Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Ruangan ini adalah bagi pemberitahuan perkembangan terkini Majlis,Program Dan lain-lain perkara

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN  SUKAN ANTARA NEGERI - BOLA JARING19...
19/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN SUKAN ANTARA NEGERI - BOLA JARING

19 OGOS 2026 | RABU

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri - Bola Jaring yang dikelolakan oleh Penjara Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Selepas penyerahan bendera di PPN Pulau Pinang, pasukan bola jaring juga telah menerima kata-kata suntikan semangat dari PP Rozita Bt Muhamad Sharif Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai.

Kontinjen diketuai oleh Insp Hafizah Bt Arbain Pengurus Pasukan bersama (13) orang pemain akan bertanding bermula 21 Ogos 2026 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Sukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.

Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh Kontinjen di kejohanan tersebut.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT 10,000 LANGKAH DAN PROGRAM FITNESS WELLNESS SENAMROBIK SERTA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGK...
07/08/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT 10,000 LANGKAH DAN PROGRAM FITNESS WELLNESS SENAMROBIK SERTA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT PENJARA SEBERANG PERAI

7 OGOS 2026 | JUMAAT

Program Gaya Hidup Sihat 10,000 Langkah dan Program Fitness Wellness Senamrobik serta Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Penjara Seberang Perai telah diadakan bermula jam 3.15 petang di Dewan Seri Mutiara, Penjara Seberang Perai,Pulau Pinang.

Program telah dihadiri oleh YDH PKK Mahadzair Bin Che Daud , Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai, PP Darmizam bin Desa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PP Rozita bt Muhamad Sharif, Timbalan Pengarah, Penjara Seberang Perai, barisan pegawai kanan, anggota, para isteri dan ahli-ahli PERSIAP Penjara Seberang Perai.

Program dimulakan dengan ucapan oleh YDH PKK Norulekhsan Bin Abdul Rahim yang kemudiannya telah menyempurnakan gimik perasmian memotong riben Jalur Gemilang dan banting sempena sambutan bulan kemerdekaan bersama YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.

Penyerahan Jalur Gemilang turut dilakukan kepada (30) wakil kumpulan Fit Challenge. Zumba dan senamrobik selama 1 jam tanpa henti telah berlangsung dengan bimbingan coach jemputan iaitu Cikgu Siti.

Selesai zumba dan senamrobik ,semua peserta bersama telah melakukan aktiviti briskwalk mengelilingi kawasan kuarters sambil menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Blok Perumahan.

Program berakhir dengan jamuan makan di padang petanque Penjara Seberang Perai.Turut diraikan WP 25750 Muhamad Aslam Bin Abdul Razak yang akan bertukar jabatan .

MESYUARAT GELANGGANG SENI SILAT LINCAH PERSIAP PENJARA SEBERANG PERAI BIL. 3/20266 OGOS 2026 | KHAMISMesyuarat Gelanggan...
06/08/2026

MESYUARAT GELANGGANG SENI SILAT LINCAH PERSIAP PENJARA SEBERANG PERAI BIL. 3/2026

6 OGOS 2026 | KHAMIS

Mesyuarat Gelanggang Seni Silat Lincah PERSIAP Penjara Seberang Perai Bil. 3/2026 telah diadakan pada jam 9.00 malam bertempat di Bilik Seri Teratai, Penjara Seberang Perai.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai. Turut mengiringi beliau ialah PP Rozita binti Muhamad Sharif, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai dan TPP Nik Md. Hanis bin Nik Mohd. Hussian.

Turut hadir ialah Ketua Jurulatih Gelanggang Seni Silat Lincah PERSIAP Penjara Seberang Perai, para jurulatih, Bendahari PERSIAP Penjara Seberang Perai, Bendahari Gelanggang Seni Silat Lincah PERSIAP Penjara Seberang Perai serta barisan EXCO Gelanggang Seni Silat Lincah PERSIAP Penjara Seberang Perai.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti dan perancangan program Gelanggang Seni Silat Lincah PERSIAP Penjara Seberang Perai, termasuk penyelarasan latihan, pengukuhan pengurusan organisasi, pembangunan keahlian serta persiapan bagi penganjuran program-program yang telah dirancang.

Melalui perbincangan yang berlangsung, pelbagai cadangan dan pandangan telah dikemukakan bagi memperkasakan lagi pengurusan Gelanggang Seni Silat Lincah PERSIAP Penjara Seberang Perai agar terus cemerlang dalam melahirkan ahli yang berdisiplin, berintegriti serta berkemahiran tinggi, di samping memartabatkan warisan seni silat sebagai medium pembentukan sahsiah dan perpaduan.

Segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama serta komitmen padu daripada semua pihak yang terlibat demi memastikan Gelanggang Seni Silat Lincah PERSIAP Penjara Seberang Perai terus berkembang maju dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

NAZIRAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAPUR INSTITUSI PENJARA SEBERANG PERAIKhamis | 6 Ogos 2026Selaras dengan arahan Bahagian...
06/08/2026

NAZIRAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAPUR INSTITUSI PENJARA SEBERANG PERAI

Khamis | 6 Ogos 2026

Selaras dengan arahan Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara, Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Seberang Perai telah menerima Naziran Pemeriksaan Keselamatan Menyeluruh Kawasan Dapur Institusi yang diketuai KIP Mohd Hazleen bersama KIP Isma Iziawati binti Ismail dan WP Dayang Haslinda. Lawatan naziran telah diiringi oleh TPP Nik Md Hanis bin Nik Mohd Hussian, Ketua Bahagian Korektif, Penjara Seberang Perai.

