Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Seberang Perai Selatan

  • Home
  • Malaysia
  • Jawi
  • Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Seberang Perai Selatan

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil  IPD Seberang Perai Selatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Seberang Perai Selatan

20/08/2026
20/08/2026

📢 SEMAK DULU, BARU TRANSFER! 📢

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Jangan tunggu sehingga menjadi mangsa penipuan baharu hendak bertindak. Jadikan amalan membuat semakan sebelum setiap transaksi dalam talian.

🔍 Semak Mule CCID membantu orang ramai menyemak nombor akaun bank atau nombor telefon yang pernah dilaporkan terlibat dalam aktiviti penipuan.

✅ Semak sebelum membuat pembayaran
✅ Kurangkan risiko menjadi mangsa scam
✅ Lindungi wang hasil titik peluh anda
✅ Buat keputusan yang lebih selamat dan bijak

⚠️ Ingat! Tiada rekod bukan jaminan 100% selamat. Sentiasa berwaspada, semak identiti penjual, elakkan tawaran yang terlalu murah dan jangan sesekali berkongsi OTP, TAC atau maklumat perbankan anda.

🌐 Layari: semakmule.rmp.gov.my

“Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.”
Langkah kecil membuat semakan hari ini mampu mengelakkan kerugian besar pada masa hadapan.

💔 Beware of Love Scams: When Love Comes with Red Flags 🚨​Love is built on trust, not suspicious requests or investment a...
19/08/2026

💔 Beware of Love Scams: When Love Comes with Red Flags 🚨​

Love is built on trust, not suspicious requests or investment apps. If your “online love” exhibits these warning signs, you may be dealing with a romance scam:​

**❤️ Red Flags to Watch Out For: ** ​

1️⃣ Fast-tracked relationships: They declare love or commitment too quickly.​
2️⃣ Isolation tactics: They try to isolate you from your family and friends to keep you from seeking advice or support​
3️⃣ Financial requests: They ask for money or persuade you to “invest” in their schemes.​
4️⃣ Investment pressure: They push you to use unfamiliar apps or platforms to invest your money.​
5️⃣ Avoidance of meeting in person: They create excuses to evade face-to-face meetings or via video calls​

**🛡️ Stay Safe, Stay Smart: ** ​

✅ Verify any investment opportunity through;​

🔗The Securities Commission’s Official Investment Checker: https://www.sc.com.my/investment-checker​

🔗 Semak Mule PDRM: https://semakmule.rmp.gov.my/

🔗 Financial Fraud Alert: https://www.bnm.gov.my/financial-fraud-alerts​

Remember: True love will never try to isolate you, ask for money, or pressure you to invest! 💔​

Follow: Amaran Scam

🚨 AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI KENALAN 🚨​Scammer semakin licik dengan menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan...
16/08/2026

🚨 AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI KENALAN 🚨​

Scammer semakin licik dengan menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja, kononnya menggunakan nombor telefon baharu dan meminta pinjaman wang atas alasan kecemasan.​

⚠️ Taktik ini digunakan untuk mendesak mangsa bertindak segera tanpa membuat pengesahan.​

🚨 ANTARA TANDA‑TANDA PENIPUAN​

⏰ Mendesak anda bertindak segera​
🤝 Menawarkan atau meminta bantuan secara tiba‑tiba​
💸 Meminta wang dipindahkan dengan alasan segera​
📱 Mengaku menggunakan “nombor baharu”​

🛑 BERHENTI SEBENTAR & JANGAN PANIK​

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN?​
🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.​
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan. ​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

⚠️ Sentiasa berhati-hati dan bijak semasa berurusan secara dalam talian!​

Sumber: Amaran Scam

🛒🚨 JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN BELI-BELAH ATAS TALIAN 🚨🛒Sebelum membuat pembelian secara dalam talian, pastikan anda men...
14/08/2026

🛒🚨 JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN BELI-BELAH ATAS TALIAN 🚨🛒

Sebelum membuat pembelian secara dalam talian, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam.

✅ Semak latar belakang penjual
✅ Pastikan harga yang ditawarkan munasabah
✅ Gunakan platform e-dagang yang mempunyai perlindungan pembeli
✅ Semak nombor akaun, nombor telefon dan nama syarikat melalui Semak Mule CCID di talian https://semakmule.rmp.gov.my/
✅ Elakkan bayaran terus ke akaun peribadi tanpa pengesahan
✅ Jangan terburu-buru membuat pembayaran walaupun didesak penjual
✅ Simpan semua bukti transaksi, resit dan perbualan

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.

