KRT Taman Bahagia

KRT Taman Bahagia Memupuk Semangat Keharmonian Sesama Jiran Tetangga.

KRT TAMAN BAHAGIAAlhamdulillah 🌸KRT Taman Bahagia turut mengambil bahagian dalam Program Eksplorasi Perpaduan Satelit Ma...
26/10/2025

KRT TAMAN BAHAGIA
Alhamdulillah 🌸

KRT Taman Bahagia turut mengambil bahagian dalam Program Eksplorasi Perpaduan Satelit Madani Rakyat Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka pada 26 Oktober 2025 (Ahad).

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK KRT Taman Bahagia yang hadir dan memberi komitmen menjayakan program ini.





KRT Taman Bahagia telah menghadiri Forum Patriotisme, Kepimpinan & Kesepaduan anjuran World Youth Foundation yang telah ...
11/10/2025

KRT Taman Bahagia telah menghadiri Forum Patriotisme, Kepimpinan & Kesepaduan anjuran World Youth Foundation yang telah diadakan di Ayer Keroh, Melaka pada 11 Oktober 2025.

Penyertaan ini memberi pengisian yang amat bermanfaat khususnya dalam memperkukuh semangat patriotisme, mempertingkat nilai kepimpinan serta mempererat perpaduan dalam komuniti. Ia juga menjadi medium perkongsian ilmu dan jaringan kerjasama antara KRT seluruh negeri Melaka ke arah pembentukan masyarakat yang lebih harmoni dan dinamik.

KRT Taman Bahagia turut sama berganding bahu dalam gotong-royong membersihkan dan mengemas kawasan tanah perkuburan Ayer...
21/09/2025

KRT Taman Bahagia turut sama berganding bahu dalam gotong-royong membersihkan dan mengemas kawasan tanah perkuburan Ayer Barok. Semoga usaha murni ini menjadi amal jariah bersama dan terus mempereratkan ukhuwah sesama kariah 🌿🀲

Alhamdulillah, KRT Taman Bahagia telah turut serta dalam Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Ayer Barok bersama Biro ...
19/07/2025

Alhamdulillah, KRT Taman Bahagia telah turut serta dalam Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Ayer Barok bersama Biro Tanah Perkuburan Ayer Barok dan Geng Mat Kilau, serta menerima kehadiran istimewa YB Dr. Mohd Yadzil Yaakub , Tuan Azahar bin Idris dan anggota Balai Polis Jasin yang turut sama turun padang memberi sokongan dan bantuan.

Program ini berjalan lancar dengan semangat kerjasama dan kekitaan yang tinggi dalam kalangan semua yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, termasuk yang menyumbang tenaga, masa dan juadah untuk menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini menjadi amal jariah dan mendapat keberkatan Allah SWT.

KRT Taman Bahagia turut serta dalam mesyuarat bersama NGO-NGO setempat bagi membincangkan persiapan gotong-royong kubur ...
16/07/2025

KRT Taman Bahagia turut serta dalam mesyuarat bersama NGO-NGO setempat bagi membincangkan persiapan gotong-royong kubur Air Barok yang dijadualkan hujung minggu ini. Mesyuarat berjalan lancar dengan semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan keharmonian tanah perkuburan.

Biro Pengurusan Kubur Kg Ayer Barok
Geng Mat Kilau Ayer Barok





πŸ“Œ PENYERTAAN KRT TAMAN BAHAGIADimaklumkan bahawa seramai 6 orang AJK KRT Taman Bahagia telah hadir menyertai Program Pen...
13/07/2025

πŸ“Œ PENYERTAAN KRT TAMAN BAHAGIA

Dimaklumkan bahawa seramai 6 orang AJK KRT Taman Bahagia telah hadir menyertai Program Pengukuhan Keselamatan & Ketahanan Komuniti: Jom Ronda Bersepadu SRS dan Kempen β€œ1 Keluarga 1 Anggota SRS” pada:

πŸ“… Tarikh: 13 Julai 2025 (Ahad)
πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka KRT Taman Seri Duyong 2, Melaka Tengah

Terima kasih diucapkan atas komitmen dan semangat kerjasama demi kesejahteraan komuniti. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ









🌸 KRT Taman Bahagia turut serta memeriahkan Program Jalinan Mesra Perpaduan  – Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Man...
05/07/2025

🌸 KRT Taman Bahagia turut serta memeriahkan Program Jalinan Mesra Perpaduan – Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Manis Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka.

Semangat perpaduan diterjemah melalui aktiviti memasak bersama sambil mengeratkan silaturrahim sesama komuniti. πŸ²πŸ’žπŸ‡²πŸ‡Ύ

Lima (5) orang AJK KRT Taman Bahagia telah menghadiri Program WRUR yang diadakan pada 1 Julai 2025 (Selasa), jam 9.00 pa...
01/07/2025

Lima (5) orang AJK KRT Taman Bahagia telah menghadiri Program WRUR yang diadakan pada 1 Julai 2025 (Selasa), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka JAPERUN Bemban.
Program ini turut disertakan dengan taklimat ringkas daripada pihak Jabatan Pertanian berkaitan pertanian hidroponik, serta agihan peralatan dan barangan yang berkaitan.
Pihak kami mengucapkan terima kasih atas jemputan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.

πŸ“† PROGRAM 1: Jalinan Mesra Perpaduan  Taman Desa KesangπŸ—“οΈ Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)πŸ•— Masa: 8.00 malam – 12.00 malamπŸ“ T...
28/06/2025

πŸ“† PROGRAM 1: Jalinan Mesra Perpaduan Taman Desa Kesang
πŸ—“οΈ Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 malam – 12.00 malam
πŸ“ Tempat: KRT Taman Desa Kesang

πŸ‘ Seramai 6 ahli KRT Taman Bahagia telah hadir bagi memeriahkan program dan menyokong usaha perpaduan komuniti.
Syabas dan terima kasih atas komitmen semua yang terlibat!

KRT Taman Bahagia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Khas Pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN B...
24/06/2025

KRT Taman Bahagia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Khas Pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban Tahun 2025.

Mesyuarat akan berlangsung pada:
πŸ“… 24 Jun 2025 (Selasa)
πŸ•— 8.00 malam
πŸ“ Balairaya Taman Bahagia, Jasin

Mesyuarat ini melibatkan semua Pengerusi KRT dan Jiran Wanita DUN Bemban bagi membincangkan pelaksanaan program WRUR tahun ini.

KRT Taman Bahagia komited memberi kerjasama terbaik demi kejayaan bersama. πŸ’ͺ





Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perpaduan Peringkat Daerah Jasin 2025Alhamdulillah, KRT Taman Bahagia turut serta m...
22/04/2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perpaduan Peringkat Daerah Jasin 2025

Alhamdulillah, KRT Taman Bahagia turut serta memeriahkan majlis anjuran KRT Zon 1 Daerah Jasin dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Jasin yang berlangsung di Dewan Terbuka Taman Seri Kemendor pada 19 April 2025 (Sabtu).

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan. KRT Taman Bahagia telah menyediakan Mee Hoon Sup, Bubur Kacang dan Bubur Pulut Hitam untuk jamuan bersama. Semoga majlis sebegini terus mengeratkan ukhuwah dan semangat perpaduan antara komuniti.



Address

Taman Bahagia
Jasin
77000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share