21/08/2026
π LAWATAN KEBAJIKAN PESARA POLIS OLEH YBHG. PENGERUSI PERKEP KONTINJEN MELAKA π
Pada 19 Ogos 2026 (Rabu), jam 1430 hingga 1530 hrs, PERKEP kontinjen Melaka bersama PERKEP Daerah Jasin telah mengadakan Lawatan Kebajikan Pesara Polis di Batu 22 ΒΌ, Kampung Chinchin Ulu, Jasin, Melaka.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg. Datin Diana Aini binti Mokter, Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, bersama barisan Jawatankuasa PERKEP Melaka, pegawai dan anggota Cawangan Hal Ehwal Awam serta Kebajikan, dengan kerjasama Ahli PERKEP dan HEA IPD Jasin.
Pesara yang diziarahi ialah Sjn (B) Rasni binti Johan, 69 tahun, yang pernah berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPK Melaka sebelum bersara pada tahun 2015. Beliau kini sedang melalui proses pemulihan selepas mengalami minor stroke.
π· Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara PERKEP dengan pesara polis serta ahli keluarga, di samping menzahirkan penghargaan dan keprihatinan terhadap jasa serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam pasukan.
Sepanjang kunjungan, rombongan beramah mesra dan bertanya khabar mengenai keadaan serta perkembangan semasa pesara. YBhg. Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka turut menyampaikan tanda penghargaan sebagai simbol kasih, keprihatinan dan penghormatan atas jasa beliau kepada pasukan.
Lawatan ini turut mencerminkan semangat kekeluargaan yang sentiasa menjadi tunjang PERKEP, di mana hubungan dan kebajikan warga serta pesara pasukan terus diberi perhatian meskipun setelah tamat tempoh perkhidmatan.
Semoga Sjn (B) Rasni binti Johan dikurniakan kesihatan yang semakin baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. π€²π»π
βJasa Dikenang, Kebajikan Diutamakan, Silaturahim Berkekalan.β π