Naziran meliputi aspek keselamatan sistem gas, pendawaian elektrik, pencegahan kebakaran, kebersihan, pengoperasian dapur serta kawalan keselamatan prospek. Hasil pemeriksaan mendapati tahap pematuhan keselamatan adalah memuaskan, dengan dapur berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Beberapa syor penambahbaikan turut dikemukakan, antaranya pemasangan exhaust fan dan penyelenggaraan Suppression System bagi memperkukuhkan tahap keselamatan operasi dapur.

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT KAKITANGAN PENJARA SEBERANG PERAI DENGAN KERJASAMA SURAU AS-SAKINAH...
06/08/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT KAKITANGAN PENJARA SEBERANG PERAI DENGAN KERJASAMA SURAU AS-SAKINAH DAN PERSIAP PENJARA SEBERANG PERAI
06 OGOS 2026| KHAMIS

Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura Peringkat Kakitangan Dengan Kerjasama Surau As-Sakinah dan PERSIAP Penjara Seberang Perai bertempat di Perkarangan Unit Pemulihan Wanita, Penjara Seberang Perai.

Program turut dihadiri oleh YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi PP Rozita binti Muhamad Sharif, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai bagi mewakili Pengerusi PERSIAP Penjara Seberang Perai.

Program bermula seawal 8.00 pagi ini turut disertai oleh pegawai dan kakitangan serta Ahli PERSIAP PSP.

Program yang diadakan secara gotong-royong di antara kakitangan dan PERSIAP adalah bertujuan mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim sesama warga komuniti dan ia merupakan program tahunan institusi ini.

Sebanyak 4 kawah versi utara dan versi pantai timur telah diagihkan kepada warga kerja Penjara Seberang Perai dan ahli Persiap PSP.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN  SUKAN ANTARA NEGERI - BADMINTON05 O...
05/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN SUKAN ANTARA NEGERI - BADMINTON

05 OGOS 2026 | RABU

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri - Badminton yang dikelolakan oleh Penjara Negeri Johor telah disempurnakan oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.

Kontinjen diketuai oleh PPP Asmazul Bin Mahmud Pengurus Pasukan bersama (17) orang pemain akan bertanding bermula 06 Ogos 2026 hingga 09 Ogos 2026 bertempat di Havona Badminton Sport Center,Kluang Johor.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.

Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh Kontinjen di kejohanan tersebut.

https://www.facebook.com/share/p/19GGGygDEM/
03/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/19GGGygDEM/

TULAR MAKLUMAT TIDAK TEPAT MENGENAI CUBAAN MENDAPATKAN BAYARAN JUMPA PROSPEK JABATAN PENJARA MALAYSIA

Jabatan Penjara Malaysia TIDAK PERNAH melantik mana-mana Pegawai atau Anggota sebagai wakil untuk membuat sebarang pembelian barangan, menguruskan tempahan perjumpaan, atau menyediakan hidangan istimewa kepada prospek melalui akaun bank milik peribadi.

Semua urusan berkaitan tempahan perjumpaan dan
pembelian hidangan hendaklah dibuat SECARA RASMI melalui Premis Penjara yang berkenaan.
Setiap transaksi rasmi akan disertakan dengan
RESIT RASMI sebagai bukti pembayaran.

Orang ramai adalah DIINGATKAN AGAR TIDAK membuat sebarang pembayaran ke akaun peribadi mana-mana individu yang mendakwa mewakili
Jabatan Penjara Malaysia.

Sebarang cubaan mendapatkan bayaran melalui
akaun peribadi adalah TIDAK SAH dan
berkemungkinan merupakan satu bentuk PENIPUAN.






MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN  SUKAN ANTARA NEGERI - TEN PIN BOLIN...
30/07/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN SUKAN ANTARA NEGERI - TEN PIN BOLING

30 JULAI 2026 | KHAMIS

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri - Ten Pin Boling yang dikelolakan oleh Penjara Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.

Kontinjen diketuai oleh PPP Abd Aziz bin Mohamed Hashim Pengurus Pasukan bersama (19) orang pemain akan bertanding bermula 31 Julai 2026 hingga 02 Ogos 2026 bertempat di Aspiration Centre,Sunshine Square,Bayan Baru, Pulau Pinang.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.

Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh Kontinjen di kejohanan tersebut.

LAWATAN RASMI MAHKAMAH NEGERI PULAU PINANG KE PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG30 JULAI 2026 | KHAMISInstitusi Penjar...
30/07/2026

LAWATAN RASMI MAHKAMAH NEGERI PULAU PINANG KE PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

30 JULAI 2026 | KHAMIS

Institusi Penjara Seberang Perai telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Mahkamah Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Roslan bin Hamid, Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang bersama seramai 29 orang kakitangan.

Delegasi telah diberikan taklimat ringkas mengenai kedudukan dan perkembangan semasa Penjara Seberang Perai yang disampaikan oleh TPP Suhardi bin Ismail, sambil disaksikan oleh YDH PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai.

Selesai sesi taklimat, delegasi dibawa mengadakan lawatan ke beberapa lokasi utama di dalam institusi, antaranya Pejabat Pendaftar Wanita, Pejabat Program Pemulihan Insan, Bengkel Katering dan Penghasilan Sos Cili, serta diakhiri dengan lawatan ke Pejabat Vokasional dan Industri.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada delegasi Mahkamah Negeri Pulau Pinang mengenai pelaksanaan program pemulihan, pengurusan institusi serta pembangunan kemahiran prospek yang dilaksanakan di Penjara Seberang Perai, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Penjara Malaysia dan badan kehakiman.

Address

Kompleks Penjara Seberang Perai, Jalan Kerian
Jawi
14200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang:

Shortcuts

Share