BSPTD JASIN

Directions

BSPTD JASIN LAMAN SESAWANG INI ADALAH FB RASMI BAHAGIAN SIASATAN & PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD JASIN

πŸ† SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS πŸ†Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Tra...
20/10/2026

πŸ† SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Jasin bagi bulan Oktober 2026, yang berlangsung pada 20 Oktober 2026.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Bahagian Logistik dan Teknologi (BLog), IPD Jasin.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen, disiplin dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, meningkatkan profesionalisme serta berbakti dengan penuh integriti demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Tahniah dan syabas! Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan.






16/10/2026
10/10/2026



PEMANDUAN SELAMAT KETIKA JEREBU

Jerebu boleh menjejaskan jarak penglihatan dan meningkatkan risiko kemalangan. Perlahankan kenderaan, kekalkan jarak selamat, gunakan lampu yang sesuai dan elakkan memandu jika penglihatan terlalu terhad.

Utamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya. Jangan ambil risiko apabila keadaan tidak mengizinkan. Biar lambat, asalkan selamat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik β€˜Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#09102026

26/09/2026
14/09/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 π˜π€ππ† 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Ketua Polis Daerah Jasin, YDH Supt. Lee Robert serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG) Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Tahniah YDH Dato’ Sri!
Selamat menjalankan tugas.

05/09/2026

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKO

Tidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-lebih lagi lebuh raya yang direka untuk pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penunggang basikal perlu mengetahui di mana boleh dan di mana tidak boleh berbasikal, serta memahami risiko yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

⚠️ Perbezaan kelajuan antara basikal dan kenderaan bermotor amat tinggi.
⚠️ Kesilapan kecil boleh mengundang kemalangan serius.
⚠️ Kemalangan di lebuh raya boleh mengakibatkan kecederaan parah, malah meragut nyawa.

Jangan kerana mahu meneruskan kayuhan, nyawa sendiri dipertaruhkan.

Patuhi peraturan. Gunakan kelengkapan keselamatan yang sesuai dan sentiasa hormati pengguna jalan raya yang lain.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Address

Ibu Pejabat Polis Ipd Jasin
Jasin
77000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPTD JASIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category