Polis Jasin

Polis Jasin Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

• Balai Polis Jasin • Balai Polis Bemban • Balai Polis Kesang • Balai Polis Selandar • Balai Polis Batang Melaka • Balai Polis Nyalas • Balai Polis Asahan • Balai Polis Simpang Bekoh • Balai Polis Chinchin • Balai Polis Merlimau • Balai Polis Sg Rambai • POLISI FACEBOOK RASMI POLIS JASIN
Polis Jasin mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap ind

ividu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi Polis Jasin mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi Polis Jasin adalah seperti berikut:
Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas. Komen Yang Tidak Diterima
● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam
Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi Polis Jasin. Hak Pentadbir
Pentadbir Facebook Rasmi Polis Jasin berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Jasin sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/memadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.
* Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi Polis Jasin adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi Polis Jasin. Pihak pentadbir Facebook Rasmi Polis Jasin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert, menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari PERKEP Ke-58 Tahun kepada iste...
03/08/2026

Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert, menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari PERKEP Ke-58 Tahun kepada isteri tercinta, YBhg. Puan Puah Pei Ling, selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Jasin, serta seluruh warga PERKEP Daerah Jasin.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan dalam memperkukuh institusi keluarga Polis Diraja Malaysia serta menyokong kebajikan dan kesejahteraan warga PDRM. Semoga PERKEP terus cemerlang sebagai sebuah organisasi yang menjadi tonggak kebajikan dan keharmonian keluarga PDRM.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐄-𝟓𝟖 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍

YBhg. Puan Puah Pei Ling, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Jasin, bersama-sama seluruh Ahli PERKEP Daerah Jasin mengucapkan Selamat Menyambut Hari PERKEP Ke-58 kepada seluruh warga PERKEP di seluruh negara.

Semoga sambutan ulang tahun ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam memperkukuh kebajikan serta memberikan sokongan moral, selain menjadi tulang belakang kepada keluarga dan ahli.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀M...
03/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

MELAKA, 3 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah telah menghadiri Lawatan Tapak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Klebang, hari ini.

Lawatan rasmi tersebut diketuai oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Azhar Arshad. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Datuk Maslina Baki; Panglima 3 Divisyen, YBhg. Mejar Jeneral Haji Sani S Omar; Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, YBrs. Puan Norena Jaafar serta ketua-ketua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan Persekutuan.

Lawatan ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan lokasi sambutan selain menyelaras aspek teknikal, logistik dan pelaksanaan program agar setiap perancangan dapat dilaksanakan secara teratur, lancar dan berkesan.

Tumpuan turut diberikan terhadap aspek keselamatan, pengurusan aliran trafik, pergerakan kontinjen serta kemudahan kepada orang ramai bagi memastikan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka berlangsung dalam keadaan selamat, teratur dan penuh semangat patriotisme.

Turut mengiringi Timbalan Ketua Polis Melaka ialah Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Melaka, ACP Nor Azizan Yusof; Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Supt. Muhammad Zaki Ramat serta Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt. Halim Abas.








———————————————————
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
马六甲警方官方社交媒体
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 அதிகாரப்பூர்வ சமூக ஊடகம்
#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_officia

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀MELAKA, 31 Julai 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP...
31/07/2026

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

MELAKA, 31 Julai 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar telah menghadiri Program Solat Jumaat bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang berlangsung di Masjid Al-Muhtadin, Bukit Kechil, Paya Dalam, Melaka.

Ketibaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kariah bersama ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muhtadin.

Dalam program yang sama, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid serta warga emas di bawah Mukim Masjid Al-Muhtadin.








———————————————————
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
马六甲警方官方社交媒体
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 அதிகாரப்பூர்வ சமூக ஊடகம்
#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_officia

31/07/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟑𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert, serta seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk mengenang dan menghargai segala pengorbanan serta jasa para pahlawan dan perwira negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan tanah air.

“𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐒𝐀, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍"

:: 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 ::

Antara Pegawai Rendah Polis IPD Jasin yang terlibat Bantuan Sumber Manusia (BSM) di IPD Port Dickson, sempena Pilihan Ra...
31/07/2026

Antara Pegawai Rendah Polis IPD Jasin yang terlibat Bantuan Sumber Manusia (BSM) di IPD Port Dickson, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Selamat bertugas semua 💪🤝

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 '𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋' 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 , 30 Julai 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar telah ...
31/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 '𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋' 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓

, 30 Julai 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar telah menghadiri Majlis Malam 'Cinta Rasul' Terendak Berselawat, sempena kejohanan sukan dua jiwa satu hati dan sukan badan beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Pavilion, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri, YABhg Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz.

Acara diteruskan dengan Terendak Berselawat yang dipimpin oleh Kumpulan Ahbabusham, diikuti dengan penyampaian tausiah oleh YBhg. Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan M***i Negeri Pahang. Majlis kemudian diteruskan dengan Mahalul Qiyam dan bacaan doa.

Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping mengukuhkan ukhuwah serta memupuk semangat perpaduan dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan warga badan beruniform, penjawat awam dan masyarakat.








———————————————————
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
马六甲警方官方社交媒体
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 அதிகாரப்பூர்வ சமூக ஊடகம்
#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

30/07/2026
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐈𝐓𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐆𝐘𝐌 , 30 Julai 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukht...
30/07/2026

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐈𝐓𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐆𝐘𝐌

, 30 Julai 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar telah menyempurnakan Majlis Perasmian Melaka Police Fitness Gym yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan aluan dan gimik perasmian sebagai simbolik pembukaan rasmi gimnasium tersebut. Ketua Polis Melaka turut mengadakan lawatan ke fasiliti gimnasium bagi meninjau kemudahan yang disediakan untuk kegunaan warga PDRM Kontinjen Melaka.

Penubuhan Melaka Police Fitness Gym merupakan inisiatif Ketua Polis Melaka bagi menyokong hasrat pucuk pimpinan PDRM untuk membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta memastikan warga pasukan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi. Kemudahan ini juga diharap menjadi pemangkin kepada usaha mencapai Indeks J***m Badan (BMI) yang lebih sihat, di samping memperkukuh kesejahteraan mental, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan warga PDRM Kontinjen Melaka.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, barisan Ketua Jabatan IPK Melaka, Pegawai Kanan Polis serta warga PDRM Kontinjen Melaka.








———————————————————
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
马六甲警方官方社交媒体
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 அதிகாரப்பூர்வ சமூக ஊடகம்
#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_official

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐒𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍30 Julai 2026 | Khamis  – Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee R...
30/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐒𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍

30 Julai 2026 | Khamis

– Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Bantuan Sumber Manusia (BSM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin ke penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Seramai 39 Pegawai Rendah Polis (PRP) IPD Jasin telah ditugaskan bagi membantu kelancaran penugasan keselamatan sepanjang PRN Negeri Sembilan berlangsung.

Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah Jasin menegaskan agar semua petugas sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi, menjunjung integriti serta melaksanakan setiap tugasan dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan dedikasi.

Beliau turut mengingatkan agar semua anggota sentiasa menjaga nama baik IPD Jasin khususnya dan Polis Kontinjen Melaka amnya sepanjang menjalankan penugasan, selain sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan.

Semoga semua petugas BSM IPD Jasin menjalankan amanah dengan cemerlang dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

====================================================
Ikuti Media Sosial Rasmi IPD Jasin untuk mendapatkan informasi dan aktiviti kami di :

https://facebook.com/polisjasin
https://tiktok.com/
https://instagram.com/polisjasin

Address

Ibupejabat Polis Daerah Jasin
Jasin
77000

Telephone

+6065292222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Jasin:

Shortcuts

Share

Category