1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:

📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

📢 Ingat! “Semak Dahulu, Bayar Kemudian. Jangan Mudah Percaya, Jangan Mudah Rugi.”

Sumber: Amaran Scam

12/08/2026
⚠️ AWAS!! JANGAN JADI KELDAI AKAUN! ⚠️Tahukah anda apa itu keldai akaun? Ia berlaku apabila akaun bank anda digunakan ol...
12/08/2026

⚠️ AWAS!! JANGAN JADI KELDAI AKAUN! ⚠️
Tahukah anda apa itu keldai akaun? Ia berlaku apabila akaun bank anda digunakan oleh sindiket untuk tujuan jenayah seperti penipuan dan pengubahan wang haram. Anda mungkin berisiko ditangkap dan didakwa walaupun tidak tahu apa yang berlaku! 😨 Akaun bank anda adalah tanggungjawab anda sepenuhnya.

Tanda-tanda Anda Mungkin Dipergunakan:
✅ Diminta serahkan kad ATM atau akaun bank.
✅ Terima wang tidak diketahui sumbernya.
✅ Dijanjikan wang mudah untuk 'pinjamkan' akaun.

Cara Elakkan Jadi Mangsa:
✔️ Jangan kongsi maklumat akaun bank dengan orang lain.
✔️ Jangan percaya tawaran wang mudah.
✔️ Laporkan aktiviti mencurigakan kepada polis atau bank anda.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan Amaran Scam

🚨 AMARAN SCAM | PELABURAN TIDAK WUJUD 🚨Orang ramai adalah dinasihatkan untuk:🛡️ Sentiasa Berwaspada terhadap skim pelabu...
06/08/2026

🚨 AMARAN SCAM | PELABURAN TIDAK WUJUD 🚨

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk:
🛡️ Sentiasa Berwaspada terhadap skim pelaburan palsu mungkin menggunakan pelbagai taktik bagi mengaburi mata kita. Perhatikan tanda amaran bagi mengelak anda menjadi mangsa kerakusan scammer:
💰 Menjanjikan Pulangan Luar Biasa dalam masa yang terlalu singkat.
❌ Memberikan jaminan “Tidak Akan Rugi” untuk menarik minat mangsa.
🏢 Menggunakan nama agensi rasmi untuk menipu kepercayaan.
🙏 Memanipulasi agama sebagai helah untuk mempengaruhi mangsa.
⏳ Mendesak keputusan Segera tanpa memberi ruang untuk menyemak tawaran.

❗ Jangan Mudah Terpedaya
🤔 Jika pulangan yang dijanjikan terlalu tinggi dan tidak masuk akal, besar kemungkinan ia adalah PENIPUAN

📢 Sebelum Melabur, Berhenti, Fikir, Semak!
🚨 Sentiasa Semak kesahihan pelaburan dengan pihak berkuasa sebelum melabur – jangan biarkan scammer 'melabur' dalam ketamakan anda! 🚨

Sumber: Kementerian Dalam Negeri dan Amaran Scam

06/08/2026

🚨 AWAS IKLAN KERJA PALSU! 🚨

Tawaran kerja yang terlalu lumayan atau proses permohonan yang tak jelas mungkin sebenarnya perangkap scam! Jangan jadi mangsa.

Tanda-Tanda Penipuan Kerja:
❌ Tawaran gaji tinggi tanpa pengalaman.
❌ Diminta bayar wang pendahuluan.
❌ Proses permohonan tidak jelas atau mencurigakan.

Ingat Pesanan Ini:
✅ Jangan klik pautan mencurigakan.
✅ Jangan buat bayaran awal.
✅ Jangan kongsi maklumat peribadi tanpa semakan.
Semak dulu sebelum percaya. Kekal waspada!

💡 Lindungi akaun bank anda, lindungi masa depan anda:
✅ Jangan sesekali pinjamkan akaun bank.
✅ Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
📞 Hubungi NSRC di 997 untuk mendapatkan bantuan atau membuat laporan.

Address

Jalan Besar Sungai Jawi
Jawi
14200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Seberang Perai Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Seberang Perai Selatan:

Shortcuts

Share