Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin

Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin Dewan Muslimat PAS Jasin

04/09/2026

[ POSTER MAYA | E-SIRAH ]

WAHYU PERTAMA

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW menjadi titik awal kepada sebuah perubahan besar.

Perhatikan bagaimana “اقْرَأْ — Bacalah!” menjadi permulaan risalah yang membentuk seorang insan, membina sebuah umat dan mengubah dunia.

Di sebalik kisah ini, ada pelajaran besar tentang ilmu, hubungan dengan Allah dan pembinaan diri.

Apa yang boleh kita pelajari daripada wahyu pertama?

Jom hayati 3 ibrah yang terkandung dalam kisah ini.

03/09/2026

SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SEMUA PERWAKILAN DAN PEMERHATI YANG HADIR DARI SELURUH NEGERI KE BUMI KELANTAN.

Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan pemerhati dari seluruh kawasan di Malaysia yang berhimpun di bumi Negeri Kelantan Darul Naim.

Semoga setiap perjalanan dipermudahkan, setiap perbincangan diberkati dan segala keputusan yang dibuat menjadi kekuatan untuk memperkukuhkan ukhuwah serta meneruskan perjuangan Islam.

Satukan hati • Perkukuh ukhuwah • Teruskan perjuangan

Semoga Muktamar kali ini berjalan lancar dan mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

Siiruu ‘Ala Barakatillah. 🤲🏻💚

Daripada:
PAS Kawasan Jasin

Terbitan:
Lajnah Penerangan PAS Kawasan Jasin

02/09/2026

[ POSTER MAYA | E-DOA ]

Doa Elak Riak & Segala Dosa Syirik

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ
وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada mensyirikkan-Mu dalam keadaan aku mengetahui dan aku memohon keampunan-Mu untuk apa yang aku tidak tahu.”

(HR Bukhari)

Intipati Doa

1)Memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada mensyirikkan-Nya.

2)Sedari keterbatasan diri
Tidak semua kesalahan dan kekeliruan kita sedari.

3)Mohon ampun kepada Allah atas dosa yang kita ketahui mahupun yang tidak kita sedari.

4)Jaga keikhlasan hati dan perbanyakkan.
Banyakkan doa dan istighfar.

Semoga Allah menjaga hati kita daripada syirik yang nyata mahupun tersembunyi.

01/09/2026

[ POSTER MAYA | E-KATA-KATA HIKMAH ]

JANJI ALLAH ITU PASTI

"Jangan pernah menyerah,kerana Allah S.W.T sentiasa mendengar doa hamba-Nya"

-Imam Asy-Syaf'i-

Intipati Ayat

1)Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.

2)Setiap kesabaran ada ganjarannya.

3)Setiap kesukaran ada jalan keluarnya.

4)Rezeki, pertolongan dan kemenangan datang pada waktu yang Allah tentukan.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji." (Surah Ali 'Imran: 9)

31/08/2026
31/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Kemerdekaan: Nikmat yang Disyukuri, Amanah yang DipeliharaSempena Hari Keba...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan: Nikmat yang Disyukuri, Amanah yang Dipelihara

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan memperbanyakkan doa, memelihara perpaduan serta bersama-sama membina masyarakat yang berteraskan iman, ilmu dan amal.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada kejahilan, perpecahan dan segala perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.

“Dan jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi.”
— Surah al-A‘raf: 96

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka dengan syukur, membangun dengan iman.

Ikhlas daripada:
Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin



30/08/2026

Address

Kompleks PAS Kawasan Jasin
Jasin
77000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin:

Shortcuts

Share