah kecil merata-rata telah diperketat melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah kecil merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 serta dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jadi, jika beriadah di kawasan awam seperti air terjun, pastikan anda membawa pulang sampah anda dan membuangnya di tempat yang sepatutnya.

12/07/2026

Dari pendedahan yang dibuat oleh UN Development Programme, hanya 9% daripada plastik sekali guna dikitar semula di seluruh dunia.

Bakinya? Hampir 80% berakhir di tapak pelupusan sisa pepejal atau hanyut di lautan, manakala selebihnya dibakar.

Inilah sebabnya anda perlu mengatakan tidak kepada plastik sekali guna. Pilih untuk guna semula. Bumi kita bergantung pada pilihan kecil yang kita lakukan setiap hari.

Plastik sekali guna hanya digunakan seketika, tetapi kesannya kekal selama ratusan tahun di bumi kita. Setiap botol, bekas, straw dan beg plastik yang kita elakkan penggunaannya membantu mengurangkan pencemaran serta melindungi alam sekitar.

Kurangkan penggunaan plastik sekali guna. Mulakan perubahan hari ini.

12/07/2026

Bersama kita hentikan pelupusan sampah dengan menambahbaik proses kitar semua!

Tahukah anda? Malaysia menghasilkan kira-kira 39,000 tan sisa pepejal setiap hari. Jika sisa diasingkan dengan betul, lebih banyak bahan boleh dikitar semula, dikompos dan digunakan semula.

Ini bukan sahaja mengurangkan jumlah sisa ke tapak pelupusan, malah membantu memelihara sumber semula jadi serta membuka peluang ekonomi baharu.

Melalui Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal 2025–2035, Malaysia berusaha menjadikan sisa sebagai sumber bernilai dengan menambah baik Konsep 3R (mengurangkan, mengguna semula, mengitar semula – reduce, reuse, recycle).

Kini, ia telah berkembang menjadi lebih holistik, contohnya melalui pengenalan kepada strategi ekonomi kitaran iaitu menolak (refuse), memikirkan semula (rethink), membaiki (repair), membaharui (refurbish), mengilang semula (remanufacture), menyesuaikan semula (repurpose) dan memperoleh semula (recover).

Namun, semua ini bermula dengan satu langkah mudah: asingkan sisa di punca (SAS) untuk dikitar semula.

Setiap tindakan kecil di rumah mampu membawa perubahan besar kepada alam sekitar.

12/07/2026
12/07/2026

Tengok bola sambil berkongsi keropok dengan kawan-kawan memang menyeronokkan. Selain berhibur, hubungan persahabatan juga menjadi semakin erat.

Namun, di sebalik kemeriahan tersebut, kita perlu memastikan kawasan tempat kita menonton perlawanan kekal bersih daripada sampah sarap selepas selesai menonton dengan tidak meninggalkan sebarang sampah.

Jika tiada tong sampah berhampiran atau tong sampah penuh, bawa pulang sampah anda dan buanglah di rumah.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam yang lebih tegas telah dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Address

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SWCORP) CAWANGAN JASIN, KEMENTERIAN Perumahan DAN KERAJAAN TEMPATAN, LOT KP2-53 (JA 9964) BANDAR BARU
Jasin
77000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6065292755

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Jasin:

Shortcuts

Share